Tuesday, May 26, 2009

Mansor takut pada Altantuya ?

BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

"Mereka tawarkan RM80,000 dan janji nak bayar balik wang deposit kepada Kak Min (Amninah)," katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Simpang Tiga Kubang Ulu di sini hari ini.

Menurut Aminah pada 13 Mei lalu, beliau didatangi oleh dua orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

kah kah kah ... kah kah kah .... KELENTONG , MELEBONG , MENIPU ..... nak membodohkan MELAYU.

Apa bongok sangat PKR ni ? LAwan je la. KAta hebat di Penanti .... Tak kanlah dengar nama Aminah Abdullah @ Altantuya versi melayu ... dah mula nak sogok duit. Ini ke pejuang sejati ?

Kata calon PKR ni hebat ..., kenapa takut pada Aminah ? Lawan cara gentlemen la. Ini sudah jadi macam stail UMNO. PArti haprak yang tunggu masa nak tumbang.



No comments: