Saturday, January 3, 2009

Pemilihan bukti ada pergolakan - Berita Hairan

KUALA TERENGGANU: Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, sebagai calon Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu memberi gambaran Pas sedang bergolak, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad.

Beliau berkata, pemilihan Abdul Wahid adalah di luar jangkaan kerana sebelum ini nama beberapa tokoh lain disebut bakal mencabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Ini menunjukkan dalam Pas sekarang sedang berlaku pergolakan dan perpecahan kerana sebelum ini nama orang lain yang hangat diperkatakan bakal dipertaruhkan Pas.


Saya ingat elok le Puteri UMNO jaga rumah masing2 daripada sibuk nak menjaga hal ehwal rumahtangga orang. Dekat dengan PRK KT ni bila ramai sangat nak beri komen , mahupun yang memberi komen sebab terpaksa ... maka akan menampakkan lagi kebebalan ... malahan kejahilan mereka yang memberi komen.

Tak kiralah komen tersebut daripada UMNO mahupun PAS. Banyak sangat orang nak bercakap mahupun membuat ulasan. Akhirnya ulasan mereka nampak macam tak berilmiah.

Ini semua perang psikologilah dik. Semua orang akan ulas apa2 isu asalkan dapat memberi manfaat kepada parti dia. PRK macam ni ... biasalah.

No comments: