Assalamualaikum w.b.h
Tuan-puan dihormati,
Saya nak kongsi satu tips ni.
Kita ni jika diikutkan nafsu, malas betul nak buat amalan ni.
Mungkin kita tak nampak 'cause & effect'nya.
Kita rasa ganjarannya lambat lagi.
Hari kiamat baru dapat.
Sebab itu ulama macam mana nasihat pun, kita buat tak tahu.
Kita letak ia last priority bukannya first. Kita lebih berdesup
kejar sarapan pagi dari lakukan amalan semudah 2 minit ini.
Tapi saya selalu pujuk hati, 'Asraff, engkau ni nak kejar
macam-macam benda. Nak rumah besar, kereta besar, nak pergi
jalan-jalan keliling dunia, nak beli itu, nak beli ini....
Semua tu datang dari Tuhan, tapi 'hati' Dia engkau tak jaga'.
Tuhan ada cakap, Dia suka sangat jika kita buat benda ekstra.
Baru mudah Dia kurniakan ekstra. Jika kita buat yg wajib-wajib sahaja,
Dia pun bagi yg wajib-wajib jugalah kan?
Bagi kita udara, kesihatan dll.
Tapi kalau nak BMW, duit 5 juta dlm keadaan Dia redho,
(sbb ada juga org dapat nikmat tapi Tuhan bagi dlm keadaan tak redho
- seperti kekayaan, istidraj yg diberikan kepada Haman & Firaun),
kena buat ekstra. Tawan 'hati'nya dengan melakukan amalan ibadah sunnah.
Atas kefahaman di atas, sebab itu saya paksakan diri untuk
SOLAT SUNAT DHUHA walaupun ikutkan nafsu, malas betul nak buat.
Sebab saya tahu, ibadah simple yang hanya mengambil masa 2 minit ini
jika dilakukan dengan niat utk 'tackle hati' Dia (baca : mencari keredhoanNya),
pasti Dia akan jadikan 24 jam hidup kita penuh wonderful, penuh surprise.
Benda ni mungkin kita pandang sebelah mata. Mungkin kita cakap
'entah betul entah tidak', tapi saya percaya yg Tuhan tu tak pernah
& tak akan menipu.
Kita je yang selalu menipu diri sendiri lebih percayakan nafsu.
Tuhan kata, 'jika kamu nak hidup kamu mudah, smooth, always wonderful,
semua yg kamu nak dapat, kamu mesti start dengan mencari TAQWA dulu,
bukan kejar apa yang kamu nak.....'
Ayatnya saya tak perlu tulis, Semua hafal. Itu kefahaman dari
ayat seribu Dinar. Ia berpesan, kuatkan hubungan dgn Tuhan dulu,
then baru kejar apa yg kita nak kejar.
Tuhan dulu, baru keinginan. Ini sifir tepatnya, bukan keinginan
dulu baru Tuhan.
Jadi, mari kita sama-sama mulakan hidup dgn eratkan taqwa. Antara
caranya adalah DO EKSTRA melalui solat DHUHA.
Rakan2 yg membaca status ini tapi masih belum solat, anda masih sempat.
Masih ada masa lagi untuk solat Dhuha. Pukul 10 pagi pun masih boleh solat.
Nanti sampai pejabat, pi solat dulu.
Then, jangan lupa pesan dgn kenkawan lain ya. Biar hidup kita
sama-sama wonderful.
.
.
Kita ni nak rapat dgn Tuhan tapi kalau tak fasih baca Quran,
kan something wrong kan? So jangan lupa download
buku Free Mudahnya Ngaji Tajwid.
Dulu ramai tak dapat miliki buku ini atas alasan 'tak mampu'
(padahal RM 25 je, tak sampai harga topup henpon sebulan pun).
So kali ini saya bagi percuma.
Download di link ini : www.tajwidluarbiasa.com
Moga bermanfaat bagi mereka yg nak mengambil manfaat.
.
.
Ustaz Asraff Ayob
.
Mohon doakan esok, Seminar Tajwidluarbiasa kami di
Johor Bharu berjalan lancar, Amiiin
Saturday, October 29, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment