Tuesday, May 26, 2009

Janji Kosong Kerajaan

syauqiemohdkharip

SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Woit ..... mana janji2 yang ditaburkan ? Dulu kata lebihan perbezaan harga minyak dunia hendak digunakan untuk peruntukan pembangunan pengangkutan awam di Lembah Klang ? Setiap kali ada bajet pembentangan , peruntukan untuk meningkatkan kemudahan infrantruktur diberitakan akan ditambah baik ? Mana semua janji2 ini ?

Zaman Dolah Badawi, semua janji2 ini ditabur . Dah sampai zaman Najib . Mana janji2 ini ? Ini kes kerajaan tak peka dengan aspirasi dan kehendak rakyat. Kata ada moto baru ....

Kata Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan ..... ini semua nak bagi rakyat susah. Pooorah . Menipu banyak. Pekung dibadan sendiri tak nampak. Bila orang cerita kerajaan tak buat benda yang sepatutnya .... kata memberontak la. Itu lah ini lah ... anti kerajaan lah..... macam2.

Rakyat memang anti kerajaan sebab kerajaan banyak menyusahkan rakyat kebanyakkan. Janji2 yang ditaburkan hanya untungkan sesetengah kroni sahaja. Ini pasal kerajaan yang memerintah sekarang WAJIB dikambus.

WAJIB DIKAMBUS .......



No comments: