Thursday, May 14, 2009

Luahan Pendapat

Apa sebenarnya definasi "setinggan" di Kuala Lumpur ? Peneroka bebas ? Peneroka haram ? Peneroka tanpa sempadan ? Atau peneroka apa ? Siapa yang boleh beri takrifan untuk golongan ini ?

Perhatikan sahaja kawasan Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Dalam skop negara hendak mencapai Wawasan 2020 , Islam Hadhari dan jenama terbaru " 1Malaysia" ; apa yang kerajaan buat untuk memberi penyelesaian JANGKA PANJANG dalam menangani masalah ini.

Untuk yang tak berapa tahu mana kawasan Lembah Pantai ; antara kawasan dalam DAERAH ini ialah :

1- Pantai Hillpark
2- Kampung Pantai
3- PPR Sri Pantai
4- Desa Aman 1 & 2
5- Pantai Murni
6- Taman Bukit Angkasa
7- Pantai Baru
8- Kampung Pasir
9- Taman Pantai Dalam
10- Taman Pantai Indah
11- PPR Kampung Limau
12- Kerinchi
13- Bangsar

Ahli Parlimen Kawasan ini sudah bertukar ganti. Dulu Sharizat [ Menteri ] sekarang Nurul Izzah. Menteri Wilayah Persekutuan juga daripada kawasan Lembah Pantai. Ahli UMNO. Janji untuk penduduk setinggan saling bertukar ganti. Setiap kali pilihanraya berlangsung, maka akan ada janji untuk memindahkan mereka kekawasan yang lebih teratur.

Namun , janji tinggal janji. BN berjanji kalau BN menang maka masalah setinggan ini akan diselesaikan. Itupun kalau BN menang.

Nurul Izzah sewaktu berkempen tidak mampu menjanjikan apa2 melainkan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah mereka kerana ada banyak pihak yang terlibat termasuklah DBKL.

Yang jadi mangsa RAKYAT . Bila BN kalah pada PRU 12 yang lalu dikawasan Lembah Pantai , maka janji untuk memberikan kemudahan perumahan sewa beli bertukar menjadi janji " Sewa Sampai Mati ". Strata penempatan boleh ditukar kalau BN menang pilihanraya yang akan datang . Apa ni ?

Kenapa rakyat yang jadi mangsa ? Kenapa pemimpin hendak mencari nama dan bukannya bekerja ?. Menteri Wilayah yang baru juga ingin selesaikan masalah setinggan kawasan ini ; tapi kredit mestilah diberikan kepada BN. Bukan PKR.

Nurul Izzah juga ingin menyelesaikan masalah setinggan , tapi kredit mestilah diberikan kepada PKR sebab dia Ahli Parlimen kawasan ini.

DBKL yang bidang kuasa dia tentulah kepada kerajaan persekutuan ingin meyelesaikan masalah setinggan ; mungkin dengan syarat BN mendapat kredit daripada penyelesaian terbabit. Kalau tidak ... sorry .

Kredit ini penting sebab PRU 13 yang akan datang , inilah antara kertas kerja mereka yang akan menjadi perhatian pengundi. Kalau BN banyak membuat kebaikan , maka BN akan dapat menfaat yang lebih, begitu juga dengan PKR.

Masing2 hendak dapat nama . Yang teruk dan tertindas ialah golongan rakyat biasa. Rakyat kebanyakkan yang memburuh pagi petang siang malam untuk mendapat rezeki hidup di KL.

Rakyat biasa inilah yang banyak membuat kerja sambilan di Starbuck, Coffe Bean, McDonald's , KFC , STAR LRT , Jaga Apartment , Pump Attendance semata2 untuk menampung hidup di KL.

Rakyat ini jugalah yang banyak merempit sebab hendakkan kebebasan yang lebih. Duduk kawasan setinggan, penempatan tak selesa, bilik ada satu sahaja. Adik kakak makin besar. Mak & Ayah nak tidur dikawasan itu juga. Jadi bagaimana ?

Kemudahan dan kebebasan untuk main track tak ada . Nak main futsal kena bayar sebab ada kroni yang dapat untung. Nak masuk kolam renang , pun kena bayar sebab kaum pemodal banyak bercirikan kapitalisme. Untung... untung dan untung sahaja yang difikirkan.

Dikatakan kemudahan pengangkutan awam akan dibaiki setiap kali ada bajet mahupun revise bajet. Tapi tengoklah apa yang terjadi. LRT bersesak2 diwaktu puncak, bas awam yang tak tentu hala masa datang tibanya. Permit teksi di alibabakan menjadikan teksi KL ada yang tak pakai meter. Jadi apa pilihan belia2 yang ada ? Mereka beli motor !!!!!!!

Bila dah ada motor apa pilihan pemuda-pemuda ini ada ? Disuruh dengar ceramah UMNO ? Mana maunya Mat Rempit ni. Mereka bersifat reballious - pemberontak kecil. Bila mereka beri pendapat , dicantasnya pendapat mereka oleh sekelompok pemimpin yang mengaku mereka tahu semua benda.

Pemimpin sekarang bercakap macam mereka tahu apa yang rakyat nak... sedangkan mereka sebenarnya naif dalam menilai apa yang dimahukan. Mereka tak buat kajian tapi bercakap macam mereka tahu semua benda. Halllo kawan, ini bukan zaman orang tak pergi sekolah. Sedarlah orang yang memimpin.

Tak kira sesiapa pun yang memimpin waima anggota parti mana sekalipun , rakyat mesti diberikan keutamaan. Rakyat mesti mendapat perhatian. Rakyat mesti diraikan ... bukannya pemimpin. Pemimpin harus bodek rakyat, bukan sebaliknya.

Bila dah menyampah dengan pemimpin yang 5 tahun sekali baru nak tunjuk muka, maka taulah korang apa natijah yang korang akan dapat waktu pilihanraya.

No comments: