Saturday, January 10, 2009

Kelemahan PPSMI harus dikaji secara mendalam

PERSIDANGAN meja bulat baru-baru ini untuk membincangkan mengenai pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris akhirnya tetap mewajarkan penggunaan bahasa kedua tersebut, walaupun terdapat beberapa cadangan dan idea pihak tertentu tentang perkara tersebut.
Memetik tulisan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, mantan Pengerusi MAS, beliau secara jelas menyatakan bahawa dari segi undang-undangnya matapelajaran di sekolah seharusnya menggunakan bahasa Melayu termasuklah bagi subjek Sains dan Matematik.
Menurut beliau dan atas pemahaman kita semua, Artikel 152 dengan sudah terang lagi bersuluh memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dan sesungguhnya, ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini.


Ini pendapat saya . Tak de kena mengena dengan politik Malaysia .

1- Orang yang beriya -iya nak perkenalkan perkara ini ialah bekas PM Mahathir. Akibat pendek akal dan bersifat egoisme , maka dilancarkan PPSMI pada tahun 2003. Secara jujur , banyak yang tak betul tentang tindakan Mahathir. Tapi sebab dia PM waktu itu , maka semua pihak akan menampakkan perkara yang betul sehingga mengaburkan apa yang sepatutnya diperbetulkan.

2- Kalau nak salahkan orang ... salahkan Mahathir. Ini sebab akibat sikap sengal dan egois beliau ; maka PPSMI dilaksanakan.

3- Hampir puluhan tahun jadi PM , banyak kakitangan kementerian pelajaran yang jadi kakak tua ... tak berani bersuara. Sindrom bisu dah lama menular bila Mahathir jadi PM. Akibatnya ... benda yang sepatutnya perlu diperbetulkan dibiarkan . Maka PPSMI pun dilaksanakan.

4- Mengapa perlaksanaannya tergesa2 ? Mana DBP yang dikatakan mengangkat mertabat bahasa melayu ? Masa tu semua ahli DBP ' bisu ' . Mana GAPENA ? ... pun ada sindrom bisu.

5- Masa perlaksanaan dulu tak dengar pun ada PERBINCANGAN MENYELURUH .... meja bulat, sidang pleno , kursus itu ... kurus ini. Semua OK sebab Mahathir suruh. Sekarang bila nak dikaji keberkesanannya ... maka dikeluarkan semua MEJA BULAT , BELA EMPAT SEGI , MEJA LONJONG , MEJA MAKAN , MEJA PERHIASAN dan macam2 lagi MEJA hanya untuk menutup kebebalan sesetengah pemimpin politik.

6- Alasan dia sebab hendakkan anak Malaysia pandai bercakap dan fasih berbahasa inggeris. So diharap PPSMI boleh jadi batu loncatan. Mereka tak tahu bahawa nak pandai dalam sains dan pandai berbahasa inggeris adalah dua perkara yang berbeza. Apalah salahnya belajar sains dalam bahasa melayu. Kalau tak ada istilah yg sesuai , gunakan sahaja istilah ' sains inggeris ' yang dah ada . Habis cerita.

7- Untuk menampakkan hebatnya PPSMI ini maka dikeluarkan statistik2 peperiksaan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Kita tak tahu .... mungkin grade pemeriksaan dalam PPSMI ini diturunkan. Kalau dulu nak dapat grade A .. kena score 95 dan keatas . Sekarang mungkin 85 %. So keluarlah result yang hebat dalam peperiksaan besar.

Ada banyak lagi ayng saya nak tulis . Nantilah saya sambung

No comments: