Friday, March 13, 2009

Norza didakwa hari ini? - Meloya

KUALA LUMPUR 12 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh di Pahang esok, berhubung kes rasuah politik.

Beliau dijangka menghadapi tuduhan menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan seorang ahli politik yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu, seorang pemimpin UMNO peringkat cawangan juga akan didakwa atas kesalahan politik wang di mahkamah yang sama esok.

Sementara itu, laporan Buletin Utama TV3 malam ini turut menyiarkan berita mengenai seorang ahli politik yang dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah di Pahang esok.

Pada 22 Januari lalu, Norza hadir di pejabat SPRM Temerloh bagi membantu siasatan kes politik wang membabitkan seorang calon ahli MT UMNO.

Beliau dipercayai telah disoal siasat selama kira-kira lapan jam oleh pegawai SPRM Temerloh.

Syauqie :

1- Mengapa media tak pernah pun siarkan nama ahli politik ini sebelum ni ? Nama Norza tak pernah diwarwarkan pun sebelum ini ?

2- Cuba lihat kalau kes pendakwaan rasuah kepada ahli PR ? Bagaiman layanan yang diberikan oleh SPeRM ?Cukup memualkan. Bila sampai kepada pendakwaan ahli BN , cuba tengok cara pengendaliannya. Ini yang membuatkan saya mual dengan politik cara UMNO. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Cuba dengar pulak berita ini .......

KUALA LUMPUR 12 Mac - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kementerian itu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan setakat ini masih belum dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Azalina yang ditemui pemberita di pejabatnya hari ini memberitahu, pihaknya akan memberi sepenuh kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan oleh SPRM.


Dan juga berita ini .......


KUALA LUMPUR 12 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak khabar angin beberapa lagi pegawai kanan Kementerian Pelancongan akan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi meminta supaya pihak media dan orang ramai tidak mempercayai khabar angin seperti itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan siasatan tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.


Kalau BN punya isu, SPeRM cuba nak cover sampai kelubang cacing. Tetapi kalau PR punya isu, cukup sebulan ... kertas siasatan sudahpun dikemukakan kepada Peguam Negara. Kalau UMNO, 3 minggu siap juga... tapi tak ada kes. BOSAN betul.

Cuba nak tunjuk pandai dengan membodohkan orang. Tetapi BN tak sedar sebenarnya orang nampak yang UMNO ni bodoh dan bebal. " bengong "





No comments: