Saturday, April 11, 2009

Najib perjelas peranan Khairy - Meloya

PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

ULASAN :

1- Tak semua orang boleh puas hati dengan apa yang pemimpin kita buat. ITU FAKTA

2- Bila kelihatan yang teramat sangat pada pandangan orang, maka ada sesuatu yang tak betul / silap dimana pemimpin itu sedang buat.

Kalau semua orang kata baju yang kita pakai tak sesuai, maka betullah apa yang berlaku walaupun kita perasan sendiri yang baju itu cantik. Ataupun pekerja kita tak berani kata baju kita tak cantik serta hodoh sebab takut dengan kita. Macam tulah lebih kurang dengan Najib.

3- Bayangkanlah Naib Ketua Pemuda dipilih, Ketua Wanita dipilih, Yang kalah dalam pertandingan dengan Khairy pun dipilih, apa sebenarnya. Apakah alasan yang diberikan semata-mata untuk memperkasakan pemuda hanya terletak dibahu Khairy seorang ? Bukankah semua pemuda bertanggungjawab ?

Itu kelemahan Najib sebab nampak dia dibayangi oleh MENTOR lama Mahathir. Walaupun dah tua , tapi ilmu Mahathir masih ditagih Najib ... sekurang2nya untuk meredakan seketika pengaruh Dollah. Itu yang penting. Sekiranya KJ tak sabar .... takut banyak silap yang KJ mungkin akan buat.

No comments: