Thursday, January 29, 2009
TV 3 tak pernah serik
2. Yang paling ketara tiada ulasan daripada MB selangor yang sepatutnya ditanyakan mengapa kelembapan ekonomi selangor berlaku. Sepatutnya ditanyakan MB Selangor mengapa ianya berlaku. Ini penting sebab TS Khalid ialah ketua kepada pembuat dasar di Selangor.
3. Yang lawaknya dipanggil Khir Toyo untuk membuat ulasan. Inilah selenganya tv3. Yang sepatutnya dipanggil tak ditemuramah. Yang banyak menyusahkan rakyat serta merompak duit rakyat ditanyakan. Kalau ditanya Khir Toyo memanglah apa yang Khalid buat semuanya salah. Tak ada apa yang MB buat. Itu memang kerja pembangkang . Ini kerja Khir Toyo.
4. TV 3 tak pernah serik. Dah jadi balaci UMNO sejak PRU 12, pun masih nak jadi balaci UMNO selepas pasca PRU. Apa nak jadi dgn TV 3. Tak ambil iktibar drpd apa yang berlaku. Saya kesian kat tv3 kerana hidungnya ditarik kesana kemari sebab nak bersihkan dosa UMNO.
5. Orang yang tak ambil iktibar daripada sejarah akan tergolek , jatuh dan mungkin tak akan bangun2 lagi. UMNO macam parti yang tersepit....gunakan orang untuk selamatkan diri sendiri.
Tuesday, January 27, 2009
Sejenak
2- Dr. Muhammad Agus - Pengerusi
3- Dr. Mohd Khir Toyo - Panel 1
4- Saifuddin Nasution - Panel 2
Keputusan :
UMNO 1 - PKR 1
Tuesday, January 20, 2009
Kuala Terengganu ... perspektif saya
2. Majoriti juga menyampah melihat gelagat Rosmah yang pada mereka bukanlah contoh terbaik bakal isteri pemimpin no 1 negara.
3. Majoriti menolak UMNO. Menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang tidak lagi relevan untuk mereka.
4. Orang2 muda tak rasa kekok memegang bendera UMNO. Mereka bangga kerana merasakan PAS mahupun Pakatan Rakyat -PR- lebih dekat dengan mereka.
5. Orang muda di KT malu nak sokong UMNO sebab mereka rasa UMNO bagai sebuah parti dinasour. Tak hebat kalau sokong UMNO.
6.Merka juga naik menyampah melihat cara UMNO berpolitik. Berpolitik cara lama dengan cara melambakkan peruntukkan dan bersifat ugutan. ' undi BN kalau nakkan peruntukan ' - itu yang buat orang lebih menyampah.
7. Mereka naik meluat dengan gaya kumpulan Wanita & Puteri UMNO dalam berkempen. Cara yang mereka gunakan hampir tak relevan dengan gaya masa kini. Masih guna cara lama.
8. Propaganda berlebihan kepada UMNO melalui RTM dan TV3 sebenarnya menyumbang kepada kekalahan UMNO. Bayangkanlah bagaimana mereka menyerang PR kiri dan kanan semasa tempoh berkempen. Apa yang PR buat semua salah. Hanya UMNO yang terbaik. Maka jawapannya ....nyah kau dari KT.
9. Oarang KT bukannya buta IT.. Mereka celik dengan perkembangan semasa. Mereka malu kalau mengelek Utusan @ Berita Harian sebagai bahan bacaan. Tak ' cool ' langsung. Blog , on line portal , akhbar online jadi pilihan mereka. Hanya yang poyo2 saja akan baca Utusan dan BH.
10. Kehadiran keterlaluan pemimpin2 besar menyebabkan mereka bertambah meluat. Gaya hidup mereka jauh daripada gaya hidup kebanyakkan warga KT. Mereka tak faham erti ' kais pagi makan pagi, kais petang makan malam '.
11. Kelemahan jentera BN dalam membuat serang balas kepada PR juga isu utama. Kentera BN lemah. Hanya bergantung semata mata kepada media cetak yang poyo juga media elektronik yang dilihat keterlaluan.
12. Banyak pemimpin UMNO yang masih menafikan kelemahan UMNO. Mereka ingat wang dan segala peruntukan boleh memenangkan mereka. Warga KT cakap ..... Sorry beb.
13. Saya berharap akan ada lebih banyak PRK selepas ini supaya pembangunan tertunggak dapat dilunaskan. Dalam PRK ... Mintalah apa sahaja. Selalunya akan ditunaikan oleh kerajaan. Bernda yang memakan masa 2 tahun boleh dibereskan dalam masa 2 minggu. Inilah hebatnya PRK.
' sent via my wireless mobile divice '
Saturday, January 17, 2009
Allahuakbar . . . .
PAS menang dengan majoriti 2631
Calon PAS menang dengan jumlah 32 883
BN kalah lagi .....
Najib kalah lagi ....
Wan Farid tak jadi timbalan menteri .....
Tapi jangan gigit jari .....
Pembangunan yang dah dijanji .....
Jangan tunda berkali-kali .....
Malu BN nak letak dimana .....
Cakap berdegar2 degar .....
Kuala Terengganu . . . BN atau PAS
Jangan undi bakal YB yang hanya datang 5 tahun sekali , mahupun yang pakai selipar jepun dan sembahyang di surau buruk bila nak dapatkan undi 5 tahun sekali.
Cari yang boleh kerja untuk kita, bukannya kita nak kena kerja untuk mereka. Gaji mereka kita yang bayar. So .... Para YB jangan bongkak sangat.
Yang baru nak jadi YB....belajar2 jadi YB yang boleh bekerja, peramah, tak kenal erti penat. Jangan bila dah jadi YB, terus hilang entah kemana.
Selamat mengundi. Undi adalah rahsia.
' sent via my Nokia E71 '
Friday, January 16, 2009
Najib makin tertekan
2. Mat Said MB pun sibuk kata penyokong PAS tukar angin. Kah...kah...kah.... Ini betul2 lawak bangang. Kalau dah hati nak pangkah PAS dia akan pangkah PAS. Kalau dah hati kata nak pangkah BN, dia akan tunaikan. Korang tak payah ajar. Kalau saya .... Saya dah tahu nak pilih apa .
3. Lagi banyak BN kutuk PAS, lagi banyak doa kemenangan untuk PAS. Allahuakbar.
4. Tak sabar nak beli paper hari Ahad. Nak tengok apa cerira mereka tulis.
5. Dalam berita TV 3 siap ada kronologi peristiwa peruntukan janji Najib kepada MasjidDi Pulau Pinang. Kah...kah...kah... Siap kata semua itu nak menjatuhkan reputasi Najib. Woi Najib.... Memang le kerja Pakatan Rakyat membusukkan reputasi kamu yang dah se,emangnya busuk. Meloyakan tengok berita2 sundal UMNO.
Kenapa org boleh berubah?
napa org boleh berubah?knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?
[HARI NI]cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan.....
"[ESOK]bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."
[HARI NI]kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara
[HARI NI]wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...
[HARI NI]kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas
[HARI NI]kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."
Semua ni pernah berlaku kan...dan mungkin sedang berlaku...inilah hakikat..susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..kita still setia kan...walhal, mungkin ada ramai ag yg leh ganti...itulah maknanya "SAYANG"....lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....lagi kita benci, lagi kita suka...lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....nak wat cam ne....
redha je la... walau pun terluka..... ....hurmmmmm.... ......
credit to my friend .... endokliza@yahoo.com
Thursday, January 15, 2009
Azilah mengaku pernah jumpa Razak Baginda
Menurutnya, Abdul Razak juga pernah membenarkan dia mendengar pesanan peti suara daripada telefon bimbitnya.
Katanya, dia mendengar suara seorang lelaki bercakap dalam loghat Cina yang berbunyi, ‘saya kasi pecah u punya muka’.
Selain pesanan itu, katanya, ada satu lagi pesanan suara dalam bahasa Inggeris yang dia tidak dengar sehingga habis.
Bila nak habis cerita Sinetron Azilah ini ? Berapa lama lagi ? Bulan ? Tahun ?. End result .... semua dibebaskan kerana tiada bukti prima facie ........ Ini yang pengarah dia cakap. Cut !!!!
Abdullah janji impian rakyat Terengganu jadi kenyataan
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka untuk negeri itu sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih daripada parti PAS akan dilaksanakan.
“Saya nak lihat kemajuan di negeri ini berterusan, tak tersangkut, tak tersekat atau apa-apa projek yang dirancang diketepikan, bahkan apa yang dirancang akan dibina.
Soalan saya : Adakah kepentingan masyarakat di Terengganu hanya boleh ditentukan jika BN sahaja yang menang ? Adakah Terengganu akan kiamat kalau PAS menang pilihanraya kali ini ? Adakah hanya pimpinan BN sahaja yang boleh bawa kebaikan - manakala PAS hanya membawa kebobrokan ?
Lima negeri dalam Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh jadi lebih baik dengan syarat BN jadi pembangkang yang baik. Kalau pembangkang di lima buah negeri mainkan peranan dengan berkesan... maka Pakatan Rakyat boleh jadi pemerintah yang baik.
Tajuk berita 15 Jan 09
2.Hudud - DAP ugut keluar Pakatan. - syauqie : DAP memang konsisten dari dulu tak nak HUDUD. Sama macam UMNO yang tak mahu laksanakan HUDUD.
3. Anwar perlu jelas pendirian tentang HUDUD. - syauqie : DSAI tak konsisten. Sekejap PAS ; sekejap DAP. Dia kena inform pada DAP tentang HUDUD. Yang penting biar calon PAS banyak di Parlimen.
4. Jumlah tabung Gaza terus menambah. - syauqie : permudahkan supaya orang boleh menderma melalui SMS. Senang dan cepat.
5. McDonald's Malaysia nafi dakwaan terlibat dengan Rejim Israel. - syauqie : McD Malaysia tak ada langsung kaitan dengan Israel.
6. Kakitangan awam bebas undi wakil pilihan masing-masing....kata Mat Monggol. - syauqie : kakitangan awam takut sebab ada ugutan daripada pentadbiran negeri. Bangang betul TPM ni.
7. Peluang Pesara balas jasa BN....kata Ahmad Said MB Terengganu. - syauqie : apa punya bangang la statement Mat Said ni. Dia orang boleh pilih apa parti yang bertanding yg mereka suka. Ini bukan soal balas jasa. Sapa yang boleh buat kerja....dialah yang akan dapat undi.
8. Ada 12 ribu polis di KT. - syauqie : banyak sangat anggota polis. Semata2 nak jaga periuk nasi BN. Banyak yang menyamar jadi org biasa.
Tuesday, January 13, 2009
Khabar dari Kuala Terengganu
2. Hari ini misalnya akhbar Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di KT. Maka banyakle akhbar ini diambil terutamanya oleh peniaga2 ikan, nasi dagang, mahupun peniaga sata. Percuma beb. Ini antara kempen terdesak BN. Kah... Kah ... kah. Lawak2.
3. Dengar khabar orang Idris Jusoh nak berlawan dengan orang Mat Said, MB Terengganu. Nak tengok sapa yang lebih hebat. Bekas MB nak tengok kalau2 dia masih ada pengaruh di KT, dan MB sekarang juga nak pastikan yang Idris Jusoh hanyalaha seorang ADUN Jertih dan tak de bezanya dengan ADUN2 lain.
4. BN giat berkempen terutama Najib Monggol yang kalau berucap menyakitkan telinga saya. Cakap macam bagus. Tapi saya malas nak dengar. Tak larat.
5. Saya baca belanja pengubahsuaian rumah rehat untuk Mat Monggol dan Bik Mama Rosmah mencecah hingga 50 ribu ringgit. Kalau betul, memangla satu pembaziran.
6. Propaganda murahan RTM dan juga TV 3 suku dalam membantu kempen calon BN amatlah ,e,ualkan. Kalau saya orang KT juga saya tak larat nak ditipi oleh BN. Yang dia beri 2 juta. Yang dia ambil 3 juta. So manala BN tak suka,
7. Lagi banyal propaganda murahan dilaksanakan, lagilah senang BN nak kalah. calon tak berapa kisah, tapi para kroni juak2 bangsat UMNO betul2 memualkan pemerhati UMNO.
8. Engkau nakpuji calon BN untuk PRK ini, silakan. tapi jangan buat2perkara onar dalam sistem kita. Kalau BN dah bangsat, apa2 talian hayat boleh
Monday, January 12, 2009
Semasa
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM - harus melihat adakah janji2 yang ditaburkan oleh UMNO dalam waktu kempen ini boleh dikatakan rasuah. Rasuah bukan setakat tabur duit. Berjanji dalam kapasiti mereka tak punya apa2 jawatan juga satu rasuah politik. Mat Monggol Najib berjanji yang macam2. Ditaburkan semua pembangunan dalam waktu pilihanraya, adakah itu belum cukup dikatakan rasuah?
3. Nama SPRM berbeza dengan BPR. Tapi struktur masih sama. Jadi tak de bezanya. Orangnya masih orang lama. Melaporkan kepada orang yang sama. So jangan harap sangat perubahan yang ketara dalam SPRM.
4. Dalam rasuah, yang ikan paus masih dilepaskan. Yang ikan bilis tetap ditangkap. Yang rasuah 50 ringgit ditangkap. Yang rasuah berbillion2 ringgit, lepas begitu saja. Ini realiti semasa.
' sent via my mobile wireless device '
Boikot Tesco ...
Pengasas TESCO ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA COHEN.
Disamping mempromosikan produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar
Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England.
Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.
Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasarraya Tesco.
ulasan saya :
1- Memang kebanyakkan barangan TESCO lebih murah daripada pesaing2nya. Saya suka juga berbelanja di TESCO. Kalau ada pasaraya tempatan yang tawarkan harga yang lebih murah daripada TESCO, mari kita boikot TESCO.
2- Rasanya kalau kita pulaukan TESCO , ada banyak tempat lain yang kita boleh berbelanja.
Sunday, January 11, 2009
Mat Taib: Kokok berderai-derai ……….
Kalaus esiapa yang perhatikan Buletin Utama TV3 semalam dan kemudian membaca pula laporan sahabat kita di http://perisik-rakyat.com/2009/01/mat-taib-kecewa-pintu-pagar-dewan-tidak.html akan mendapati bahawa sebenarnya pintu pagar berkenaan tak berkunci pun pagi itu. Ia sekadar tertutup rapat tetapi tidak bermangga sebagaimana didakwa. Kerana selepas itu elok sahaja Mat Taib masuk ke dalam dan sempat ber “posing” dengan seorang pelajar kecil yang duduk dipangkuannya sambil dikelilingi oleh pemuka-pemuka Umno dari jauh dan dekat.
Kata Mat Taib jangan politikkan isu pendidikan. Kata Mat Taib dewan orang-ramai adalah untuk kegunaan semua.
Saya mahu menarik perhatian semua khasnya Mat Taib sendiri yang kebetulan Ketua Umno bahagian Kelana Jaya di kawasan saya. Di kawasan USJ1 di Subang Jaya, terdapat sebuah kawasan penempatan pangsapuri yang dinamakan Pangsapuri Angsana. Di antara blok-blok pangsapuri itu terdapat sebuah dewan yang asalnya adalah dewan kegunaan untuk penghuni di situ. Mat Taib pun pernah berkali-kali hadir dalam majlis di dewan ini.
Selepas pilihan raya umum baru-baru ini, orang-orang Mat Taib melalui Umno cawangan di sana telah “mengambil-alih” dewan ini dan kini diletakkan papan tanda di bangunan itu menjadi Dewan Umno! Umno cawangan di bawah Mat Taib merampas dewan yang sepatutnya diselia oleh jawatankuasa penduduk di sana. Sehingga ke hari ini masyarakat penghuni di Angsana dinafikan hak untuk menggunakan dewan berkenaan kerana ia diselia oleh parti kepunyaan Mat Taib, yang kebetulan di Selangor adalah parti pembangkang!
Jadi siapa yang sebenarnya mempolitkkan bangunan-bangunan kegunaan awam ini?
Saya harap TV3 dan pihak media yang lain berkunjung ke Pangsapuri Angsana, dan saya yakin penduduk di sana bersedia memberikan penerangan kepada mereka. Darihal isu ini. Mat Taib perlu dilihat konsisten dan bukan lidah bercabang. Tambahan beliau sedang bercita-cita untuk merampas kerusi nombor dua dalam Umno. Kalau sekadar kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis, nipis dan tipislah harapan beliau untuk naik.
Dalam isu tabika KEMAS ini beliau selaku menteri sepatutnya telah lama berurusan dengan pihak kerajaan negeri-negeri yang berkenaan. Hormatlah sikit kerajaan negeri, tuan punya bangunan dan premis, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Tetapi tidak, Mat Taib lebih gemar “bulldoze” untuk meraih populariti atas kesusahan orang-ramai. Kini siapa yang susah.
Berbalik kepada isu dewan Umno yang bukan hanya di USJ 1 tetapi juga di SS19 Subang Jaya dan beberapa lagi disekitar Lembah Kelang ini, Mat Taib selaku Pengerusi Perhubungan Umno dinasihatkan agar segera bertindak membebaskannya dari ikatan parti politik, buat segera sebelum anda dimalukan dan akhirnya kecundang tidak berjawatan
Ingat, rakyat kini sudah bijak dan sudah bebas berfikir, dan membuat penilaian serta pertimbangan. Jangan sampai Umno nanti berkubur angkara Ketua Penerangannya……
[ from n32.blogspot.com ]
TV 3
2- Kalau difikirkan sejak hari penamaan calon di KT yang lepas, TV 3 tak habis2 menyiarkan propaganda " berlebihan " kepada calon BN. Ini hakikatnya. Mujurlah ada berita serangan Israel di Semenanjung Gaza. Kalau tidak penuhlah berita TV 3 dengan cerita Najib , Ahmad Said, dan juga Farid. Tak habis2.
3- Bagaikan trend setter TV 3 kalau mulakan berita Pakatan Rakyat. Selalunya berita PR akan dimulakan dengan perkataan Fitnah, Putar Belit Fakta dan macam2 lagi. Tapi BN punya cerita ... semuanya elok. Ini adat. Saya tak marah.
4- Tapi lebih-lebih sangat berita yang dipaparkan - dengan pada masa yang sama memburukkan PR di negeri2 yang mereka perintah ... menyebabkan saya muak nak dengar berita politik TV 3. Saya jadi malu kalau saya kerja sebagai pembaca beritanya.
5- Yang paling menyampah bila dengar ceramah Najib Monggol dan Mat Taib kat TV 3. Berbuih telinga saya paksa nak mendengar. hati kecil saya cakap ..... " sengal betul mamat yang bercakap ni ".
Berita gila ...
2- Lagi banyak dia kondem PAS, lagilah menurun saya ingat undi BN di KT. Orang yang senget kepala saja yang akan fikirkan projek2 kepada semua kontraktor kelas F di KT bukan satu rasuah politik. INI RASUAH POLITIK secara terang2 ngan.
3- Dengan adanya TV yang gila2 mempromosikan calon BN....saya harap tergoleklah BN di KT. Allahuakbar.
4- Khir Toyo mula menyibuk hal MB Selangor beli kereta Camry. Masa dia memimpin Selangor dulu, lebih banyak rasuah yang berlaku. Kurang 5 bulan dia jadi MB , Khir selesaikan bayaran ansuran rumah yang dia beli secara cash. So macamane ?
5- Selagi BN amalkan sikap penindasan kepada rakyat kebanyakkan, selagi itulah perasaan saya bukan pada BN...apatah lagi UMNO.
'sent via my E71'
Tengah Malam ...

English Premier League [ EPL ]

thanks to Bendtner - 84'
Go ... Go ... Arsenal
Saturday, January 10, 2009
nak buat pembaharuan .... tapi
Banyak yang kena diperbaiki oleh pengacara sekiranya nak maju terus kehadapan. Kalau tidak , rancangan ini akan mati lepas 13 episod atau kurang daripada itu .
Pengacara : Hezry Hashim - entah DJ radio mana,
Tetamu : Nabila Huda, Dafi, Sarah Raisuddin, Melissa Saila.
Topik : merepek.
Nak suruh saya tengok lagi ? Sorry beb.
Semasa
Dasar ISRAEL. Kalau dah bangsat ... tetaplah bangsat. Sebab AS ada dibelakang mereka . Sebab tu mereka berani buat. Cuba kalau anak Obama atau Bush kena serang di Palestin .... mau dibom ISRAEL sampai lumat. Cuma nak beritahu ... uptodate ... dah hampir 700 orang meninggal. Alfatihah
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia sekarang ini tidak mengalami kemelesetan walaupun kegawatan kewangan global memberi kesan yang buruk ke atas ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah.
PAk Lah ... Pak Lah. Cubalah pergi tengok kat pekan2 kecil. Cubalah jengok2 sikit berapa banyak yang dapat dibeli dengan RM 50. Kalau kuasa beli semakin menurun , maka itu antara lain menunjukkan kita dalam kesempitan ekonomi. Jangan asyik zzzzzzzzzzzzz. Bangun.
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyumbang RM6,000 kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM).
Teringat lagu Herman Tino ...." Tangan kanan memberi , sorokkan tangan kiri ". Ini bukan kes sorok lagi ... ini dah jadi bahan hebahan.
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Malaysia tidak berpuas hati dengan resolusi yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ia tidak menggambarkan pengunduran tentera rejim Zionis secara total dari bumi Palestin.
Apa yang Malaysia boleh buat kalau US berkecuali ? Nak putuskan hubungan diplomatik dgn US ?
Kelemahan PPSMI harus dikaji secara mendalam
Memetik tulisan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, mantan Pengerusi MAS, beliau secara jelas menyatakan bahawa dari segi undang-undangnya matapelajaran di sekolah seharusnya menggunakan bahasa Melayu termasuklah bagi subjek Sains dan Matematik.
Menurut beliau dan atas pemahaman kita semua, Artikel 152 dengan sudah terang lagi bersuluh memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dan sesungguhnya, ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.
Ini pendapat saya . Tak de kena mengena dengan politik Malaysia .
1- Orang yang beriya -iya nak perkenalkan perkara ini ialah bekas PM Mahathir. Akibat pendek akal dan bersifat egoisme , maka dilancarkan PPSMI pada tahun 2003. Secara jujur , banyak yang tak betul tentang tindakan Mahathir. Tapi sebab dia PM waktu itu , maka semua pihak akan menampakkan perkara yang betul sehingga mengaburkan apa yang sepatutnya diperbetulkan.
2- Kalau nak salahkan orang ... salahkan Mahathir. Ini sebab akibat sikap sengal dan egois beliau ; maka PPSMI dilaksanakan.
3- Hampir puluhan tahun jadi PM , banyak kakitangan kementerian pelajaran yang jadi kakak tua ... tak berani bersuara. Sindrom bisu dah lama menular bila Mahathir jadi PM. Akibatnya ... benda yang sepatutnya perlu diperbetulkan dibiarkan . Maka PPSMI pun dilaksanakan.
4- Mengapa perlaksanaannya tergesa2 ? Mana DBP yang dikatakan mengangkat mertabat bahasa melayu ? Masa tu semua ahli DBP ' bisu ' . Mana GAPENA ? ... pun ada sindrom bisu.
5- Masa perlaksanaan dulu tak dengar pun ada PERBINCANGAN MENYELURUH .... meja bulat, sidang pleno , kursus itu ... kurus ini. Semua OK sebab Mahathir suruh. Sekarang bila nak dikaji keberkesanannya ... maka dikeluarkan semua MEJA BULAT , BELA EMPAT SEGI , MEJA LONJONG , MEJA MAKAN , MEJA PERHIASAN dan macam2 lagi MEJA hanya untuk menutup kebebalan sesetengah pemimpin politik.
6- Alasan dia sebab hendakkan anak Malaysia pandai bercakap dan fasih berbahasa inggeris. So diharap PPSMI boleh jadi batu loncatan. Mereka tak tahu bahawa nak pandai dalam sains dan pandai berbahasa inggeris adalah dua perkara yang berbeza. Apalah salahnya belajar sains dalam bahasa melayu. Kalau tak ada istilah yg sesuai , gunakan sahaja istilah ' sains inggeris ' yang dah ada . Habis cerita.
7- Untuk menampakkan hebatnya PPSMI ini maka dikeluarkan statistik2 peperiksaan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Kita tak tahu .... mungkin grade pemeriksaan dalam PPSMI ini diturunkan. Kalau dulu nak dapat grade A .. kena score 95 dan keatas . Sekarang mungkin 85 %. So keluarlah result yang hebat dalam peperiksaan besar.
Ada banyak lagi ayng saya nak tulis . Nantilah saya sambung
Friday, January 9, 2009
Sejenak ....
09/01/2009 5:52pm
IPOH 9 Jan. — Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.
Ayuh PROTON. Jadikan ianya satu cabaran. Kalau kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan nilai tambah kenderaan, tak mustahil PROTON akan jadi pilihan dimasa akan datang. Untuk EXCO Perak , bila dah ada kenderaan baru ... rajin2lah turun ke padang. Tengok2lah keadaan anak buah yang hidupnya mungkin tak semewah anda.
Jangan politikkan isu kehadiran polis di Kuala Terengganu
09/01/2009 4:12pm
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Shukri Dahlan meminta supaya kehadiran polis sepanjang proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dipolitikkan dengan mendakwa ia menakutkan pengundi di kawasan itu.
Beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tujuan kehadiran polis adalah untuk menjaga keselamatan selain daripada jumlah anggota polis yang terlibat dalam pilihan raya kerusi parlimen itu lebih rendah berbanding pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh.
Aduhai Datuk. Inikan pilihanraya. Farid daripada bekas timbalan menteri yang jaga hal ehwal polis. Kerana itulah isu ini boleh dijadikan modal kempen. Yang polis pi tangkap budak yang tampal poster Altantuya pasal apa ? Takut hantu tu kejar Najib kat KT ? Kalau tak salah .. buat apa nak tangkap. Yang takut saja akan gunakan polis. Sebab tu saya katakan Polis mestilah nampak adil ... dan melaksanakan keadilan. Bukannya jadi budak suruhan mana2 parti POLITIK. Walaupun yang melantik Musa Hasan ahli POLITIK. Musa mesti neutral ..... bukannya jadi balaci XXX.
Tali keledar: Kenderaan asing terkecuali
09/01/2009 3:16pm
JITRA 9 Jan. — Kenderaan dari Singapura dan Thailand, yang memasuki negara ini, diberikan pengecualian dalam soal pemakaian tali keledar tempat duduk belakang kereta, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Katanya, buat masa ini, penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang itu hanya diwajibkan ke atas kenderaan persendirian yang berdaftar di negara ini sahaja.
Kah ... kah .. kah. Ini namanya double standard Pak Menteri. Kenderaan asing pun sepatutnya kenala ikut peraturan kita. Baru adil. Kalau mereka mati kat jalanraya kita macamana ? Dah le mereka kadang2 macam raja dijalanraya. Mandu ikut suka hati. Cuba tengok kenderaan2 dengan nombor pendaftaran Singapura bila kat jalanraya kita. Saya kadang2 cukup berbulu. Nak kejar tak dapat ... tapi sikap mereka tu kadang kala buat saya .... gerammmmmmm.
Karpal sudah faham hudud - Hadi
09/01/2009 2:51pm
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Pas berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.
Ini lawak pilihanraya ke apa ? Mana mungkin Karpal Singh yang totok DAP tu faham apa maksud hudud. Hj. Hadi kena betul2 terangkan . Kalau tidak puak gerombolan UMNO makin naik tocang. Yang Karpal faham ialah ... selagi DAP ada kepentingan dalam Pakatan Rakyat ... tak mungkin hukum HUDUD dapat dilaksanakan. Selagi UMNO jadi parti yang menentang hukum hudud... selagi itulah masyarakat akan senantiasa dimomokkan tentang bahana hudud kepada mereka. Kalau DAP tolak tak pe ... sebab asas parti mereka bukan ISLAM. UMNO yang kononnya memperjuangkan ISLAM dan Bangsa Melayu pun sama macam mereka ... ? Apa cerita ? Bukan setakat menolak ... malahan memomokkan hukum hudud kepada yang bukan ISLAM.
Hudud bagaikan modal sampingan UMNO. Bila terdesak ... digunakan hukum hudud. Bila melayu tak ramai yang sokong dia ... dibangkitkan isu ketuanan melayu. Bila melayu Islam tolak UMNO ... dibuatnya muzakarah dengan PAS. UMNO macam pembelit. Kepala otak pemimpin mereka macam belut. Ada yang nak rembat harta rakyat bila dah jadi YB.... macam2 lagilah. Banyak yang busuk daripada baik.
PAS , PKR , DAP pun bukanle baik sangat. Tapi mereka ada semangat nak menolong rakyat kebanyakkan. UMNO gunakan rakyat untuk dapat kuasa . Betul2 pundek la.Bila UMNO nak berubah ... ? tak tahule.
Wednesday, January 7, 2009
sebaknya hati
Melihat keadaan anaknya, sangat menghibakan. Kedua2 belah jari tangannya berwarna kebiru-biruan kerana anaknya mempunyai penyakit jantung berlubang tahap serius.
Bila ditanya mengapa tak pergi ke tempat yang sepatutnya , maka dijawabnya banyak pihak tak memandang dirinya seperti orang penting.
Saya tanyakan kenapa tak ke IJN, jawapnya , mudah ....saya tak mampu. Baitulmal juga tak mampu nak menolong dia.
Hiba hati saya melihat keadaan ayah dan anak yang sifatnya saling bergantungan antara satu dengan yang kain.
Saya sempat mengambil nombor talefon bimbitnya 016-3567 168.
Saya akan cuba sedaya upaya untu membantu saudara Eddy Chin. Kalau ada perkembangan lain...akan saya update.
'Sent via my mobile wireless device'
Judi
2. Dibahagian depan kedai nombor ekor telah tertera satu papan ingatan " Judi Haram Di Sisi Islam ". Tapi masih ada orang Islam yang masuk kedai TOTO ; beli nombor ekor dan berpura2 tak sedar diri yang mereka itu melayu. Sungguh memalukan.
3- Towkey kedai toto pulak ; tak kiralah sapa pun yang beli waima melayu sekalipun tetap dijual. Sebab nak kan duit melayu , cina , india dan bangsa2 lain ... maka dia jual kepada semua bangsa. Tinggallah " Papan Tanda " tadi sebagai hiasan.
4- Untuk jangka pendek , saya cadangkan kerajaan perlu gubal akta judi supaya Orang Melayu atau ISLAM dilarang sama sekali mengambil apa2 hasil daripada kemenangan. Kalau mereka beli ... lepas itu menang, mereka tak boleh tuntut walau satu sen pun harta kemenangan itu. Biar padan muka orang melayu yang kaki judi. Kerajaan kena pastikan yg orang melayu tak kan dapat benefit daripada duit judi tadi.
5- Kalau mereka menang ..... nak tuntut hadiah ..... sorry tak dapat sebab kau melayu. Biar nampak isu perkauman disini. Kerajaan ada ramai orang melayu di Parlimen. Pakatan Rakyat ada pimimpin melayu di parlimen. Gubal akta supaya boleh dilaksanakan.
syauqie
Tuesday, January 6, 2009
Sekitar Pilihanraya Kecil [ PRK ] Kuala Terengganu
Sekarang baru kau nak rendah diri. Bila kau nak kan undi ... kau merendah diri. Lepas kau dapat undi ..... puihhhh ... kau sombong diri dan berhidung tinggi. Aku berdoa kau tersungkur di bumi.
2- KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Jawatan timbalan menteri tetap menanti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh apabila beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
Bunyi macam dah tahu nak menang. Mungkin sebab BN dan prepare undi hantu. Saya harap calon BN ni kalah supaya suratkhabar jadi bisu.
3- KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar sikap pembangkang kerana sering mendakwa kononnya pengumuman beberapa projek pembangunan kerajaan menjelang pilihan raya sebagai satu bentuk rasuah politik.
Ini lagi satu malaun biyol. Semua orang tahu ini gula2 politik pilihanraya la dol. Samdol betul. Bodoh tak boleh diajar. Pandai tak boleh diikut.
4- KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Para pengundi diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan parti pembangkang yang cuba memburuk- burukkan kerajaan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Moi munkey .... memangla tugas pihak ' A ' nak buruk-burukkan pihak 'B' . Kalau A asyik puji B... itu macam A dan ada conflict of interest dengan B. Bangang betul.
5- KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Polis menahan lima lelaki dipercayai penyokong parti pembangkang kerana menampal poster pilihan raya berbaur hasutan di sekitar bandar raya ini awal pagi ini.
Ini betul2 lawak. Ditahan masuk lokap kerna tampal gambar Altantuya. Mangkok Najib ni dah mabuk agaknya. Woi..... tampal gambar Altantuya mengamcam keselamatan negara ... ke ... mengancam keselamatan kau Najib ? flower hon betul la Najib Razak ni.
Tolong Baca dan Fikirkan ..
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kerajaan negeri perlu menyatakan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
''Takkan semua JKKK dan pegawai daerah di seluruh negeri bertindak sendiri. Biasanya selepas dapat arahan baru bertindak dan sekarang apabila sudah bertindak, Menteri Besar kata ini bukan arahan saya tetapi arahan pegawai daerah. - Utusan MELOYA
versi yang sedap didengar ....
Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat
Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik Tue Jan 06, 09 8:30:44 pm MYT
MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."
Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.
Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?
Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.
Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.
Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.
Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.
Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.
Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!
Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.
Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.
Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.
Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.
Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.
Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.
Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.
Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.
Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.
Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.
Monday, January 5, 2009
Berita tengah malam
2. Pilihanraya KT semakin hampir. Banyak org menabur janji kat sana. Yang satu pihak tabur janji tanpa duit. Yang satu lagi menabur janji dengan jumlah wang berjuta ringgit.
3. Yang paling sengal tentulah Ahmad Said MB yang mengatakan peruntukan susah nak disalurkan kalau BN tak dpt KT. Inilah pemikiran dan pandangan paling sengal pernah saya dengar. Keluar pulak dari mulut MB.
4. Mana suara OIC dalam cerita Israel ? Nak tubuhkan pasukan pengaman sendiri konon. Kalau betul bagus . Yang tak bagus kalau hanya hangat2 taik ayam.
5. Mat Taib pulak sibuk nak hulurkan pembangunan sana sini macamlah yang keluar tu duit dia. Siap ugut2 pulak kepada PR bahawa pembangunan yang dibuat sudah dirancang lama dulu sebelum pilihanraya. Utk saya senang. Selagi rakyat dapat manfaat, teruskan.
6. Cerita lif tak berfungsi di KL di punyalah banyak. Sampai keluar kat TV. Antara sebab lif tak dapat diperbaiki ialah kerana ada penghuni yang tak bayar yuran penyelenggaraan. Itu saja. Yang bayar pun dapat susah sebab pemikiran kelas ke 3 yang malaun tak bayar ni dah buat.
7. Esok bebudak banyak yg dah masuk sekolah. Depan rumah saya akan jadi macam biasa. Pack & jammed. Nasibla. Kalau keluar rumah lambat sikit...alamat lewatla sampai tempat kerja.
8. Banjir kat Kelantan makin teruk. Yang patut pergi sekolah hari ni pun dengarnya banyak yg tak dtg . Banyak harta benda utk persekolah yg musnah sebab banjir.
9. Penduduk Kemaman dan Setiu banyak yg dah dipindahkan. Elok pindah supaya nyawa tak melayang akibat banjir.
Ps : KYLE XY season 2 - TV 3 - Setiap Ahad jam 11 malam.
10. PAS di KT perlu kerja kuat sebab kalau ambil mudah pilihanraya ini ; ia akan jadi satu kerugian kepada PR. Kalau menang sekurang2 nya menambahkan lagi seorang anggota PR di Parlimen.
' sent via my mobile device '
Sunday, January 4, 2009
Ulasan berita tengah malam
2. Untuk Najib Razak, cuba cerita negeri mana kat Malaysia ni yg tidak ada masalah? Waima negeri Perlis yang kecik tu pun MB dia gagak nak puaskan hati semua orang, apatah lagi negeri2 yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat - PR.
Daripada beri pada perasuah yang hanya nak kenyangkan perut nasi kroni dia, elokle bagi pada PR supaya menjaga. Nak harapkan BN, jadile macam Perak yang menunggu sehingga 50 tahun lebih nak dapat tanah.
3. Bush pulak menyalahkan Hamas dengan apa yang berlaku di Palestine. Mangkuk ayun ni bukan nak blame Israel....disalahkan pulah Hamas. Betullah otak letak kat lutut. Yang buat salah dilepaskan. Yang kena bedal disalahkan. Dasar otak lembu.
4. Moga Ketua Jurulatih Badminton negara Rashid Sidek boleh membantu skuad negara mencapai kecemerlangan pada tahun 2009.
5. Negara Asia mungkin jadi Hos EPL untuk perlawanan mereka yang ke 39. Sesuatu yang ditunggu oleh penduduk Asia. Tapi tak bagus untuk pembangunan bolasepak.
6. Barcelona sedang mendahului Liga Sepanyol...jauh meninggalkan pasukan kaya Real Madrid. Dengar cerita Real Madrid nak ambik Pengurus Arsenal Arsene Wenger. Kalau betul...susah le Arsenal.
7. Sukan SEA akan datang Malaysia bakal kehilangan banyak potensi pingat emas sebab banyak acara yang Malaysia menang pada sukan SEA lalu tidak dipertandingkan. Nasib badan le. itu yang keluar sukan renang sirip sebab negara tuan rumah sibuk nak bolot emas.
8. Selangor, UPB Myteam , Perlis, Johor FC , NS dan Perak menang dalam game pertama Liga Super 2009. Ayuh Malaysia. Mari kita buktikan.
Saturday, January 3, 2009
TM Liga Super 2009 - sudah bermula
2. Malam ini pasukan saya ' SELANGOR - The Red Giant ' menjulang Piala Sumbangsih - Piala Sultan Haji Ahmad Shah ; dengan menumbangkan pasukan Kedah Darulaman 4 - 1 , di Stadium Darulaman.
3. Ayuh semua. Buktikan yang Liga Super Malaysia masih lagi ada kualiti.
Umno Selangor guna kuasa Polis halang ceramah
Kalau betul bagai yang dilapor .... memanglah POLIS ni betul2 selenga sebab menjadi kuda tunggangan kepada UMNO. UMNO seperti biasa .... menggunakan POLIS untuk kepentingan individu.
Tapi kalau ceramah ini tidak ada permit sebab mereka fikir PR yang anjurkan ... maka penganjur ceramah ini memang buta ilmu. Lain kali dapatkan permit.
Kalau dah mintak permit tapi tak diluluskan .... maka POLIS tadi jadi macam yang dibahagian atas.
Jangan beranggapan buruk kehadiran polis - Utusan Meloya
Saya fikir ini semua supaya BN dapat sedikit manfaat daripada kehadiran ramai polis.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kehadiran mereka bagi memastikan pilihan raya kecil itu berjalan lancar dan mengelak perkara buruk daripada berlaku.
Kehadiran polis sebenarnya untuk jaga BN .... bukan nak jaga rakyat.
Katanya, pilihan raya kecil kali ini sudah tentu menjadi tumpuan seluruh negara dan menjadi kemestian bagi polis dalam memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
Sila baca ... kemestian bagi polis adalah untuk memastikan keselamatan UMNO.
Dah semua polis pergi sini ... sapa nak jaga tempat lain ?
Lingam ambil dokumen di SPRM - Berita Hairan
Apa lagi yang penipu ni nak komen. Lidah berputar macam ular sawa. Cakap berbelit2. Saya harap biar Linggam ni masuk penjara sebab kesalahan skandal perlantikan hakim.
Pemilihan bukti ada pergolakan - Berita Hairan
Beliau berkata, pemilihan Abdul Wahid adalah di luar jangkaan kerana sebelum ini nama beberapa tokoh lain disebut bakal mencabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
"Ini menunjukkan dalam Pas sekarang sedang berlaku pergolakan dan perpecahan kerana sebelum ini nama orang lain yang hangat diperkatakan bakal dipertaruhkan Pas.
Saya ingat elok le Puteri UMNO jaga rumah masing2 daripada sibuk nak menjaga hal ehwal rumahtangga orang. Dekat dengan PRK KT ni bila ramai sangat nak beri komen , mahupun yang memberi komen sebab terpaksa ... maka akan menampakkan lagi kebebalan ... malahan kejahilan mereka yang memberi komen.
Tak kiralah komen tersebut daripada UMNO mahupun PAS. Banyak sangat orang nak bercakap mahupun membuat ulasan. Akhirnya ulasan mereka nampak macam tak berilmiah.
Ini semua perang psikologilah dik. Semua orang akan ulas apa2 isu asalkan dapat memberi manfaat kepada parti dia. PRK macam ni ... biasalah.
Satu lagi catatan sejarah hitam .... Memali
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.
Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ.
Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman.
Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali:
Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ’syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.
Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. ”
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.
Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu
di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
Dilemma UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?
Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh
rakyatnya.
Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Radio Televisyen Malaysia
2. Rancangan hiburan , berita , bual bicara dan dokumentasi banyak yg dijenamakan semula. Bila dilihat secara kasar, saya masih melihat RTM jauh kebelakang berbanding siaran TV 3 mahupun Astro.
3. Background, muzik, muzik tema malahan pengacara sesuatu program seperti 'mati' dan tidak dapat berkomunikasi dengan penonton. Ini yang saya perhatikan dan saya rasa. Tak tahu kenapa ....tapi macam ada yang tak kena.
4. Dibandingkan dgn TV3 mahupun Astro, RTM seperti berada 2 hingga 3 tangga dibelakang mereka.
5. Disaat orang bercerita bagaimana nak mempertahankan Bahasa Melayu, RTM gunakan bahasa rojak dalam penjenamaan mereka. Menggunakan tagline ' @ ' mahupun ' 1 ' yang disebut ad one ; betul2 membengangkan saya. Konon nak memertabatkan bahasa melayu .....khalayak yang nak mengangkat martabat bahasa melayu pun tak betul ....bagaimana yang lain nak ikut?
6. Mungkin RTM bukanlah pilihan utama saya sekarang dalam mendengar berita yang dikeudarakan. Sesuatu harus dibuat oleh RTM sekiranya ingin mendampingi golongan2 seusia saya.
' sent via my mobile wireless device '
Friday, January 2, 2009
Hiburan hujung minggu
Astro Prima 105
Setiap Jumaat 9 mlm - 11 mlm
' Mencari seorang lagi Nabil '
Cuma pengacara Johan .... perlu ditukar. Tak sesuai.
Komen saya : Nak melawak bukan senang. Tapi sekali kita dah dapat trademark dia .....semuanya akan jadi mudah.
sent via my mobile wireless device.
Hak milik tanah kekal
2. Cuma yang dipersoalkan ialah tempoh pajakan tanah itu yang mencecah 999 tahun, luar biasa berbanding 99 tahun seperti kebiasaannya.
3. Tanah bukan komoditi dagangan. Siapa yang berhak akan diberikan. BN & Pakatan Rakyat kena akur perkara ini. Berjanji untuk tidak mempolitikkan isu tanah ....hampir mustahil.
4. Asalkan ianya memberikan kebaikan kepada rakyat....teruskan.
Thursday, January 1, 2009
Israel dan siri keganasannya
2. Warga Israel ini sejak mereka menduduki bumi Palestin ....mereka semakin hari semakin biadap dalam merampas tanah2 warga Palestin di Semenanjung Gaza.
3. Terbaru siri serangan mereka di Semenanjung Gaza mengorbankan beratus2 nyawa orang biasa yang tidak bersalah. Ini termasuk kanak2 kecil.
4. Apa yang dunia boleh buat ? Tak ade apa. Mereka seolah2 dungu dan bebal nak membalas apa yang Bangsat Israel lakukan. Dunia tak mampu nak buat apa2 sebab apa ?
5. Antara sebab Israel Laknatullah boleh buat sesuka hati di Bumi Palestin sebab mereka menguasai politik dunia melalui AS. AS bertindak sebagai puppet Israel. Mereka juga menguasai kewangan dunia. Mereka boleh buat apa sahaja.
6. Yang paling malang PBB tidak boleh berbuat apa2. Nak lakukan sekatan ekonomi kepada Israel ? Podahhhh. Tiada satu negara pun yang akan laksanakan polisi menyokong perkara ini.
7. Malaysia mengutuk serangan Israel terhadap Palestin. Seluruh dunia mengutuk apa yang Israel buat. Tapi tak mencukupi. Tak mencukupi. Yang eloknya ...pulaukan Israel. Pulaukan Israel .... Boikot si bangsat Israel.
8. Ayuh dunia .... Singkirkan Israel.
' sent via my mobile wireless device ,
Rozanna - Slot Samarinda
2. Rozanna - Slot Samarinda - TV 3
3. Drama bersiri 25 episod
4. Setiap Selasa hingga Khamis ; 10.30 malam
5. Lakonan Rosyam Noor, Rita Rudaini, Dato' Rahim Razali, Aida Radzwill.
6. Terbitan Suhan Movies
Pelanggan tidak harus menunggu lama
Oleh kerana ianya table service, maka diberitahu oleh pekerja terbabit yang pesanan saya mengambil masa antara 20 hingga 30 minit.
Alasan yang diberikan ialah sekarang waktu puncak. Kalau bukan kerana isteri saya nak makan disitu....dah lama saya bambu perkerja SR kerana berikan alasan sebegitu.
Pelanggan nak kan service yang cepat. Apa yang kami pesan sebenarnya boleh kami dapatkan dalam masa 10 - 15 minit. Ini bukanlah kali pertama saya dtg ke SR.
Nak dijadikan cerita ....pesanan kami hanya sampai selepas 45 minit. Soalan saya kepada pengurusan SR :
1. Wajarkah kalau mereka yang punya waktu lunch sekitar 1 jam menunggu selama itu?
2. Pelanggan datang utk makan....dan SR patut punya waktu layanan yang singkat supaya pelanggan dapat apa yg dikehendaki. Berapa minitkah waktu menunggu yg ideal di SR ?
3. You should grap the opportunity during peak hours. They come with a money and not begging for a free food. What say you?
Mungkin selepas ini SR bukanlah pilihan utama saya ketika lunch. The food is nice ....but the waiting time sucks.
ps : saya cuba nak menulis isu ini sewaktu menunggu semalam..but line tak berapa ok.
sent via my mobile wireless device
Rancangan Bual Bicara ' ALLY '
2. Rancangan bual bicara ' ALLY ' .
3. TV 3 - setiap Rabu 11 malam
4. Cayalah Ally Iskandar . . . . . .



