Friday, April 17, 2009

Gerakan Lihat Ada Motif PKR Di Penanti

PULAU PINANG, 16 April (Bernama) -- Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.

"Dia sengaja mencipta 'ombak' ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi," katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin Khamis.

Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Kah Kah Kah .....kah kah kah ..... memanglah ada MOTIF ngook . Ini percaturan politik. Tentulah semua gerak geri ada motif. Ni mana punya mangkuk buat ucapan & ulasan sebegini ?

Memang ada MOTIF ..... motif dia simple ..... nak lantik TKM 2 PP ..... Tapi bukan daripada ADUN PKR yang sedia ada....... nak cari yang pandai sedikit ... nak cari yang boleh beri keuntungan lebih kepada PKR .... nak cari bakal ADUN yang tak ada masalah dalaman macam FAIRUS ..... itulah motif dia ngooooook

FAIRUS pulak jangan kau nak kelentong rakyat Malaysia dengan cerita kau sambung belajarla ..... itulah ... inilah .... Bila orang beri amanah ... jangan lari dari tanggungjawab. Kalau dah dahulu susah ... jangan ingat nak senang cepat ... lambat laun bakal terlingkup jugak.

Ini pengajaran kepada mereka yang berkuasa.... jangan cari jalan mudah untuk mengayakan anak isteri.

No comments: