Thursday, January 29, 2009

TV 3 tak pernah serik

1. Saya menonton tv3 yang membuat kupasan kepada apa dah jadi dgn selangor selepas 10 bulan PKR memerintah. Maka macam2 pengampu diberikan slot untuk bercakap tentang apa yang salahnya tentang selangor.

2. Yang paling ketara tiada ulasan daripada MB selangor yang sepatutnya ditanyakan mengapa kelembapan ekonomi selangor berlaku. Sepatutnya ditanyakan MB Selangor mengapa ianya berlaku. Ini penting sebab TS Khalid ialah ketua kepada pembuat dasar di Selangor.

3. Yang lawaknya dipanggil Khir Toyo untuk membuat ulasan. Inilah selenganya tv3. Yang sepatutnya dipanggil tak ditemuramah. Yang banyak menyusahkan rakyat serta merompak duit rakyat ditanyakan. Kalau ditanya Khir Toyo memanglah apa yang Khalid buat semuanya salah. Tak ada apa yang MB buat. Itu memang kerja pembangkang . Ini kerja Khir Toyo.

4. TV 3 tak pernah serik. Dah jadi balaci UMNO sejak PRU 12, pun masih nak jadi balaci UMNO selepas pasca PRU. Apa nak jadi dgn TV 3. Tak ambil iktibar drpd apa yang berlaku. Saya kesian kat tv3 kerana hidungnya ditarik kesana kemari sebab nak bersihkan dosa UMNO.

5. Orang yang tak ambil iktibar daripada sejarah akan tergolek , jatuh dan mungkin tak akan bangun2 lagi. UMNO macam parti yang tersepit....gunakan orang untuk selamatkan diri sendiri.

No comments: