Wednesday, April 29, 2009

Kelentong lagi .....

Rakyat tunggu kerjasama Pas-BN

KUALA LUMPUR 28 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengalu-alukan kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang akan membantu menjayakan gagasan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, gagasan Satu Malaysia sukar untuk dicapai selagi dua parti utama Melayu, UMNO dan Pas tidak bersatu dan gagal menemui titik persefahaman bersama.

"Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, rakyat tidak dihidangkan dengan juadah perpaduan dan kestabilan, sebaliknya lebih kepada politiking semata-mata," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Yang nak nengok PAS bersatu dengan UMNO sebenarnya orang2 UMNO. Mereka risau mereka hilang pengaruh . Yang bercakap pun orang UMNO. Dijadikan isu besar seolah2 PAS yanh menolak UMNO. Jangan terperangkap dengan dakyah UMNO . Mereka bukan ikhlas. Mereka nak menipu ... nak ambil kesempatan. Janganlah PAS jadi bodoh.



No comments: