Laporan polis terhadap PASOK bukan Malaysiakini - Meloya
IPOH 23 April - Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini menegaskan bahawa laporan polis yang dibuatnya semalam tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web Malaysiakini ekoran artikel menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail sebaliknya berkata, laporan yang dibuat oleh pihaknya itu adalah kepada seorang pelayar Internet yang menggunakan nama samaran PASOK.
Jelas beliau, individu berkenaan merupakan pihak bertanggungjawab menulis artikel bertajuk Raja Nazrin Defends Monarchy Against Redicule di dalam sebuah laman web.
''Justeru, GMP memohon maaf kepada laman web Malaysiakini kerana telah tersilap menyatakan pihak yang menyiarkan artikel tidak bertanggungjawab itu.
''Kami mahu memastikan pihak yang benar-benar terlibat menghina Sultan Perak dan Raja Muda dikenakan tindakan," katanya di sini hari ini.
Justeru, Mohd. Hilmi berkata, GMP memohon maaf kepada Malaysiakini di atas perkara tersebut dan segala kesilapan yang berlaku adalah tidak disengajakan.
Semalam, GMP membuat laporan polis ekoran artikel PASOK yang didakwa menghina Sultan Perak dan Raja Muda.
Artikel berkenaan dianggap sangat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri iniItulah ... nak bezakan laman web pun tak tahu. Dulu .....disuruh belajar malas ...... dah besar jadi NGO . Nak jadi NGO tapi NGO kaki bodek ... lepas tu Ngook pulak.
Kesilapan yang tak disengajakan dalam hal ni melambangkan kebebalan dan kedunguan pengadu kerana gagal melihat daripada mana sumber ini bermula.
Ngooooook
No comments:
Post a Comment