Wednesday, January 7, 2009

sebaknya hati

Dalam perjalanan pulang kerumah melalui LRT Pasar Seni, saya berjumpa dengan seorang lelaki mualaf cina Muhammad Eddy Chin bersama anaknya ; Muhammad Effendi.

Melihat keadaan anaknya, sangat menghibakan. Kedua2 belah jari tangannya berwarna kebiru-biruan kerana anaknya mempunyai penyakit jantung berlubang tahap serius.

Bila ditanya mengapa tak pergi ke tempat yang sepatutnya , maka dijawabnya banyak pihak tak memandang dirinya seperti orang penting.

Saya tanyakan kenapa tak ke IJN, jawapnya , mudah ....saya tak mampu. Baitulmal juga tak mampu nak menolong dia.

Hiba hati saya melihat keadaan ayah dan anak yang sifatnya saling bergantungan antara satu dengan yang kain.

Saya sempat mengambil nombor talefon bimbitnya 016-3567 168.

Saya akan cuba sedaya upaya untu membantu saudara Eddy Chin. Kalau ada perkembangan lain...akan saya update.

'Sent via my mobile wireless device'

No comments: