Sunday, February 15, 2009

Kuasa dan kebertanggungjawaban

Orang yang tak punya kuasa selalu bercita-cita untuk berkuasa dengan harapan ianya mampu mengubah sesuatu apabila dia berkuasa. Dengan adanya sokongan ramai pihak, yang tak punya kuasa akan diberikan kekuasaan dalam kepompong mereka yang akan berkuasa. Mereka berasa hebat atas sifat kekuasaan yang mereka ada. Handak disanjung dan dihormati secara berlebihan sebab dia ada kuasa.

Tak sedarkah orang yang berkuasa betapa kekuasaan yang dia ada adalah atas ehsan undi setiap pemilih ? Mereka barangkali lupa betapa kekuasaan sementara ini adalah amanah untuk mereka laksanakan. Ianya bukan medan utk mereka mengaut kekayaan yang berganda hasil mahsul kekuasaan yang mereka ada. Semuanya adalah kebertanggungjawaban yang dititipkan semata-mata utk menguji apa yang bakal kita hadapi bila berkuasa. Yang punya kuasa akan berbuat kebaikan utk rakyat kebanyakkan. Tapi berapa ramai yang sedar hakikat ini.

Ramai yang nak berkuasa. Tapi tak sedar betapa kekuasaan itu akan hilang juga satu hari nanti.

Sebelum berkuasa , semuanya boleh dijangka. Sanggup turun padang meredah semak dan samun semata-mata nak menunjukkan betapa prihatinnya saya. Sanggup turun naik rumah untuk melihat betapa daifnya penghuni yang tinggal didalamnya. Sanggup makan setalam untuk menunjukkan betapa " kampungnya " saya. Semuanya bagaikan terlalu dekat dengan hati .

Bila dah berkuasa, sebaliknya pula. Tak mahu hilang kekuasaan, maka ditindasnya mereka yang baru menapak. Tak mahu hilangnya sokongan , maka dicantasnya kawan yang bijak pandai. Tak mahu hilang harta, maka dibolotnya untuk kaum keluarga kebanyakkan. Semuanya sebab betapa tebalnya cinta dia pada harta.

Seperti kata Saidina Ali, harta itu semakin diberi semakin berkurang. Ilmu itu sebaliknya Harta memerlukan kita menjaganya , tapi ilmu akan menjaga kita. Apa kaitan ILMU dengan Orang Yang Berkuasa ?

Orang yang berkuasa yang mempunyai ilmu pengetahuan " tahap tinggi " akan sentiasa ingat betapa kuasa itu satu amanah. Ianya satu tanggungjawab yang perlukan pengorbanan. Perlu berkorban bukan sedikit keranan ianya tanggungjawab berat yang tak dapat dinilai dengan mata kasar. Amanah merupakan kerja yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Yang jadi masalah bila orang yang tidak cerdik akal memegang kekuasaan . Maka tunggulah hari pembalasan nanti. Mereka yang tak meletakkan kekuasaan pada tempat yang sepatutnya ; maka selayaknyalah mereka itu kita gelar " Penzalim ".

- syauqie -

No comments: