Bila reputasi jadi taruhan , maka ini statement yang wajar dikeluarkan ....
BN akan buat rayuan - Najib
PUTRAJAYA 11 Mei - Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.“Kami berpendapat kami mempunyai kes yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di pejabatnya di sini.
"Saya terima keputusan dengan hati terbuka" - Dr. Zambry
IPOH 11 Mei - ``Saya terima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.'' Demikian kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagaimanapun berkata, beliau serta rakan-rakan lain dalam BN akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.
``Saya menyeru semua penyokong-penyokong BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pejabat MB Perak dan exco akan dikosongkan
IPOH 11 Mei – Pejabat Menteri Besar Perak dan semua Exco akan dikosongkan dalam masa terdekat seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar, pihaknya tidak ada masalah berbuat demikian kerana akur dengan keputusan mahkamah itu.
No comments:
Post a Comment