KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu, tidak boleh dikuatkuasakan.
Katanya, keputusan itu hanya boleh dikuatkuasakan apabila disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Perak (DUN).
Intrepetasi undang2 dilihat dalam banyak sudut. Ada yang kata A, B ataupun C. Bila semua orang bersetuju tentang perkara A, maka persamaan itu juga boleh membawa kepada pecahan A ( 1 ) , A ( 2 ) , A ( 3 ) .... begitu juga sebaliknya. Ini undang2.
Karpal tak setuju Zambry digantung tugas . Zambry boleh hadiri sidang DUN. Tapi ada juga yang tak setuju. Banyak Pro & Contra.
Pada hemah saya ... saya setuju kalau DUN Perak dibuburkan seterusnya PRK diadakan dalam negeri Perak. Situasi Perak sangat genting sebab BN & PR masing2 ada 28 kerusi. Cuma dipisahkan dengan 3 kerusi milik ADUN PKR yang sekarang menjadi ADUN bebas serta menyokong BN.
3 ADUN ini mempunyai kuasa beli yang tinggi sebab sekiranya mereka berpindah kem sekali lagi ... kembali ke PKR , maka perlukah SULTAN PERAK melantik seorang lagi Menteri Besar ?
Situasi ini berbeza dengan KELANTAN. Orang PAS Kelantan berbeza. Pada PRU tahun 2004, PAS di Kelantan menang dengan majoriti SATU majoriti kerusi berbanding dengan BN. Walaupun dengan majoriti SATU kerusi di DUN Kelantan, namun Tuan Guru Nik Aziz masih boleh memimpin sehingga ke tahun 2008 , seterusnya mendapat kemenagna yang lebih besar.
Pendekatan PAS bukan bersifat materialistik. ADUN PAS TIDAK akan melompat parti dengan mudah macam PKR. Ini yang ANWAR kena perhatikan. Bukan main pilih calon secara hentam keromo saja. Ada banyak tarbiyah yang kena dilaksanakan.
Yang jadi susah sekarang sebab semua ADUN PKR yang buat ' TAIK '. Saya pun dah naik malas dengar pasal PKR. Yang meletak jawatan di Bukit Selambau Kedah siapa .... ? PKR. Yang nak meletak jawatan sebab isu gambar di Bukit Lanjan siaoa ... ? PKR. Tiga ekor ADUN Perak yang menyokong BN walaupun mereka bebas siapa ? PKR. Kena sedar betapa bukan UMNO saja yang kena berubah. Orang yang baru dapat kuasa juga kena berubah. PKR yang pada 2004 hanya menang SATU kerusi melalui WAN AZIZAH ... tiba2 pada 2008 menjadi terlalu hebat.
Mereka tak sedar betapa kuasa hanyalah sementara. Siapa yang diberikan kuasa bukanlah kebal. Tetapi rakyat menilai mereka daripada satu masa kesatu masa secara berkala. Mereka akan dinilai kalau buat kerja dan begitu juga sebaliknya.
Saya tabik hormat pada PAS kerana konsisten kepada perjuangan ... begitu juga DAP. Yang jadi isu besar dalam PR ialah PKR. Mereka kena sedar dan menilai keadaan semasa.
Ayuhlah Anwar .... jangan asyik bercakap secara retorik tanpa ada sebarang tindakan. Rakyat melihat berisan kepimpinan saudara.
-syauqie-
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment