Saturday, April 4, 2009

Buletin Utama TV 3 Suku .....

Sementara nak menanti perlawanan EPL mlm ni, saya gagahkan juga diri saya menjengok berita di TV 3 Suku ......

1. Tun Mahathir masuk semula UMNO. Saya nak melihat sama ada beliau akan terus vokal atau sebaliknya. Bertambah lagi ahli UMNO kepada 3 orang.

2. Hishamuddin cuba memenangi hati orang Bukit Selambau dengan sembahyang di Surau yang katanya dikuasai oleh parti PR. ' Munkee Lidah Kontot ' ni semakin cerah masa depan dia dalam kabinet Najib.

3. Menteri Sumber Manusia drpd MIC ambik hati orang Bukit Selambau bila berkata karajaan akan ambil tindakan kepada majikan sekiranya berhentikan pekerja secara paksa. Untuk makluman, akta ini sudah wujud sebelum PRK di Bukit Selambau.

4. Shafei Afdal berkempen dan memburuk2 kan Anwar Ibrahim di Sarawak. Jangan hanya cakap PR burukkan Kerajaan, kerajaan pun sama juga. Bila masuk pilihanraya , baru semua orang sibuk cerita pasal Sarawak mundur dan baru nak beri kemudahan dan pembangunan. Mengapa tidak sebelum ini ? Rakyat Sarawak masih tak serik sebab momokan BN ialah pembangunan. Untuk BN , lebih ramai rakyat yang miskin, lagi senang BN dapat undi. Bagunla ..... Sedarla.

Mana2 kerajaan yang memerintahpun tetap utamakan kebajikan. Bukan hanya BN. Waima PPP yang memerintah sekalipun, agenda pembangunan rakyat tetap akan jadi keutamaan.

5. Di Sekamat Kajang ada demo berkaitan pembinaan tanah perkuburan yang bakal menempatkan kubur Islam, Budha, Kristian dan sebagainya dalam satu tempat. Kata mereka ini berdasarkan sumber Maklumat daripada salah satu BLOG pembangkang.

Ini susahnya bila TV 3 tak tahu sapa pembangkang dan siapa yang memerintah di Selangor. Yang memerintah di Selangor ialah gabungan Pakatan Rakyat . PKR-DAP-PAS. Manakala pembangkang di Selangor ialah BN. Ngoooook betul. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

6- Berita luar negeri pasal Mumia berusia 1700 tahun mungkin berita betul , selain berita Liga Premier, Sepang F1 race esok, juga berita bola keranjang.

Fikir dulu. Jangan terus percaya

' sent via my E 71 '

No comments: