09/01/2009 5:52pm
IPOH 9 Jan. — Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.
Ayuh PROTON. Jadikan ianya satu cabaran. Kalau kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan nilai tambah kenderaan, tak mustahil PROTON akan jadi pilihan dimasa akan datang. Untuk EXCO Perak , bila dah ada kenderaan baru ... rajin2lah turun ke padang. Tengok2lah keadaan anak buah yang hidupnya mungkin tak semewah anda.
Jangan politikkan isu kehadiran polis di Kuala Terengganu
09/01/2009 4:12pm
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Shukri Dahlan meminta supaya kehadiran polis sepanjang proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dipolitikkan dengan mendakwa ia menakutkan pengundi di kawasan itu.
Beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tujuan kehadiran polis adalah untuk menjaga keselamatan selain daripada jumlah anggota polis yang terlibat dalam pilihan raya kerusi parlimen itu lebih rendah berbanding pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh.
Aduhai Datuk. Inikan pilihanraya. Farid daripada bekas timbalan menteri yang jaga hal ehwal polis. Kerana itulah isu ini boleh dijadikan modal kempen. Yang polis pi tangkap budak yang tampal poster Altantuya pasal apa ? Takut hantu tu kejar Najib kat KT ? Kalau tak salah .. buat apa nak tangkap. Yang takut saja akan gunakan polis. Sebab tu saya katakan Polis mestilah nampak adil ... dan melaksanakan keadilan. Bukannya jadi budak suruhan mana2 parti POLITIK. Walaupun yang melantik Musa Hasan ahli POLITIK. Musa mesti neutral ..... bukannya jadi balaci XXX.
Tali keledar: Kenderaan asing terkecuali
09/01/2009 3:16pm
JITRA 9 Jan. — Kenderaan dari Singapura dan Thailand, yang memasuki negara ini, diberikan pengecualian dalam soal pemakaian tali keledar tempat duduk belakang kereta, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Katanya, buat masa ini, penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang itu hanya diwajibkan ke atas kenderaan persendirian yang berdaftar di negara ini sahaja.
Kah ... kah .. kah. Ini namanya double standard Pak Menteri. Kenderaan asing pun sepatutnya kenala ikut peraturan kita. Baru adil. Kalau mereka mati kat jalanraya kita macamana ? Dah le mereka kadang2 macam raja dijalanraya. Mandu ikut suka hati. Cuba tengok kenderaan2 dengan nombor pendaftaran Singapura bila kat jalanraya kita. Saya kadang2 cukup berbulu. Nak kejar tak dapat ... tapi sikap mereka tu kadang kala buat saya .... gerammmmmmm.
Karpal sudah faham hudud - Hadi
09/01/2009 2:51pm
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Pas berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.
Ini lawak pilihanraya ke apa ? Mana mungkin Karpal Singh yang totok DAP tu faham apa maksud hudud. Hj. Hadi kena betul2 terangkan . Kalau tidak puak gerombolan UMNO makin naik tocang. Yang Karpal faham ialah ... selagi DAP ada kepentingan dalam Pakatan Rakyat ... tak mungkin hukum HUDUD dapat dilaksanakan. Selagi UMNO jadi parti yang menentang hukum hudud... selagi itulah masyarakat akan senantiasa dimomokkan tentang bahana hudud kepada mereka. Kalau DAP tolak tak pe ... sebab asas parti mereka bukan ISLAM. UMNO yang kononnya memperjuangkan ISLAM dan Bangsa Melayu pun sama macam mereka ... ? Apa cerita ? Bukan setakat menolak ... malahan memomokkan hukum hudud kepada yang bukan ISLAM.
Hudud bagaikan modal sampingan UMNO. Bila terdesak ... digunakan hukum hudud. Bila melayu tak ramai yang sokong dia ... dibangkitkan isu ketuanan melayu. Bila melayu Islam tolak UMNO ... dibuatnya muzakarah dengan PAS. UMNO macam pembelit. Kepala otak pemimpin mereka macam belut. Ada yang nak rembat harta rakyat bila dah jadi YB.... macam2 lagilah. Banyak yang busuk daripada baik.
PAS , PKR , DAP pun bukanle baik sangat. Tapi mereka ada semangat nak menolong rakyat kebanyakkan. UMNO gunakan rakyat untuk dapat kuasa . Betul2 pundek la.Bila UMNO nak berubah ... ? tak tahule.
No comments:
Post a Comment