PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut
Dasar ISRAEL. Kalau dah bangsat ... tetaplah bangsat. Sebab AS ada dibelakang mereka . Sebab tu mereka berani buat. Cuba kalau anak Obama atau Bush kena serang di Palestin .... mau dibom ISRAEL sampai lumat. Cuma nak beritahu ... uptodate ... dah hampir 700 orang meninggal. Alfatihah
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia sekarang ini tidak mengalami kemelesetan walaupun kegawatan kewangan global memberi kesan yang buruk ke atas ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah.
PAk Lah ... Pak Lah. Cubalah pergi tengok kat pekan2 kecil. Cubalah jengok2 sikit berapa banyak yang dapat dibeli dengan RM 50. Kalau kuasa beli semakin menurun , maka itu antara lain menunjukkan kita dalam kesempitan ekonomi. Jangan asyik zzzzzzzzzzzzz. Bangun.
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyumbang RM6,000 kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM).
Teringat lagu Herman Tino ...." Tangan kanan memberi , sorokkan tangan kiri ". Ini bukan kes sorok lagi ... ini dah jadi bahan hebahan.
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Malaysia tidak berpuas hati dengan resolusi yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ia tidak menggambarkan pengunduran tentera rejim Zionis secara total dari bumi Palestin.
Apa yang Malaysia boleh buat kalau US berkecuali ? Nak putuskan hubungan diplomatik dgn US ?
Saturday, January 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment