DUN Perak dikunci
Abdullah Ahmad Badawi sifatkan tindakan V. Sivakumar memanggil sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi.
Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco fail permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh isytihar keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka hadir sidang DUN sebagai terbatal dan tidak sah.
Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini ditutup dan semua temu janji dibatalkan.
Polis akan bertindak ke atas orang ramai yang berhimpun di bangunan SUK Perak.
Seperti yang saya utarakan dahulu , kes ini tidak akan berakhir semudah yang kita sangkakan. Kedua-dua pihak menganggap apa yang mereka buat adalah berlandaskan undang-undang. Mereka masih merasakan yang mereka berada di pihak yang betul , manakala satu lagi pihak dalam golongan yang kalah.Selagi tidak ada pihak ketiga , maka saya berpendapat isu ini tidak akan selesai. Yang pasti pihak ketiga mestilah satu pihak yang mana kedua-dua kelompok ini merasakan iilah pihak yang paling adil untuk membuat keputusan untuk mereka.
Saya masih berpandangan bahawa mahkamah adalah pihak ketiga yang sepatutnya ADIL dan dilihat menegakkan keadilan. Ini muktamad. Tiada tolak ansur. Be End / AMENO mahupun geng Pakatan Rakyat perlu serahkan perkara ini buat sementara waktu kepada mahkamah.
Mengapa tidak Sultan ? Sultan tak berapa sesuai sebab pihak satu menyokong , manakala satu pihak lagi menentang. Sultan juga tak maksum . Seringkali buat kesalahan. Mungkin sesah nak mengakui , tetapi secara jujurnya .... salah satu permasalahan besar di negeri Perak ini berpunca daripada ketidak upayaan Sultan membuat keputusan yang dirasakan tepat untuk rakyat yang mengundi.
Pihak ketiga tentulah Mahkamah . MB Nizar pergi kemahkamah untuk mendapatkan deklarasi bahawa dia MB yang sah, manakala si Tamby Zambry juga pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan kepastian. Nah ... sekarang kedua2 belah pihak tunggu hasil darpada keputusan Mahkamah.
Sila[p Be End ialah dia tidak menjangka Speaker DUN Perak boleh bertindak jauh sebegini. Kuasa memanggil mesyuarat sebenarnya kuasa Speaker. Tiada sebarang kena mengena dengan Sultan Azlan. Speaker perlu dilucutkan melalui undi Tak Percaya di DUN. Kesalahan Be End kerana mereka tak menunggu sidang DUN untuk membuat usul tak percaya kepada MB Nizar.
So bila Dolah Badawi kata " sidang tergempar hari ini tanpa menunggu keputusan mahkamah sebagai sengaja mewujudkan kontroversi" .... maka tindakan AMENO merampas kuasa MB Nizar juga sebenarnya mewujudkan kontoversi. Ini kerana proses mahkamah masih berjalan untuk menentukan kesasihan kuasa MB Nizar vs Tamby Zambry.
Saya tak tahu apakah tindakan POLIS yang sebenarnya banyak memihak kepada Be End sebagai adil mahupun sebaliknya. Moto mereka sudah bertukar . Daripada " POLIS DIRAJA MALAYSIA " menjadi " POLIS RAJA DI MALAYSIA ". Ini yang silapnya. Polis dilihat tak bertindak adil kepada Pakatan Rakyat , tetapi melayan Be End seperti mereka ialah anggota Parti Komponen Be end. Ini silap POLIS. Tengok sajalah Musa Hassan. ...... tengok saja cara percakapannya. Ini ke yang dikatakan KPN ?
Itu belum saya sentuh kes Kuhan . Bedah siasat kedua Kuhan sudah dikeluarkan. Yang pasti Kuhan bukan mati sebab paru2. Ianya sebab dipukul benda keras. Now .... Apa yang ditunngu oleh MUSA ? Nak tunggu merapa orang lagi MATI baru awak nak siasat ?
No comments:
Post a Comment