Thursday, January 15, 2009

Abdullah janji impian rakyat Terengganu jadi kenyataan

KUALA TERENGGANU 15 Jan. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat kemajuan yang dicapai oleh Terengganu sekarang diteruskan tanpa sebarang gangguan, sekali gus memenuhi impian setiap rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka untuk negeri itu sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih daripada parti PAS akan dilaksanakan.

“Saya nak lihat kemajuan di negeri ini berterusan, tak tersangkut, tak tersekat atau apa-apa projek yang dirancang diketepikan, bahkan apa yang dirancang akan dibina.

Soalan saya : Adakah kepentingan masyarakat di Terengganu hanya boleh ditentukan jika BN sahaja yang menang ? Adakah Terengganu akan kiamat kalau PAS menang pilihanraya kali ini ? Adakah hanya pimpinan BN sahaja yang boleh bawa kebaikan - manakala PAS hanya membawa kebobrokan ?

Lima negeri dalam Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh jadi lebih baik dengan syarat BN jadi pembangkang yang baik. Kalau pembangkang di lima buah negeri mainkan peranan dengan berkesan... maka Pakatan Rakyat boleh jadi pemerintah yang baik.

No comments: