Tuesday, April 28, 2009

Peraduan cipta lagu wawasan Najib - M'Kini

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh perdana menteri.

rais yatimMenterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pertandingan lagu wawasan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai simbol perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Bernama.

"Insya Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan dan pemilihan lagu itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik," katanya selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Kuala Klawang malam tadi.

Rais, juga ahli parlimen Jelebu, berkata lagu ini bukan sesuatu
yang wajib tetapi ia akan memberi satu perwakilan sentimen
pelbagai kaum di negara ini.

1 malaysia one malaysiaTambahnya, lagu 1Malaysia dalam Bahasa Malaysia akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio.

Tolong ..... Tolong .... Tolong ..... Mana Datuk Wah Idris ? Cepatlah buat lagu untuk Najib. Ini sudah kes pancing boss ni. Very high initiative level. " Take Action & Report Routinely "

Bodek .... Bodek .... Bodek .... Mari kita bodek boss beramai-ramai.

Apa dah jadi dengan lagu Wawasan 2020 Madey ? Apa dah jadi dengan lagu Jalur Gemilang Madey ? Apa dah jadi dengan lagu patriotik zaman Dollah ? Tukar-tukar ......... semua stesyen radio akan main lagu ni.

Hati2 ...... Carta ERA ..... lagu ini mungkin No 1 . Carta 20 Hot FM .... Mungkintersenarai dalam Top 5. Habislah artis2 kita. Najib dan Rosmah ... sudah bikin lagu. Tolong .... tolong ......

No comments: