Thursday, January 15, 2009

Azilah mengaku pernah jumpa Razak Baginda

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Cif Inspektor Azilah Hadri memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia pernah menemui penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang berada dalam keadaan tertekan ekoran menerima ugutan daripada seorang lelaki dan perempuan Cina.
Menurutnya, Abdul Razak juga pernah membenarkan dia mendengar pesanan peti suara daripada telefon bimbitnya.
Katanya, dia mendengar suara seorang lelaki bercakap dalam loghat Cina yang berbunyi, ‘saya kasi pecah u punya muka’.
Selain pesanan itu, katanya, ada satu lagi pesanan suara dalam bahasa Inggeris yang dia tidak dengar sehingga habis.


Bila nak habis cerita Sinetron Azilah ini ? Berapa lama lagi ? Bulan ? Tahun ?. End result .... semua dibebaskan kerana tiada bukti prima facie ........ Ini yang pengarah dia cakap. Cut !!!!

No comments: