Thursday, April 16, 2009

Penanti-an

Sah .... Dalam masa 60 hari akan ada PRK untuk DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh. SPR akan mula memilih hari selepas merujuk kepada ' BN '. Tarikh feng-shui kena betul, kalau tidak BN kena gasak lagi.

Apa yang difikirkan oleh Anwar Ibrahim hanya dia saja yang tahu. Tapi kalau difikirkan betul2, saya dah mula muak dengan permainan PKR. Membazir satu hal.....tapi tak pelah . Kos utk PRK ialah duit rakyat. Banyak masa yang bakal dihabiskan utk berkempen. CM Guan Eng tentu akan berkempen, buang masa dia sedangkan ada banyak lagi kerja di PP yang boleh beliau laksanakan.

Apakah PKR serius untuk membangunkan PP khususnya rakyat ataupun hanya utk kepentingan Anwar ? Rakyat berhak tahu dan PRK Penanti bakal menyaksikan pertembungan PKR - BN.

PKR tak boleh terlalu yakin hanya kerana mereka menang banyak PRK sebelum ini. Yang jadi isu dalam PR tentulah PKR. Banyak benda yang pelik2 PKR nak buat hanya kerana kepentingan Anwar.

Sedar cepat sebelum rakyat mula menyampah. Banyak lagi agenda pembangunan yang perlu dilaksanakan. Bila rakyat dah mula menyampah .....maka tunggulah waktu kemusnahan.

No comments: