Harga ayam naik 60 sen
KUALA LUMPUR 28 April - Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.
Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bila tahu harga ayam naik .... jangan pergi beli ayam. Beli benda lain. Bukannya matipun kalau tak makan ayam. Kalau pengguna faham kaedah ini, boikot makan ayam dalam masa 2 minggu ... saya percaya harga runcit ayam akan turun.
Jangan makan ayam. Pergi makan ikan. Ada juga sumber protein..... jangan pening kepala. Tak payah fikir. Nasi Ayam .... jangan makan. KFC .... jangan makan. Ayam goreng kat kedai mamak ...... tak payah makan.
Bila harga ayam turun..... moh le kita makan ayam.
No comments:
Post a Comment