PULAU PINANG 23 April - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang bersetuju Ketua UMNO bahagian perlu terlibat dalam proses meluluskan permohonan lesen kontraktor kelas F.
Katanya, penglibatan itu bertujuan membolehkan mereka mengetahui pihak yang bakal melaksanakan sesuatu projek di kawasan masing-masing.
Azhar (BN-Penaga) menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk menyusahkan sesiapa, malah pihaknya juga tidak mengamalkan rasuah seperti didakwa wakil rakyat pakatan pembangkang.
''Ketua UMNO bahagian juga perlu terlibat memeriksa kontraktor Kelas F ini sama ada mereka betul-betul mampu melaksanakan projek kerana kita tidak mahu projek yang diberi akan 'dialibabakan'," ujarnya.
Inilah jadinya bila orang yang berkuasa dah selalu dapat kuasa. Alih2 dia hilang kuasa nak meluluskan sesuatu benda penting dalam hidup dia. Maka dicubanya juga untuk meyakinkan orang bahawa Ketua UMNO BAHAGIAN adalah antara individu penting untuk menyaring semua kontaktor kelas F.
Orang bongok bolehla kau tipu . Ini semua nak buka pintu rasuah. Ini semua jenis nak agih2 kan kepada kroni sendir. Ini semua jalan untuk dapat keuntungan cepat.Ketua Bahagian UMNO berebut jawatan sebab nak dapat kontrek itu dan ini . Biasalah dalam UMNO. Orang memang kejar pangkat dan harta. UMNO dan rasuah ... tak mungkin dapat dipisahkan.
Saya tak fkir adanya relevan isu bila Ketua Bahagian perlu menyaring semua kontaktor kelas F .... melainkan nak buka lebih banyak lagi pintu rasuah.
No comments:
Post a Comment