
Apa yang berlaku setakat jam 10 malam tadi benar2 merisaukan saya. Walaupun jauh duduk benarnya antara saya dan mungkin MB Nizar, saya melihat kerakusan manusia dalam merebut kekuasaan. Politician yang menyajikan permainan yang sangat kotor. Buruk benar perangai mereka semata2 merebut satu tampok kekuasaan.
Untuk orang biasa seperti saya mungkin debaran dia tak selaju mana. Tapi untuk para politician yang diasak kekiri serta kekanan pada setiap masa, maka pada hemah saya ada antara mereka yang tak mampu menanggung bebanan. Diasak dan digasak dari segenap penjuru oleh parti lawan yang ingin berebut kuasa, maka ada orang yang mungkin akan mengalah.
Bukan luar biasa sekiranya UMNO & Barisan Najis berkuasa semula di Perak. Tapi pada saya , saya ada dalam pihak yang kalah. Kalah kerana menang 2 kerusi Parlimen .... tapi hilang sebuah negeri. Baru saya sedar.... never underestimate Najib. Mat Monggol yang nampak selenga macam tikus mondok boleh memberikan pukulan maut kepada kerajaan Perak. Hebat tak hebat la penangan " Isteri " kepada " Datin Rosmah Mansor ". Tabik saya ucapkan.
Kalau ikut sejarah ini antara beberapa keadaan dimana Barisan Najis kembali berkuasa atas peranan ADUN yang melompat parti. Kuasa ditangan mereka . Apapun mereka boleh buat. Namun mereka lupa ... ada yang lebih berkuasa.
Saya harap Sultan Perak akan buat keputusan yang terbijak seperti mana Baginda mengendalikan pemilihan MB Perak lepas PRU lepas. Daulat Tuanku.
No comments:
Post a Comment