Mahkamah Tinggi akhirnya mengisytiharkan bahawa Nizar ialah MB Perak yang sah ; dan bukannya Zambry.
Nizar dalam perjalanan ke Istana Perak utk meminta Sultan membubarkan DUN Perak untuk mendapat mandat Pilihanraya yang baru drpd Rakyat.
Mahkamah juga memutuskan bahawa Ganeson adalah Speaker perak baru yang SAH kerana mendapat kepercayaan majoriti dewan ; 28 + 3.
Apa langkah seterusnya adalah satu bentuk ilmu politik yang wajib kita ketahui. Akibat dangkal dan tergopoh-gapah, maka kita lihat kemelut ini seperti tidak akan berpenghujung. Yang susah rakyat. Yang mendapat kemudahan ialah pemimpin.
MB Perak bukanlah jawatan yang kebal drpd undang2. Jawatan lantikan itu bersifat amanah. Perlu orang yang amanah utk melaksanakan tanggungjawab seperti ini.
Antara Zambry dan Nizar , siapa yang lebih amanah ? Kedua2 amanah .... Tetapi saya pilih budaya orang yang merendah diri bila diberikan kuasa. Nizar ada ciri2 tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment