Sunday, April 5, 2009

Awas Pakatan Rakyat !!!!!!

1- Saya menjangkakan PR akan berdepan cabaran besar dalam PRK yang akan datang. Saya tak jangka PR akan menang sehingga 3-0. Mungkin tewas di 2 kawasan dan menang di Bukit Gantang. Ada banyak penunjuk sebab mengapa BN begitu kuat dalam PRK ini. Daripada 3 kawasan, rasanya saya fokus kepada Bukit Selambau & Bukit Gantang. Batang Air ; confirm 95% BN akan menang.

2- BN hanya nak merebut kawasan Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Pencabar selalunya akan berusaha bermati2 an ; berbanding dengan PENYANDANG kerusi. BN akan berusaha untuk pastikan mereka menang dengan apa cara sekalipun.

3- Perlantikan Najib Razak sebagai PM memberi moral besar kepada ahli BN. Selalunya bila mendapat ketua baru, mereka akan lebih bersemangat untuk menunjukkan kerja keras mereka agar mendapat ganjaran daripada ketua baru. PR tak boleh leka.

4- Penarik balikkan penggantungan kepada Harakah & Suara Keadilan boleh memberi undi simpati kepada masyarakat setempat. Ini taktik yang baik daripada BN. Apa lagi isu yang cuba nak dibangkitkan ?

5-Kemasukkan semula Mahathir ke UMNO buatkan anggota PR tak boleh leka langsung. Gaya politik Mahathir berbeza, Mahathir tak kisah apa cara yang perlu dilakukan, asalkan menang. Ini falsafah Mahathir. Sebab itu dia jadi PM yang hebat selama lebih 22 tahun. Kalau Najib mengguna pakai cara mentornya, maka PR dalam kedudukan yang paling tak selesa.

6- Kalau kita melihat jauh sedikit, ini bukan masa santai buat MB Selangor dan MB Kedah kerana saya jangkakan 2 negeri ini akan digulingkan dengan cara yang lebih kurang sama seperti Perak. Selangor penting sebab sumber ekonomi yang dijanakan oleh negeri ini boleh buatkan sesiapa yang memimpin negeri ini kenyang perut dia sampai 2 - 3 keturunan.

Kedah penting kepada Mahathir sebab Mahathir berasal daripada sana. Saya percaya ini akan berlaku, cuma pimpinan PR perlu menjangkakan apa tindakan yang paling teruk boleh BN aplikasikan untuk merampas negeri ini.

Dengan adanya Mahathir sebagai penasihat tak rasmi Najib, jangkakanlah perkara yang mungkin Pak Lah + Najib mampu buat. Ini yang perlu PR risaukan.

Kelantan dan P.Pinang dalam keadaan selamat sebab komposisi PAS dan DAP sangat KUAT dalam negeri ini. BN tak boleh masuk daun.

Untuk pimpinan PR, ini bukanlah masa untuk saudara bersuka ria. Tumpukan usaha kepada penambah baikkan rakyat. Maka rakyat akan senantiasa menyokong. Ketepikan soal nak menjadi kaya atas kapasiti kekuasaan. Kalau itu antara AGENDA yang difikirkan , maka adalah lebih baik BN yang memerintah secara dasarnya.

No comments: