![]() |
| JAMES Hatfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan Robert Trujillo yang menganggotai Metallica dimasyhurkan ke dalam Rock & Roll Hall of Fame di Cleveland, kelmarin. – AP |
CLEVELAND 5 April – Kumpulan rock terkenal, Metallica menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika Syarikat apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame, semalam.
Kumpulan tersebut dianggotai oleh James Hatfield, Lars Ulrich, Robert Trujillo dan Kirk Hammett ditubuhkan di Los Angeles pada 1981, terkenal dengan lagu heavy metal, Enter Sandman.
Hetfield dan pemain dram, Lars Ulrich berpelukan di atas pentas selepas menyampaikan ucapan penghargaan terhadap para peminat yang telah menyokong Metallica dalam masa susah dan senang, termasuk kematian pemain gitar bass pertama mereka, Cliff Burtan pada 1986.
‘‘Impikan sesuatu yang hebat dan berani untuk gagal,’’ kata Hetfield. ‘‘Saya cabar anda lakukannya kerana kejayaan kami adalah bukti bahawa tidak mustahil untuk menukar impian menjadikan kenyataan,’’ tambahnya.
Metallica mencipta kemasyhuran dengan album Master of Puppets yang diterbitkan pada 1986 dan album bertajuk sendiri Metallica pada 1991 yang masih menjadi kegemaran peminat hingga ke hari ini.
Penyanyi atau kumpulan yang layak disenaraikan dalam Rock & Roll Hall of Fame dipilih oleh 600 pengundi terdiri daripada penyanyi atau kumpulan yang mempunyai rekod album sejak 25 tahun lalu. – REUTERS

No comments:
Post a Comment