Tuesday, March 31, 2009

My Thought

1. I'm very pleased and give my full support to Nik Aziz advice and his critisism that ' smokers more despicable than cows '.

Smoking give the smokers a health hazards , too expensive from time to time due to the tax increased. I strongly urged all those smokers to seriously consider to giving up this habits.

2. To CHIEF MINISTER of Penang ; Lim Guan Eng , please continue your state effort in banning dailies NST + Utusan Malaysia from covering state functions. Both of them deserved it.

Monday, March 30, 2009

Pakatan Rakyat dimata SPR

Akhirnya SPR bersuara untuk parti2 yang bertanding. SPR berkata Pakatan Rakyat bukan komponen yang berdaftar dengan SPR. Justeru itu sekiranya PKR bertanding di DUN Bukit Selambau, maka bendera DAP mahupun PAS tidak boleh kelihatan berkempen.

Begitu juga di Batang Air mahupun di Bukit Gantang. SPR sebagai Komponen BN yang terbaru ni memang punya kuasa yang sangat besar. Apa dia mintak kita buat , kita kena buat. Noktah.

Akhirnya SPR diperkudakan oleh BN. Dasar bacul BN akan terus berkekalan.

Akhirnya ........

Blogger SUKJ ....... akhirnya menulis di :

www.melayusesat.blogspot.com


Background : 65 %
Penulisan : 70 %
Bahasa Pengantar : 70 %
Kutukan : 95 %
Bodek : 45 %
Ilmiah : 40 %

Overal : 65 %

Saturday, March 28, 2009

60 minit - Earth Day

Jangan lupa untuk kita menutup lampu rumah kita sebagai tanda setiakawan kita kepada BUMI kita.

Kita akan mula menutup lampu di rumah kita mulai 8.30 malam - 9.30 malam , pada malam ini ; 28 March 2009.

Ingatlah ....... Kita meminjam bumi ini daripada anak cucu kita . Kita kena pulangkan Bumi ini kepada anak cucu kita dalam keadaan elok serta sempurna.

Ayuh , buktikan semangat setiakawan kita kepada warga dunia.

Perhimpunan Agung UMNO

1. Tempat orang politik nak rebut jawatan , nak mengayakan diri sendiri , anak beranak dan juga sedara mara.

2. Tempat orang mengukur populariti diri. Kalau terpilih, aku popular. Kalau tak terpilih, aku berhenti.

3. Tempat mereka buang masa 5-6 hari , gossip2 yang tak pernah akan habis , seterusnya tempat mereka membantai Pakatan Rakyat.

4. Yang cerdik akan mengeluarkan idea. Membetulkan apa yang salah, menegur sekiranya silap, memberikan fakta bukan tohmah.

5. Yang bodoh, dungu dan berlagak pandai bercerita seolah2 mereka betul. Yang lain semuanya salah. Mengutuk , membodek, memuji pemimpin tak kena tempat. Ini golongan yang akan merosakkan bangsa dan negara.

6. Golongan atas ni banyak dalam UMNO. Itu sebab UMNO jadi Pak Lawak dalam pentas mereka.

7. Say NO TO UMNO. Now , then, forever.

Thursday, March 26, 2009

Personal

Tag Heuer - AQUARACER
Automatic
300 Meters

OP : RM 10,000

RP : RM 200

Downtown Shah Alam Section 24

Berhenti Berharap . . . . .

Pemuda :

Khairy & Razali - IN

Khir Toyo + Mukhriz - OUT

Wanita :

Sharizat - IN

Rafidah - OUT

Wednesday, March 25, 2009

TV 3 vs Labu Labi

Saya sedang menonto berita Night Line TV 3. Bila dengar berita pasal UMNO bercerita tentang perlunya memilih pemimpin yang boleh memilih ..... terus saya cari channel lain.

Saya jumpa rancangan di Astro RIA [ AF 7 - Ulangan Konsert ke 2 ] ...... malas nak tengok.

Saya cari lagi .... channel Astro Prima - siarkan cerita Labu Labi.

Dalam hati ... syok gak layan Labu Labi daripada layan berita UMNO ngooooook.

Layannnnnnnnn

Tuesday, March 24, 2009

Akhbar Pas, PKR digantung tiga bulan - Meloya

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.

Difahamkan, surat penggantungan Harakah dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar manakala surat untuk Suara Keadilan ditujukan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

“KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia petang ini.


Aduhai .... kah ... kah ... kah ...... Inilah perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh BN supaya mereka boleh menang besar dalam PRK . Sebab dah tak tahu nak buat macam mana ... maka diberhentikan permit pengedaran Harakah & Keadilan selama 3 bulan.

Si mangkok Hamid Albar merasakan inilah peluang mereka untuk membelasah PR. Bila dengar alasan yang diberikan , kalau nak katakan memutar belitkan fakta.... Utusan Meloya lagi banyak mengelentong rakyat. Mangkuk ni mana tahu . Kah .. kah .. kah ...

Gerombolan UMNO memang BANGSAT.




ISU Mohd Fairus ... PKR kena telus

1- Apa yang menyebabkan Mohd Fairus meletakkan jawatan ? Adakah sebab rasuah ? Saya sebagai penyokong PR ingin mengetahui hal sebenar. Mana suara keramat pemimpin PR ? Bila terkena batang hidung sendiri mengapa diam ?

2- Samada Fairus meletak jawatan secara sukarela mahupun sebaliknya , beliau sudah berbuat demikian. Setelah memikirkan masak2 , elok juga kalau Fairus mengambil satu langkah kebelakang & melihat potensi diri yang kita ada , seterusnya memperkasakan parti.

3- Ingatlah .. betapa dakyah BN sepertimana yang kita selalu ketahui [ seperti mengawal saluran TV ] adalah sangat tidak relevan . BN bukan TV ; dan TV juga bukan kerajaan BN. Suka hati akulah nak mintak duit kat sapa. .... asalkan bukan daripada bebudak rempit PR. Wang akan dicurahkan bermillion2 ringgit asalkan kita happy....

4- Ini yang kita tak mahu.....

5- SAY NO TO UMNO ......

MB Nizar ... is back

PAS seperti membuat kejutan meletakkan calon MB Perak Ir Mohd Nizar sebagai calon PAS untuk bertanding dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Peluang ada ... tetapi 50-50. Selamat maju jaya

Monday, March 23, 2009

Najis ... Oh.... Najis



Kotor & Jahanam
" The return of Al-Monggili Najis "

Saturday, March 21, 2009

Mohd. Ali tidak letak jawatan - Malaun

AYER KEROH 20 Mac - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru sebagaimana didesak pakatan pembangkang di negeri ini.

Beliau menegaskan, desakan tersebut merupakan gimik politik pembangkang semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

Beliau sebaliknya meminta pembangkang memahami hakikat bahawa beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan bukan kerana mengamalkan politik wang.

"Kenapa mereka tidak tanya Lim Guan Eng suruh letak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana kedua-duanya pernah masuk penjara.


Kalau orang tak berapa bijak nak keluar perkataan & nak beri pendapat ... memang macam ni lah .... Tak tahu apa2 ... tiba- bak cakap. BODOH tak boleh diajar ... BANGANG menyusahkan orang , PANDAI tak boleh diikut.

1- Rahim Tamby Chik meletak jawatan sebagai KM Melaka sebab ada isu berkaitan " pertuduhan ROGOL " Gadis bawah umur.

2- Mat Taib letak jawatan sebagai MB Selangor sebab bawak 1 Juta Ausie Dolar sebab Mat Taib akibat tak tahu berbahasa Inggeris,

3- Isa Samad letak jawatan sebab kantoi main politik wang masa pemilihan UMNO.

Kenapa kau tak letak jawatan ? BODOH ............



Ada elemen Speaker Perak salah guna kuasa – SPRM - MELOYA

KUANTAN 20 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat elemen salah guna kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dalam tindakannya melarang dan menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco menghadiri sidang DUN pada 18 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, justeru pihaknya akan memanggil beberapa orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang hadir pada persidangan DUN berkenaan bagi menyempurnakan siasatan kes itu.

Apa SPRM nak buat buatla ..... orang dah tak percaya lagi apa malaun ni cakap. Selagi tiada fresh election di Perak ... selagi itulah SPRM ni macam sebahagian daripada CAWANGAN UMNO. Dah disalin baju daripada BPR , perangai masih ngoook jugak.

Wednesday, March 18, 2009

Jangan tuduh Najib Razak

Walaupun Najib Razak dituduh terlibat sama dalam pembunuhan wanita cantik Monggolia, bila Gobind bangkitkan hal ini di Dewan Rakyat, maka dia terus digantung setahun dam hilang lebih kurang RM 157,033 alaun beliau sebagai MP.

Inilah bakal PM Malaysia yang selalunya dikaitkan dengan kontroversi. Malaysia boleh

Peliknya UMNO ....

Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO selama 3 tahun atas alasan ' EJEN ' beliau menyalahi peraturan kempen pemilihan UMNO kali ini.

Secara am, kes beliau dilihat sama seperti kes Isa Samad. Tapi tak tahulah mengapa beliau tak digantung.

Bila ditanya kepada lembaga disiplin apa beza antara kes Isa & Ali, maka dijawab ia berbeza sebab ejen terlibat dan didapati bersalah.

Persoalan saya , ejen ini bertindak atas arahan siapa ? Kalau hulur duit berguni2 kepada perwakilan, ini duit siapa ? Kalau dijanjikan A , B dan C oleh calon serta calon boleh dapatkan kontrek itu dan ini , siapa sebenarnya yang berjanji ?

Dalam kes ini, Ali atas kapasiti dia sebagai Ketua Menteri tentulah punya banyak sumber di Melaka untuk diagih2kan kepada penyokong beliau. Benar, yang mengagihkan bukanlah beliau. Tetapi beliau punyai kata putus yang mutlak. Dan penyokong beliau percaya Ali boleh beri itu dan ini kepada beliau.

Yang bagusnya , walaupun secara tak langsung Ali telah mengamalkan rasuah, Najib Razak berpendapat beliau masih boleh jadi Ketua Menteri yang baik. Dah jadi perasuah, masih boleh jadi KM. Itu yang peliknya UMNO ni ...... Pelik ...... Pelik

Tuesday, March 17, 2009

Terbaru ..... Panas

1- Ali Rustam = Tak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sebab langgar peraturan tak boleh merasuah.

2- Khir Toyo = OK. Selamat bertanding.

3- Khairy Jamaluddin = Dapat amaran , tapi boleh bertanding. Patutle blogger Pro Khairy [ SUKJ ] tutup kedai. Ini semua arahan Khairy. SUKJ banyak bantai Mukhriz dan Khir Toyo serta berlebih2 promotekan Khairy. Sebab blog dia dah tutup , so tiada bukti nak sabitkan KJ. Selamat kau SUKJ & KJ.

Cuma nak tumpang gelak ...... kah.... kah ... kah ....

Hukuman berat persoal kedaulatan raja - Meloya

KUALA LUMPUR 16 Mac - Tindakan tegas dan hukuman berat termasuk di bawah Akta Hasutan perlu dikenakan terhadap pihak yang mempersoalkan kedaulatan sultan dan raja-raja Melayu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu penting kerana fitnah yang tersebar menerusi blog itu meracuni fikiran rakyat.

"Apa yang membimbangkan ialah masyarakat mempercayai fitnah tersebut walaupun tidak ada kebenaran mengenainya.

"Jika itulah hala tuju dan bentuk pemikiran serta menjadi budaya masyarakat hari ini maka hilanglah kesejahteraan yang telah dibina selama ini," katanya.

Shafie menambah, di United Kingdom misalnya, seseorang yang didakwa menyentuh kedudukan Queen Elizabeth pasti dihukum penjara, begitu juga di Thailand.


Aduh ..... takutnye. Ampun Tuanku ... Patik nak mohon sembah. Kalau apa yang diperkhabarkan benar, maka Patik akan ikut perintah kalaulah darah raja ini warnanya bukan merah. Peribahasa lama ada berkata " Raja Adil Raja disembah , Raja Zalim Raja Disanggah.

Yang bagusnya bila bab Raja nak ikut England & Thailand. Bila disoal bab demokrasi + demonstrasi ... tak mahu pulak ikut mereka berdua. Bengap tahap gaban ....

Nak tanya sikit dengan UMNO .... sejak bila korang betul2 sokong raja ? Sejak bila ? UMNO ialah parti yang selalunya memperkudakan Raja atas sifat nek berkuasa. Cuba tanya Made. Bukankah dia yang mulakan persengketaan dengan Raja ? Dia yang cetuskan banyak benda termasuklah menarik imuniti raja-raja melayu . Mengapa sekarang UMNO beriya2 nak menyokong raja ? Adakah PAS , DAP atau PKR tak suka Raja ?

Sudah-sudahla UMNO ini memperbodohkan orang Melayu. Cukuplah. Dah banyak orang melayu bodoh atas sebab UMNO tak nak orang melayu maju . Dah banyak contoh orang bijak dan terpelajar yang tak sealiran dengan UMNO akan mati ditengah jalan.



Ali Rustam digantung? - Meloya

KUALA LUMPUR 16 Mac – Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.

Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.


Aduhai .... Ali Rustam. Ini yang nak jadi bakal Timbalan Presiden ? Baru nak rebut jawatan , dah jadi Perasuh ? Rasuah dengan UMNO macam yang saya cakap. Bagai isi dengan kuku, bagai irama dan lagu , bagai aur dengan tebing. UMNO = Rasuah. Parti busuk ini sedang nazak dengan perasuah dimerata-rata.

Tapi cuba dengar apa Ali Rustam cakap kepada pemberita bila ditanya .....

Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.

“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan persiapan ke Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.

Ditanya pula jika salah seorang calon Timbalan Presiden yang bakal dikenakan tindakan itu adalah dirinya, Mohd. Ali berkata: “Tak ada... tak ada, kerana itu saya datang (ke majlis bertemu perwakilan malam ini).”

Kah.... kah .... kah .... geli hati sey. Masih nak mengelentong macam ISA SAMAD dulu. Isa Samad masa dikenakan tindakan dulu ... macam ni lah ayat dia.

Esok bila kena gantung , mulalah semua perwakilan UMNO Melaka jumpa dengan Najib atau Pak Lah nak mintak rayuan supaya tindakan terhadap Ali ditarik balik. Ini semua kroni-kroni kontrektor yang nak dapat imbuhan daripada ALI RUSTAM. Habislah mereka kalau Ali Rustam kena gantung. Kempis lah kantung mereka. Ini biasa dalam politik. Banyak orang yang bergantung hidup atas dasar kuasa . Mereka punya kuasa beli yang tinggi terutamanya bila menjelang musim pemilihan.

Selamat la kau ALI ...... jadilah kau ADUN Biasa yang bukan bertaraf Ketua Menteri . Sekali lagi aku nak pesan " kah .... kah ... kah .... kih ... kih ... kih ... kuh .... kuh ... kuh .... sekian , ma kasiiiiihhhhh "



Brunei gugur Limbang - Berita SAHIH

BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.

Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Tuanku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya, Putera Mohamed Bolkiah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Moga apa yang terjadi kita jadikan iktibar untuk kebaikan bersama. Jangan jadikan ia permusuhan . Semoga ikatan Malaysia - Brunei akan terus terjalin erat.

Dengan Singapura juga kita ada banyak isu tertunggak. Namun jangan fikir Singapura akan terus mengalah dan berlembut hati atas apa tuntutan yang kita buat. Dasar " Singaporean " memang bersifat " aku menang & kau kalahm ". Tak pernah saya fikir ada situasi " Menang - Menang ".

Dengan adanya Najib sebangai bakal PM, Malaysia boleh berharap pemimpin Lembik seperti ini akan jadi mangsa belasahan Singapura. Dasar pemimpin takut bini.

Sunday, March 15, 2009

BWF : Swiss Open 2009

Final Result Perseorangan Lelaki :

Lee Chong Wei KALAHKAN Lin Dan

21 - 16 , 21 - 16

Tahniah Chong Wei.


Malaysia Boleh

PAS + BN = Kerajaan Campuran ?

Hadi Awang mencetuskan idea kerajaan campuran. Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong cadangan Presiden. Namun yang membantah ialah Nik Aziz.

Saya menyokong pandangan Nik Aziz. Beliau ada pengalaman bagaimana BN akan melayan PAS dalam kerajaan campuran. BN akan menyokong cadangan yang memberi manfaat hanya kepada BN. Saya minta PR tidak mengulangi kesalahan mahupun kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Sedarlah betapa UMNO serta BN memang mempunyai seribu satu muslihat. Lihat apa yang mereka buat di Perak sehingga tumbangnya Kerajaan PR. Mereka menyerang dan terus menyerang walaupun dalam keadaan mereka bertahan. Ini kekuatan BN. Mereka punya banyak sumber. Mereka kaya dengan sumber KEWANGAN.

Jangan mudah masuk perangkap BN. Bila mereka terdesak, apa sahaja sumber bantuan mereka akan cuba berpaut. Sultan dan Raja di Perak adalah antara contoh yang BN manipulate. Ini yang rakyat dan pemimpin PR kena sedar.

Dividen KWSP

Daripada maklumat tidak rasmi, KWSP akan hanya membayar dividen kepada para pencarumnya 4.5 % bagi tahunan fiskal yang berakhir 2008.

Pembayaran ini merupakan separuh daripada peratusan dividen yang dibayar oleh Permodalan Nasional Berhad ( PNB ).

Mengapa ? Hanya para-para penasihat KWSP sahaja yang tahu. Mereka sepatutnya MALU kerana dengan jumlah caruman yang berbillion billion itu, mereka hanya mampu membayar separuh daripada apa yang PNB bayar untuk para pelabur mereka.

Elok ditukar saja penasihat KWSP.

Santai

' Director Of Operation '

Saturday, March 14, 2009

Terbaru ...... Now ..... Update

1- Akhirnya MU tewas di Old Trafford. Tewas 1 - 4 kepada Liverpool. So ..... enjoy. Bukan selalu boleh belasah MU. Once you get a chances, just enjoy la. Well done Liverpool.

2. Akademi Fantasia seperti yang saya ramalkan .....memang tiada penyingkiran utk minggu pertama. Apa yang barunya ? Ada apa2 transformasinya ? Biasa saja ?

3- Pengkritik AF ? Ok lah. Saya suka cara Adlin. Perkataan2 yang terkeluar banyak yang bombastik. Kadang2 bosan la .

Match of the week

Saya harap mereka seri .......



Hujung Minggu



Saya pilih sama ada Mukhriz atau Khairy. Definitely bukan Khir Toyo

Friday, March 13, 2009

Menghina Sultan

Berhati2 bila menulis. Regim BN sudah menggunakan polis utk menahan mana2 bloggers yang didapati menghina Sultan.

Seramai 8 orang rakan2 bloggers telah di sabitkan atas kesalahan menghina Sultan Perak.

Jeng .... Jeng .... Jeng ....... Ampun Tuanku ....... Janganlah tangkap patik. Patik hanya nak menyembah ' sembah derhaka '. Ampun Tuanku...... podahhhhhhh

Berita Panas dari IPOH !!!!



Siapa yang musnahkan ' Tugu Peringatan Demokrasi ' ini ? Vandalisme oleh pihak UMNO ataupun Pakatan Rakyat sengaja nak musnahkan Tugu ini semata-mata utk menarik perhatian ?

Polis akan anggap kes ini terpencil. Buatlah berapa banyak laporan pun, tak kan dilayannya.

Norza didakwa hari ini? - Meloya

KUALA LUMPUR 12 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh di Pahang esok, berhubung kes rasuah politik.

Beliau dijangka menghadapi tuduhan menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan seorang ahli politik yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu, seorang pemimpin UMNO peringkat cawangan juga akan didakwa atas kesalahan politik wang di mahkamah yang sama esok.

Sementara itu, laporan Buletin Utama TV3 malam ini turut menyiarkan berita mengenai seorang ahli politik yang dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah di Pahang esok.

Pada 22 Januari lalu, Norza hadir di pejabat SPRM Temerloh bagi membantu siasatan kes politik wang membabitkan seorang calon ahli MT UMNO.

Beliau dipercayai telah disoal siasat selama kira-kira lapan jam oleh pegawai SPRM Temerloh.

Syauqie :

1- Mengapa media tak pernah pun siarkan nama ahli politik ini sebelum ni ? Nama Norza tak pernah diwarwarkan pun sebelum ini ?

2- Cuba lihat kalau kes pendakwaan rasuah kepada ahli PR ? Bagaiman layanan yang diberikan oleh SPeRM ?Cukup memualkan. Bila sampai kepada pendakwaan ahli BN , cuba tengok cara pengendaliannya. Ini yang membuatkan saya mual dengan politik cara UMNO. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Cuba dengar pulak berita ini .......

KUALA LUMPUR 12 Mac - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kementerian itu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan setakat ini masih belum dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Azalina yang ditemui pemberita di pejabatnya hari ini memberitahu, pihaknya akan memberi sepenuh kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan oleh SPRM.


Dan juga berita ini .......


KUALA LUMPUR 12 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak khabar angin beberapa lagi pegawai kanan Kementerian Pelancongan akan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi meminta supaya pihak media dan orang ramai tidak mempercayai khabar angin seperti itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan siasatan tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.


Kalau BN punya isu, SPeRM cuba nak cover sampai kelubang cacing. Tetapi kalau PR punya isu, cukup sebulan ... kertas siasatan sudahpun dikemukakan kepada Peguam Negara. Kalau UMNO, 3 minggu siap juga... tapi tak ada kes. BOSAN betul.

Cuba nak tunjuk pandai dengan membodohkan orang. Tetapi BN tak sedar sebenarnya orang nampak yang UMNO ni bodoh dan bebal. " bengong "





Penyangak ... The Return

TAIPING 12 Mac - Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya muncul memberikan penjelasan sebenar.

Beliau yang kini merupakan wakil rakyat bebas berkata, keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terus terpelihara.

''Kehadiran saya hari ini bagi membuktikan bahawa saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Malahan saya ingin membuktikan perjuangan saya baru bermula dengan sebuah kerajaan baru yang saya yakin mempunyai wibawa dan lebih menguntungkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip hidup saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk di Air Kuning dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

Menurut Mohd. Osman, beliau perlu tampil memberikan penjelasan kerana tidak mahu tindakannya itu disalah tafsir oleh masyarakat.


Syauqie :

1- Tak payahla nak berikan penjelasan kepada rakyat PR. Secara peribadi, saya hilang respek kepada ADUN yang melompat parti , biarpun dia melompat kedalam PR. Prinsip itu sudah salah.

2- Kalau memikirkan kesedaran rakyat, 3 orang ADUN tadi tidak seharusnya melompat parti, tetapi meletakkan jawatan supaya pilihan raya kecil boleh diadakan segera. Ini semua sebab ada kepentingan peribadi. Bukan nak menuduh, tapi inilah persepsi saya sebagai seorang rakyat biasa.

3- 3 bekas ADUN PR yang kini menjadi ADUN bebas sepatutnya malu. Malu sebab merekalah punca kejatuhan sebuah kerajaan yang majoriti penduduknya dahulu memilih PR. Ia adalah " first come to post basis ". Siapa dapat undi majoriti, dia menang.

4- Tentulah ada habuan kepada MALAUN bertiga ini daripada BN. Sebab 3 orang ini ada suara yang bebas. Mereka boleh melompat kepada mana2 kem yang dirasakan memberikan keuntungan politik kepada mereka. Setakat ini BN. Dengan kes rasuah yang dihadapi, mereka rasa BN boleh memberikan kelebihan supaya kes ini ditarik balik. Akhirnya 2 ekor mamat ini akan joint UMNO, manakala si Cina OKU tadi akan joint MCA.

5- Zambry pulak sekarang sibuk nak mewar-warkan diri dia MB. Orang Perak boleh tengok sokongan kepada Zambry sebenarnya tak ada. Dia tak disambut seperti Nizar kemana sahaja dia pergi. Ini yang merisaukan. Silap2 orang baling kasut kepada Zambry & Najib macam di Iraq.

Masih gagal beri ADUN RM500,000 - Meloya

SHAH ALAM 12 Mac - Kerajaan negeri didesak melaksanakan janji untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 setahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Desakan Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) itu dibuat kerana peruntukan tersebut merupakan antara perkara yang dijanjikan kerajaan negeri selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Syauqie :

Aduhai ... gelinya hati .... Susahnya menjadi pembangkang di Selangor. YB Sungai Pelek ni cubalah tanya pada Khir Toyo. Masa KT jadi MB dulu, ada atau tidak dia beri peruntukan kepada ADUN Pembangkang di Selangor ? Ada atau tidak duit setiap DUN dahulu disalurkan kepada para YB ? Cubalah tanya2 kan kepada KT.


Sekadar Hiburan





Gambar boleh menceritakan 1001 perkara yang kadangkala kita tak dapat gambarkan. Jadi, sementara mata kita boleh menikmatinya , tataplah ia sekadar satu hiburan

Mana blogger SUKJ ?

Petang tadi bila saya saya nak membuka Blog SUKJ, saya dapati Blog beliau tidak lagi aktif. Dimana S UKJ ?

WOI ...... Najib nak bercakap .......

Najib yakin pakej rangsangan kedua boleh tangani kegawatan ekoran krisis subprima

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan bahawa pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion yang diumumkan beliau di Dewan Rakyat kelmarin mampu melindungi negara daripada kemelesetan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut yakin pakej rangsangan kedua itu mampu mencapai objektifnya terutama untuk sampai ke golongan sasaran dengan segera seperti dirancang.

Syauqie :

Daripada maklumat yang saya perolehi, tak akan ada satu negeri Pakatan Rakyat pun yang akan dapat peruntukan ini. Ini dasar BN yang bebal dan tak mudah menilai erti demokrasi.

Mereka lupa bahawa dinegeri Selangor , Kedah , Penang & Kelantan - ada lagi kumpulan yang taksub kepada pemimpin utama mereka sehingga sanggup mati kerana pemimpin.

BN tak sedar, dengan mengamalkan dasar seperti inilah , maka semakin jauhlah BN daripada kami. Kalau sampai begini , mungkin BN kena tunggu masa yang lebih lama untuk menawan kembali Selagor, Kedah , Kelantan & Penang.

SPRM siasat rasuah politik, seleweng kuasa agih projek - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.

Ini berikutan serbuan pegawai SPRM ke pejabat Kementerian Pelancongan di Tingkat 36, Menara Dato' Onn di sini semalam. Dalam pemeriksaan oleh dua pasukan itu, SPRM turut merampas sejumlah dokumen dan menyoal siasat beberapa pegawai.

Sumber SPRM berkata, dalam serbuan itu, SPRM Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada kes rasuah politik, manakala pegawai Bahagian Risikan ibu pejabat suruhanjaya itu menyiasat dakwaan penyelewengan pengurusan syarikat milik Tourism Malaysia, Pempena Sdn Bhd (Pempena).

Syauqie : Macamana saya nak percaya cakap orang UMNO. Nak hindarkan rasuah, nak menolak rasuah , tapi sayang ..... kepala besar mereka tak lekang dengan rasuah. Rasuah punca kehancuran UMNO yang tengah nazak.

Sudah sudahla tu. Sedarlah sikit. Azalina pun pandai bercakap .... tapi tengok apa yang dah berlaku. Saya percaya ini semua gimmik pilihanraya yang nak mengatakan kerajaan telus , bebas dan tak mengongkong SPRM. Lepas 3 bulan .. ceritanya dah boleh kita teka .

" Tak ada sebarang salah guna kuasa " ..... pihak kami berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan. Azalina tak bersalah. Inilah yang akan diucapkan oleh SPRM ataupun nick name dia SPeRM.

Tuesday, March 10, 2009

Didalangi pembangkang - Meloya

KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

ULASAN SAYA :

Inilah akibat tak mahu dengar cakap orang sekeliling. Ada saja beban nak disalahkan kepada orang lain. Tak mahu menuding atas kelemahan sendiri. Munkey lidah kontot ni banyak bercakap tentang kepentingan Bahasa Malaysia. Tapi bila ada orang nak beritahu bahawa PPSMI itu sudah jauh menyimpang , maka dikatakan ada dalang disebalik semua ini.

Monyet ... monyet .....

Orang yang menyertai demo dikatakan jahat, tak bertamadun , rebalious , menentang kerajaan dan macam2 lagi. Hakikatnya , yang menghantar memo itu bukan sahaja parti2 yang tak sekepala dengan Hishamudin. Ada beberapa NGO yang turut serta . Yang tak turut serta hanya UMNO kerana pada mereka PPSMI ini betul 100 %.

Maka berceritalah mereka akan dasar meja bulat yang telah mereka rumuskan tentang pembelajaran matematik dan sains dalam BI. Tiada tindakan drastik utk mengumumkan keputusan dan rumusan yang dibuat. Hishamuddin akan cuba melambat-lambatkan pengumuman itu , biar Menteri Pelajaran yang baru selepas dia buat keputusan. Dasar MONYET......


Maulidur Rasul 1430 H

" Rasullullah ...... contoh terbaik untuk dijadikan panduan hidup "

Sunday, March 8, 2009

PPSMI & Disiplin

Kebelakangan ini banyak kes2 disiplin yang dilaporkan dalam media cetak dan elektronik. Kes buli, samun, pukul kawan & memeras ugut antara kes yang dilaporkan. Apa masalah mereka yang suka membuli ini?

Saya bukan guru sekolah. Namun teori ringkas saya mudah. Bila budak2 ni tak tahu apa yang diajarkan dalam kelas sebab masalah bahasa , maka mereka akan cepat bosan. Mereka hilang minat kerana tak faham sepatah haram pun apa yang diajarkan. Mereka bebal, ketinggalan seterusnya tak berminat nak berikan perhatian. Bagi mereka, waktu persekolahan bagai penjara. Tak sabar nak menunggu hari perbebasan.

Bila mereka tak faham apa yg diajarkan, jiwa mereka akan lebih bersifat pemberontak. Mereka buat tak tahu dalam kelas sebab subjek yang diajarkan seperti math adalah dalam bahasa inggeris. Saya pernah jadi student yang tak berapa bijak dalam Math. Namun atas galakkan dan sokongan guru, saya dapat A dalam SPM. Itupun subjek math saya dalam bahasa melayu. Namun sekarang berbeza.

Ada kemungkinan PPSMI ini menyumbang kepada masalah disiplin yang terlalu banyak berlaku dalam sekolah pada waktu ini. MUNGKIN Ya .... MUNGKIN tidak. Tapi kebarangkalian itu tetap ada. Saya membayangkan anak saya bersekolah dan belajar math dalam bahasa inggeris kemudian kembali ke rumah dan bercakap .... Ayah susah la Math kat sekolah tadi. Fa'iq tak faham la ?

Saya menyeru pemerintah melakukan sesuatu agar Math & Sains dapat dikembalikan bahasa penghantarnya kebahasa melayu. Lupakan soal politik. Ini soal pendidikan . Jangan jadi pemimpin yang ' bongok ' dan ' bodoh sombong '. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

' sent via my Nokia wireless device '

Demonstrasi Anti-PPSMI

Akhirnya memo terhadap bantahan PPSMI telah diserahlan kpd Agung walaupun ada beribu2 halangan. Syabas dan tahniah saya ucapkan secara peribadi. Kalian memikir beberapa langkah kehadapan berbanding mereka yang sepautnya kena fikir perkara2 seperti ini. Tahniah.

Menteri Pelajaran dalam siaran buletin tv3 berkata isu pelajaran tidak harus dibawa kejalanan. Ya, saya setuju sekiranya mereka mendengar apa yang kita suarakan. Andai kata sebaliknya , maka inilah yang akan terjadi.

Saya kurang periksa kalau2 ada anggota UMNO yang turut sama dalam demo ini. Ini bukan demo parti politik. Ini demo sebab nak memberitahu bahawa kita sudah buat silap. Mahathir dah buat silap. Kementerian Pelajaran sudah buat silap. Ini yang kita nak beritahu.

Rundingan kalau dijalankan oleh barua2 talibarut pemerintah ..... hanya membuang masa saya sebagai rakyat kebanyakkan. Tolonglah..... Dengar apa rintihan rakyat. Sebab itulah kami pilih kamu jadi sebahagian pemimpin kami. Andai pemimpin lupa apa tanggungjawab mereka ....? Jawapan saya mudah. Gulingkan saja ' monyet2 ' ini dalam pilihanraya yang akan datang.

' sent from my Nokia '

Friday, March 6, 2009

SPRM pantau pemilihan UMNO - Meloya

Pelik .... tapi benar

KUALA LUMPUR 5 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersiap sedia menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, suruhanjaya itu akan menempatkan pegawai dan anggotanya di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon untuk memancing undi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut jumlah pegawai dan anggota yang terlibat.

syauqie :

Sacara peribadi ..... saya secara jujur berpendapat SPRM hanya bercakap kosong. Yang penat hanyalah pegawai yang ditempatkan untuk menangkap ejen2 calon yang bertanding. Sedangkan bila mereka dah ditangkap , jawapan mudah mereka ialah... bukti yang diperolehi tidak cukup.

SPRM tak pernah dedahkan kepada umum apa2 kes rasuah yang membabitkan orang2 politik tertinggi kerajaan. Tak pernah di highlightkan. Tak pernah orang awam tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada berpuluh2 kes aduan membabitkan Najib Razak. Semua ini memang tak didedahkan , malas , ataupun tak berani ?

Mereka bercakap atas nama integriti, tapi sebenarnya orang2 SPRM tersepit dalam tugasan khusus yang mereka laksanakan. Ini kerana mereka terkongkong kepada parti pemerintah. Percayalah yang SPRM tidak bebas sepenuhnya.

Kalau kes ADUN / MP Pakatan Rakyat , maka mereka dilihat terkehadapan dalam semua hal. Kurang daripada satu bulan , kertas siasatan sudah dibuka. Tapi kalau ADUN / MP BN, maka nama mereka pun tak disebuat walaupun gosip hangat dah keluar berhari2.

Itu bezanya SPRM. Saya ingat SPRM ni kedudukan dia lebih kurang macam UMNO cawangan je. Mengikut cari telunjuk..... Tak Bebas.

BN akan lakukan kejutan - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 5 Mac - "Tunggu kejutan daripada kami." Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mengenai persiapan jentera parti untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi yang akan digunakan semasa pilihan raya kecil nanti.

Namun begitu, Muhammad yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula dua kerusi itu berdasarkan senario politik semasa selain bantuan daripada parti-parti komponen untuk menawan kerusi tersebut.


Syauqie :

Nak buat kejutan apa Mike Tyson ? Nak bawak duit satu juta Ausie Dollar ke Bukit-bukit itu ke ? Nak buat kejutan yang awak pandai cakap orang putih ? Nak buat kejutan yang awak tu nak bawak lari anak raja ? Anak Raja mana pulak yang Mat Taib nak rembat ? Betul2 banyak kejutan le Mat Taib nie. Bila dia bertanding jawatan Timbalan Presiden pun .... sebenarnya dah beri banyak kejutan . Inikan pulak nak menunggu PRK kawasan Kedah & Perak. Aduhai ...... AMENO - AMENO. Nak nazak pun masih nak buat kejutan........

Mesti banyak duit yang ditabur daripada langit waktu PRK kali ini. Bersiap sedialah. Mintaklah apa saja daripada Mat Taib. Nescaya akan ditunaikan. AMENO akan buat apa sahaja untuk pikat hati pengundi. Teruskan ....




Hujung Minggu


Saya peminat kartunis Zunar. Sebenarnya ada banyak idea yang boleh kita terjemahkan daripada kartun. Ringkas , mudah , padat dan membuatkan kita selalu berfikir.

Thursday, March 5, 2009

Bacaan Umum ....

Kalau rasa masih fikir RAJA / SULTAN ini perlu .... tolong lah baca artikel ini. Menarik untuk dibaca .

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA

Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghorm

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.

SPRM nafi tidak siasat - Utusan Meloya

ALOR GAJAH 4 Mac - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan pihaknya menjalankan siasatan yang wajar terhadap setiap laporan politik wang yang didakwa berlaku dalam UMNO.

Sila baca sebagai

" Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan pihaknya TIDAK AKAN menjalankan SEBARANG siasatan yang wajar terhadap setiap laporan politik wang yang didakwa OLEH PARTI PEMBANGKANG berlaku dalam UMNO.

Beliau berkata, siasatan terhadap aduan-aduan itu dilakukan secara telus termasuk menyemak dokumen dan bukti berkaitan dengan dakwaan politik wang.

Sila baca sebagai :

Beliau berkata, siasatan terhadap aduan-aduan itu dilakukan secara " BAKUL SAMPAH " & TIDAK telus termasuk TIDAK AKAN menyemak dokumen dan bukti berkaitan dengan dakwaan politik wang.

SYAUQIE :

Kalau berita daripada UTUSAN MELOYA ......sila baca apa yang tersurat. Ini teks "sasterawan negara " oleh orang utusan. Orang yang mentaliti pemikiran dia condong kepada Be End.

Wednesday, March 4, 2009

Persidangan bawah pokok dirancang bagi malukan negara - Zambry

PARIT BUNTAR 4 Mac. — Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia.

Katanya persidangan tergempar yang diadakan di bawah pokok di Ipoh semalam memang sesuatu yang memalukan kerana ingin memburukkan negara.


Syauqie :

* BN terlupa bahawa Speaker ada kuasa memanggil persidangan sekiranya ada permintaan.
* BN susun strategi yang salah. Dia terlupa kuasa Speaker [ Macam ketua darjah ]

* Sepatutnya :

1- Lepas 3 ADUN PR melompat parti + ADUN BN kembali semula kedalam UMNO , Najib janganlah terus mengadap SULTAN . Minta kebenaran kepada Speaker untuk buat persidangan.
2- Aturkan undi tak percaya kepada Speaker + MB Nizar.

3- Lantik Speaker daripada kalangan BN + Umno.

4- Lepas itu baru jumpa AZLAN untuk dapat perkenan bentuk kerajaan. Senang .......

Bila Najib tak sabar dan nak tunjuk kuasa dia ... maka jadilah keadaan seperti ini. Najib nak menunjuk yang dia juga ada " KOTE " dalam menyelesaikan masalah di Perak. Selepas kalah dua pilihanraya kecil, " KOTE " dia mesti ditunjukkan supaya dalam Pemilihan Agung UMNO ada sesuatu yang Najib nak tunjuk.

Nampak kurang bijak dan bodoh . Tapi nak buat macam mana ? Benda dah berlaku. Sayang .... sebanyak itu penasihat Najib , tak ada seorang pun sedar akan bidang kuasa SPEAKER. Kata kawan saya ..... undang2 tubuh kerajaan Perak dibuat main dalam longkang aje . Memang betul pun .




Kematian Kugan : Polis tunggu keputusan Peguam Negara

KUALA LUMPUR 4 Mac. — Polis sedang menunggu arahan pejabat Peguam Negara sebelum mengambil tindakan terhadap 11 anggotanya yang disyaki terlibat dengan kematian suspek curi kereta mewah A.Kugan pada Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sebarang tindakan lanjut bergantung kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail setelah beliau menilai kertas siasatan yang mengandungi laporan bedah siasat kali kedua yang dilakukan oleh pakar patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ulasan Syauqie :

Bagaimana lagi boleh kita sandarkan kepercayaan kita kepada POLIS ? Bukankah ini memalukan pihak polis. Berdolak dalik. Mula2 mati kerana paru2 , kemudian lemas , kemudian itu , lepas itu ini..... semua ini betul2 mamalukan. Kugan baru disyaki. Tetapi apa yang terjadi kepada beliau. Adakah Polis akan terus berdiam diri ?

Macam2 persoalan dalam kepala boleh tercetus. Mati dalam tahanan polis bukanlah luar biasa kalau sudah ajal. Yang jadi masalah, terlalu banyak. Yang mati akibat bunuh diri pun ada sedangkan mangsa cuma ditahan untuk siasatan.

Ini yang menakutkan kita. Saya nak menunggu bila kertas siasatan akan dibuka. Dan yang pasti kita nak tahu siapa anggota polis yang terlibat.

Ingat ... bukan semua POLIS jahat. Dan bukanlah semuanya baik dan mengikut peraturan.

Akhirnya.....





Welldone Arsenal . Keep it up.

WBA 1 - Arsenal 3. Akhirnya

Apa Kesudahannya ?

DUN Perak dikunci

Abdullah Ahmad Badawi sifatkan tindakan V. Sivakumar memanggil sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi.

Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco fail permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh isytihar keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka hadir sidang DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini ditutup dan semua temu janji dibatalkan.

Polis akan bertindak ke atas orang ramai yang berhimpun di bangunan SUK Perak.

Seperti yang saya utarakan dahulu , kes ini tidak akan berakhir semudah yang kita sangkakan. Kedua-dua pihak menganggap apa yang mereka buat adalah berlandaskan undang-undang. Mereka masih merasakan yang mereka berada di pihak yang betul , manakala satu lagi pihak dalam golongan yang kalah.

Selagi tidak ada pihak ketiga , maka saya berpendapat isu ini tidak akan selesai. Yang pasti pihak ketiga mestilah satu pihak yang mana kedua-dua kelompok ini merasakan iilah pihak yang paling adil untuk membuat keputusan untuk mereka.

Saya masih berpandangan bahawa mahkamah adalah pihak ketiga yang sepatutnya ADIL dan dilihat menegakkan keadilan. Ini muktamad. Tiada tolak ansur. Be End / AMENO mahupun geng Pakatan Rakyat perlu serahkan perkara ini buat sementara waktu kepada mahkamah.

Mengapa tidak Sultan ? Sultan tak berapa sesuai sebab pihak satu menyokong , manakala satu pihak lagi menentang. Sultan juga tak maksum . Seringkali buat kesalahan. Mungkin sesah nak mengakui , tetapi secara jujurnya .... salah satu permasalahan besar di negeri Perak ini berpunca daripada ketidak upayaan Sultan membuat keputusan yang dirasakan tepat untuk rakyat yang mengundi.

Pihak ketiga tentulah Mahkamah . MB Nizar pergi kemahkamah untuk mendapatkan deklarasi bahawa dia MB yang sah, manakala si Tamby Zambry juga pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan kepastian. Nah ... sekarang kedua2 belah pihak tunggu hasil darpada keputusan Mahkamah.

Sila[p Be End ialah dia tidak menjangka Speaker DUN Perak boleh bertindak jauh sebegini. Kuasa memanggil mesyuarat sebenarnya kuasa Speaker. Tiada sebarang kena mengena dengan Sultan Azlan. Speaker perlu dilucutkan melalui undi Tak Percaya di DUN. Kesalahan Be End kerana mereka tak menunggu sidang DUN untuk membuat usul tak percaya kepada MB Nizar.

So bila Dolah Badawi kata
" sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi" .... maka tindakan AMENO merampas kuasa MB Nizar juga sebenarnya mewujudkan kontoversi. Ini kerana proses mahkamah masih berjalan untuk menentukan kesasihan kuasa MB Nizar vs Tamby Zambry.

Saya tak tahu apakah tindakan POLIS yang sebenarnya banyak memihak kepada Be End sebagai adil mahupun sebaliknya. Moto mereka sudah bertukar . Daripada " POLIS DIRAJA MALAYSIA " menjadi " POLIS RAJA DI MALAYSIA ". Ini yang silapnya. Polis dilihat tak bertindak adil kepada Pakatan Rakyat , tetapi melayan Be End seperti mereka ialah anggota Parti Komponen Be end. Ini silap POLIS. Tengok sajalah Musa Hassan. ...... tengok saja cara percakapannya. Ini ke yang dikatakan KPN ?

Itu belum saya sentuh kes Kuhan . Bedah siasat kedua Kuhan sudah dikeluarkan. Yang pasti Kuhan bukan mati sebab paru2. Ianya sebab dipukul benda keras. Now .... Apa yang ditunngu oleh MUSA ? Nak tunggu merapa orang lagi MATI baru awak nak siasat ?



Monday, March 2, 2009

KAH ... KAH ... KAH

ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meminati sukan badminton menunjukkan bakatnya pada Kejohanan Badminton Piala Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meluangkan masa kira-kira 20 minit `bertarung’ dalam perlawanan beregu satu set yang diadakan sebelum perlawanan akhir kejohanan itu berlangsung.


saya cuma nak cakap satu .... kah ... kah ... kah ......................Rosmah main badminton. Saya ingat habislah pecah lantai badminton court tu bila Rosmah melompat buat " JUMPING SMASH "


Perak .... Off Record

Saya tidak akan mengulas keadaan di Perak bukan kerana emosi. Tetapi semakin hari saya semakin mual dengan berita yang hampir ada sahaja yang nak menyalahkan orang lain. Yang A tuduh B , dan begitu juga sebaliknya.

Susah nak dilihat siapa yang betul dalam sudut perundangan. A akan kata dia betul , begitu juga dengan B. Saya pasti bila mereka bercakap dengan media tentulah ada orang yang selalu memberikan pandangan kedua. Najib contohnya , tentulah ada orang yang menasihati dia dalam bidang perundangan. Bagitu juga dengan Speaker Perak serta MB Nizar. Sultan juga ada penasihat perundangan walaupun dia pernah jadi Hakim. Mereka bukan maksum dan mereka juga buat salah.

Dalam kes Perak ini , masing2 membawa hujah betapa mereka sebenarnya betul. Saya tak salahkan mereka sebab masing2 ada ideologi. Habis ... nak salahkan siapa ?

Puncanya kerana ada ADUN yang tak setia dengan perjuangan. Saya konsisten mengatakan yang saya tak suka adanya LOMPAT parti berlaku biarpun DSAI mewar-warkan perkara tersebut. Sebab ianya sesuatu yang tidak demokratik.

Bila saya memilih pemimpin, munkin saya pilih parti . Tetapi mungkin juga saya memilih orang yang saya kenal. Ini biasa. Bila pemimpin tadi bertukar parti, susah untuk dia mengatakan bahawa saya masih lagi disokong oleh pengundi saya. Ini cakap orang " PENDEK AKAL "

Yang pasti , polemik ini akan terus berpanjangan sehinggalah ada satu pihak yang mengalah serta memberikan ruang yang satu lagi kepada pemimpin lawannya. Namun, saya pasti ianya tak akan berlaku. Yang saya harapkan hanya satu . MAHKAMAH yang harus dilihat adil.

Bila mahkamah bersidang baru merka boeh putuskan siapa yang betul & siapa yang salah.

Perak huru-hara sebab ada " BANGSAT " yang melompat parti. Itu punca utama.

Sunday, March 1, 2009

Baca boleh ... percaya jangan

No 1 :

Cadangan sidang tergempar DUN perak tidak sah

KUALA LUMPUR 1 Mac - Setiausaha Dewan Negeri Perak Abdullah Antong Sabri dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata cadangan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Yang satu pihak kata OK, lagi satu pihak kata KO. SO apa semua ini ? Sebenarnya punca kekalutan di Perak ialah kerana ADUN PKR tak setia dengan parti. Mereka yang menghuru-harakan situasi politik negeri Perak. Lagi 2 tahun , mereka akan jadi sejarah. Masa tu tak jadi ADUN pun tak kisah sebab duit ada berjuta2. Senang bukan ?

No 2 :

Pemuda BN serah memorandum bantah hina sultan

ALOR SETAR 1 Mac — Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan berlakunya penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid, yang mengetuai 50 anggota Pemuda BN negeri termasuk MCA, MIC dan Gerakan, menyerahkan memorandum itu kepada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Mohd Rizal Mohd Radzi, di Wisma Darul Aman di sini, kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Sejak bila UMNO setia pada Raja ? Sejak bila UMNO bersuara kalau Raja dihina ? JAwapan dia senang.... kalau perbuatan itu boleh memberikan political milage kepada UMNO , maka wajar Raja itu dibela.

Saya bukanlah menganggap Raja itu terlalu sempurna, maksum , sehinggakan tak boleh buat kesalahan apatah lagi ditegur. Mereka juga sama seperti rakyat biasa. Ada melakukan kesalahan. Kalau salah .... ditegur. Bukannya dikembalikan kekebalan Raja begitu sahaja.

Kita hormat Raja .... tetapi ingat .... Raja Adil Raja Disembah ..... Raja Zalim ... Raja Disanggah. Ini zaman bukannya tahun 1500. Salah tetap salah. Walaupun dia Raja. Apakah jika raja membunuh orang , maka dia boleh terlepas hukuman begitu sahaja ? Sorry .....