Friday, April 17, 2009

MB Perak boleh hadir DUN - Meloya

PUTRAJAYA 16 April – Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang selepas keputusan penggantungan dan larangan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar diisytiharkan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman bersejarah itu sebulat suara berpuas hati bahawa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya menjadikan keputusan yang dibuat hampir dua bulan lalu itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan terbatal.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, panel itu memutuskan demikian selepas menggunakan kuasa dan membuat tafsiran terhadap dua isu perlembagaan di bawah Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1957.


Selamat kembali ZAMBRY. Selamat kembali semua ADUN BN.

Yang lawaknya majoriti ADUN katanya menyokong BN .... tetapi SPEAKER Dewan masih orang PR. So kalau waktu bersidang ada apa2 cadangan BN yang ditolak oleh SPEAKER ..... jangan salahkan beliau. Kah kah kah .... kah kah kah ... kah kah kah ......

Kuasa speaker besar BEB ..... sebab BN bodoh dungu tak mahu tunggu ... maka banyak interpretasi undang2 yang akan jadi bahan lawak dan mainan dalam next seat DUN Perak.



No comments: