Tuesday, January 20, 2009

Kuala Terengganu ... perspektif saya

1. Majoriti rakyat KT menolak Najib sebagai bakal pemimpin mereka.

2. Majoriti juga menyampah melihat gelagat Rosmah yang pada mereka bukanlah contoh terbaik bakal isteri pemimpin no 1 negara.

3. Majoriti menolak UMNO. Menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang tidak lagi relevan untuk mereka.

4. Orang2 muda tak rasa kekok memegang bendera UMNO. Mereka bangga kerana merasakan PAS mahupun Pakatan Rakyat -PR- lebih dekat dengan mereka.

5. Orang muda di KT malu nak sokong UMNO sebab mereka rasa UMNO bagai sebuah parti dinasour. Tak hebat kalau sokong UMNO.

6.Merka juga naik menyampah melihat cara UMNO berpolitik. Berpolitik cara lama dengan cara melambakkan peruntukkan dan bersifat ugutan. ' undi BN kalau nakkan peruntukan ' - itu yang buat orang lebih menyampah.

7. Mereka naik meluat dengan gaya kumpulan Wanita & Puteri UMNO dalam berkempen. Cara yang mereka gunakan hampir tak relevan dengan gaya masa kini. Masih guna cara lama.

8. Propaganda berlebihan kepada UMNO melalui RTM dan TV3 sebenarnya menyumbang kepada kekalahan UMNO. Bayangkanlah bagaimana mereka menyerang PR kiri dan kanan semasa tempoh berkempen. Apa yang PR buat semua salah. Hanya UMNO yang terbaik. Maka jawapannya ....nyah kau dari KT.

9. Oarang KT bukannya buta IT.. Mereka celik dengan perkembangan semasa. Mereka malu kalau mengelek Utusan @ Berita Harian sebagai bahan bacaan. Tak ' cool ' langsung. Blog , on line portal , akhbar online jadi pilihan mereka. Hanya yang poyo2 saja akan baca Utusan dan BH.

10. Kehadiran keterlaluan pemimpin2 besar menyebabkan mereka bertambah meluat. Gaya hidup mereka jauh daripada gaya hidup kebanyakkan warga KT. Mereka tak faham erti ' kais pagi makan pagi, kais petang makan malam '.

11. Kelemahan jentera BN dalam membuat serang balas kepada PR juga isu utama. Kentera BN lemah. Hanya bergantung semata mata kepada media cetak yang poyo juga media elektronik yang dilihat keterlaluan.

12. Banyak pemimpin UMNO yang masih menafikan kelemahan UMNO. Mereka ingat wang dan segala peruntukan boleh memenangkan mereka. Warga KT cakap ..... Sorry beb.

13. Saya berharap akan ada lebih banyak PRK selepas ini supaya pembangunan tertunggak dapat dilunaskan. Dalam PRK ... Mintalah apa sahaja. Selalunya akan ditunaikan oleh kerajaan. Bernda yang memakan masa 2 tahun boleh dibereskan dalam masa 2 minggu. Inilah hebatnya PRK.

' sent via my wireless mobile divice '

No comments: