Nizar berani untuk meminta Pembubaran DUN kerana berasakan PR mempunyai peluang yang lebih bila adanya pilihanraya. Rakyat diberikan peluang untuk memilih sekali lagi. Sama ada hendak memilih PR ataupun BN , terpulanglah kepada Rakyat.
Kalau berani , buat pilihanraya. Bukannya bersekongkol atas alasan perundangan sementara itu takut untuk menghadapi Pilihanraya DUN yang baru di Perak.
Ini yang BN takutkan. PILIHANRAYA. BN cukup takut dengan pilihanraya. Mereka takut hilang kerusi. Apakah PR tidak takut jilang 28 + 3 kerusi yang mereka menangi ? Apakah BN takut hilang original 28 kerusi yang mereka menangi ?
Yang takut dalam hal ini saya melihat ialah kelompok kumpulan Pro BN. Mereka takut pilihanraya dilakukan kerana merasakan mereka bakal kehilangan lagi beberapa kerusi daripada 28 kerusi yang telah mereka menangi.
Zambry takut hilang kerusi di Pangkor , Hamidah mungkin takut hilang DUN Perepat, semua orang takut hilang kerusi . Apakah anggota DUN Pakatan Rakyat seperti Nizar tak takut hilang kerusi DUN mereka ? Saya fikir ada kebarangkalian anggota PR hilang kerusi, tapi mereka berani untuk menghadapi realiti berbeza dengan BN. Saya tak fikir 3 orang yang melompat parti iaitu Behrang , Jelapang dan juga seorang lagi berani nak bertanding dikawasan mereka. Saya fikir kalau mereka menang lagi disitu , maka mereka sebenarnya hebat . Benar2 hebat.
Sekarang soalannya .... siapa yang lebih berani ? BN atau Pakatan Rakyat ? Menjengah situasi yang ada sekarang , maka sahlah PR lebih berani berdepan realiti politik semasa berbanding geng " 1 Malaysia ".
Wallahu'alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment