Saturday, January 3, 2009

Radio Televisyen Malaysia

1. Menjelang tahun 2009 RTM telah melalui proses penjenamaan semula. Semua rancangan RTM dikemaskinikan selari dengan trend semasa. Nampak lebih trendy.

2. Rancangan hiburan , berita , bual bicara dan dokumentasi banyak yg dijenamakan semula. Bila dilihat secara kasar, saya masih melihat RTM jauh kebelakang berbanding siaran TV 3 mahupun Astro.

3. Background, muzik, muzik tema malahan pengacara sesuatu program seperti 'mati' dan tidak dapat berkomunikasi dengan penonton. Ini yang saya perhatikan dan saya rasa. Tak tahu kenapa ....tapi macam ada yang tak kena.

4. Dibandingkan dgn TV3 mahupun Astro, RTM seperti berada 2 hingga 3 tangga dibelakang mereka.

5. Disaat orang bercerita bagaimana nak mempertahankan Bahasa Melayu, RTM gunakan bahasa rojak dalam penjenamaan mereka. Menggunakan tagline ' @ ' mahupun ' 1 ' yang disebut ad one ; betul2 membengangkan saya. Konon nak memertabatkan bahasa melayu .....khalayak yang nak mengangkat martabat bahasa melayu pun tak betul ....bagaimana yang lain nak ikut?

6. Mungkin RTM bukanlah pilihan utama saya sekarang dalam mendengar berita yang dikeudarakan. Sesuatu harus dibuat oleh RTM sekiranya ingin mendampingi golongan2 seusia saya.

' sent via my mobile wireless device '

No comments: