Miskin tegar hapus tahun depan
LANGKAWI 28 April - Perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Malaysia berazam menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun depan.
"Cabaran utama ialah membina asas dan infrastuktur yang kukuh untuk meletakkan sosio-ekonomi golongan itu pada landasan yang betul," katanya ketika berucap pada dialog serantau mengenai pembasmian kemiskinan di luar bandar di sini hari ini.
Shafie berkata, tindakan itu dilaksanakan berasaskan tiga konsep iaitu memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti termasuk latihan vokasional dan memperbanyakan peluang latihan semula.
Konsep kedua ialah dengan melihat cara lebih inovatif bagi menggalakkan aktiviti ekonomi untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan ketiga, ialah memperluaskan skim bantuan termasuk bidang kecil yang sensitif khususnya berkaitan pinjaman kewangan.
Shafie berkata, pelaksanaan program secara bersepadu dan mempelbagaikan bidang sosio-ekonomi untuk lebih 30,000 golongan miskin tegar menjadi pilihan kerajaan bagi menangani krisis ekonomi global. - BERNAMA
Aduhai ...... tak habis2 nak mengelentong orang Malaysia. MAsih lagi nak bodoh2kan orang. Kemiskinan adalah senjata AMPUH BN selama ini untuk terus berkuasa. Tukarlah sapa pun pemimpin kat Malaysia ni .... asalkan mereka BN , maka KEMISKINAN adalah senjata utama mereka meraih undi.
BN tak akan tegar untuk basmi kemiskinan. Ini hanyalah polimik politik mereka. Janganlah dipercaya. Apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat Sabah & Sarawak selama ini ? Bila pilihanraya tiba ... barulah nak dibantu orang2 miskin ni. Kalau tidak .... HARAM nak didekati mereka . Bersalaman dgn mereka pun rasa jijik.
Buat-buatlah kerja dengan ikhlas. Berhentilah daripada membuat kerja untuk membodoh-bodohkan orang Malaysia. Tolongla ............
No comments:
Post a Comment