Monday, May 11, 2009

Baru Nak Sedar

Usah terlalu bernostalgia - Najib

PEKAN 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu.

Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan.

Beliau yang juga Presiden UMNO4 menegaskan, pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN.

Sehubungan itu, beliau menuntut ahli-ahli parti itu berubah dari segi cara berfikir, strategi politik dan kaedah berkomunikasi dengan pengundi baru mengenai dasar yang diperjuangkan UMNO dan BN.

Seorang pemimpin bukanlah jenis yang suka mengungkit2 apa yang telah dilakukan kepada rakyat. Sifat hodoh lagi jelek ni selalunya diamalkan oleh BN daripada zaman dulu lagi. Bila nak beri bantuan, maka diungkit2lah apa yang BN dah buat.

Ini yang rakyat makin menyampah. Macamlah duit yang mereka gunakan kepada rakyat ni duit MAK BAPAK Pemimpin UMNO / BN.

Sedarlah sebelum terlambat. Jangan nak bodoh2kan oang Malaysia. Yang bangang mungkin penyokong taksub UMNO. Rakyat tahu bagaimana nak menilai prestasi mereka dalam PRU akan datang.

No comments: