1. Israel menyerang hari ke 9 menyebabkan lebih 500 org maut. 100 daripada mereka ialah daripada kalangan org awam. Nak tunggu apa lagi ? Apa PBB buat ? Mana suara keamanan ?
2. Pilihanraya KT semakin hampir. Banyak org menabur janji kat sana. Yang satu pihak tabur janji tanpa duit. Yang satu lagi menabur janji dengan jumlah wang berjuta ringgit.
3. Yang paling sengal tentulah Ahmad Said MB yang mengatakan peruntukan susah nak disalurkan kalau BN tak dpt KT. Inilah pemikiran dan pandangan paling sengal pernah saya dengar. Keluar pulak dari mulut MB.
4. Mana suara OIC dalam cerita Israel ? Nak tubuhkan pasukan pengaman sendiri konon. Kalau betul bagus . Yang tak bagus kalau hanya hangat2 taik ayam.
5. Mat Taib pulak sibuk nak hulurkan pembangunan sana sini macamlah yang keluar tu duit dia. Siap ugut2 pulak kepada PR bahawa pembangunan yang dibuat sudah dirancang lama dulu sebelum pilihanraya. Utk saya senang. Selagi rakyat dapat manfaat, teruskan.
6. Cerita lif tak berfungsi di KL di punyalah banyak. Sampai keluar kat TV. Antara sebab lif tak dapat diperbaiki ialah kerana ada penghuni yang tak bayar yuran penyelenggaraan. Itu saja. Yang bayar pun dapat susah sebab pemikiran kelas ke 3 yang malaun tak bayar ni dah buat.
7. Esok bebudak banyak yg dah masuk sekolah. Depan rumah saya akan jadi macam biasa. Pack & jammed. Nasibla. Kalau keluar rumah lambat sikit...alamat lewatla sampai tempat kerja.
8. Banjir kat Kelantan makin teruk. Yang patut pergi sekolah hari ni pun dengarnya banyak yg tak dtg . Banyak harta benda utk persekolah yg musnah sebab banjir.
9. Penduduk Kemaman dan Setiu banyak yg dah dipindahkan. Elok pindah supaya nyawa tak melayang akibat banjir.
Ps : KYLE XY season 2 - TV 3 - Setiap Ahad jam 11 malam.
10. PAS di KT perlu kerja kuat sebab kalau ambil mudah pilihanraya ini ; ia akan jadi satu kerugian kepada PR. Kalau menang sekurang2 nya menambahkan lagi seorang anggota PR di Parlimen.
' sent via my mobile device '
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment