1. Artis banyak buat lelongan amal gaza di amcorp mall. Menjual barangan peribadi untuk peminat. Hasil jualan didermakan kepada tabung gaza. Elok le . Yang herannya ramai pulak yang berebut nak beli barang 2nd hand daripada artis macam Siti. Misai Datuk K tak dilelong ke ?
2.Waktu ekonomi gawat ni maka kerajaan nak naikkan harga tambang bas. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh kerajaaan ni ? Nak membantu rakyat jelata ke ...nak menyelamatkan kantung 8000 pengusaha bas ? Menteri yang dibayar gaji...usahalah lebih sikit nak bantu rakyat. Bukan bagi lagi bebanan kepada mereka. Ini benda terbaik Noh Omar boleh buat ?
3.Bolehke Najib dan Zahid Hamidi yang dantik untuk menerajui UMNO Perak memperkukuhkan UMNO di Perak ? Biar apapun yang terjadi .....kita mahu kerajaan yang boleh memberi perhatian kepada kebajikan rakyat. Bukannya mencuri duit rakyat. Noktah.
4. Patin Kemboja ancam Patin Temerloh ? Mereka nak yang lebih murah sekarang ni. Kalau ada alternatif kedua ...apa salahnya. Yang penting apa yang diberi makan kepada Patin Kemboja tu drpd benda yg halal.
5. JAI Pahang dedah ada ajaran sesat Guru Yuhu. Mereka yang ikut ajaran sesat ni biasanya kirang ilmu agama. Dizaman moden ni ...masih ada lagi orang yang terpengaruh ajaran sesat sebegini. Nauzubillah.
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment