1. Saya tengah sabar menunggu Final Tennis Australian Open 2009 antara Rafael Nadal dgn Roger Federer yang akan berlangsung sekejap lagi. 5 petang waktu Malaysia ( 8 mlm waktu di Sydney ).
Ramalan saya - Nadal menang
2. Saya juga tengah menunggu apa cerita Kerajaan Negeri Perak berkaitan 2 Adun PKR yang hilang sejak 4 hari yang lalu. Dilaporkan berada di Pekan Pahang berjumpa dgn Najib.
Saya dengar Anwar Ibrahim akan mengemukakan surat perletakan jawatan mereka sebagai Adun yang mereka tandatangani selepas PRU 8 March yang lalu.
Anwar selepas PKR menang di Perak telah menyuruh semua wakil rakyat mereka yang menang menandatangani satu borang perletakan jawatan sekiranya mereka melompat kedalam parti BN. Kiranya 2 Adun PKR ini meletak jawatan , maka PRK akan diadakan di Perak. Muka baru harus dilantik sbb mereka yang meletak jawatan Adun atau Ahli Parlimen tidak boleh betanding lagi selama 5 tahun.
Apa-apapun .......tunggu.
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment