Monday, June 30, 2008

Tahniah Sepanyol


1- Untuk semua fan Sepanyol ... tahniah. Jumpa lagi tahun 2012. Sepanyol 1 - Germany 0 [ Tores minit 33 ]
2- Untuk semua penyokong bola... tak yah nak jaga malam sampai pukul 5 pagi. Lepas nie pakat ramai2 buat Qiamullail..
3- Bebudak office , jangan pulak korang tidor masa kerja. Bangun wei .....
4- Bila Malaysia nak sapu Piala Asia ?..... kita semua tengah TUNGGU ....

Sunday, June 29, 2008

Subhanallah ... Maha Suci Allah






1- Sekadar nak berkenalan dengan insan yang "rapat" dengan Anwar Ibrahim.


2- Saiful Bukhari Azlan ....... [ lelaki ? ] - pengadu .....


3- Tunang dia ... mengikut cerita his fiancee is Janna Md Zaki, the Bernama TV English newscaster.... saluran Astro 502


4- Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


5- Subhanallah......

6- Taken from www.rockybru.blogspot.com

From Tivoli to Unit 1151, Kondo Desa DamansaraThe following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (i/c no 850706-01-5687):

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."

Tol - MCA buka langkah ...

MCA Selangor minta kadar tol dihapuskan
1- Saya nak ucap tahniah pada Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Tang See Hang bila beliau memberi SYOR dengan berkata betapa penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya [ PLUS ]. Menurut berita TV3 , 15 daripada jumlah pemegang konsesi tol itu beroperasi di Selangor & KL. Setiap 3 tahun, mereka akan review bayaran konsesi , dan jika tak dinaikkan ... jangkaan keuntungan mereka akan dibayar sebagai pampasan oleh kerajaan. Emmmm .... senang betul. Inilah bisness yang paling menguntungkan dan tiada risiko rugi. Buat TOL & buat kerjasama dengan pemerintah Malaysia [ sila baca ... BN ]. Ada sesiapa yang berminat nak buka tol dgn saya ?
2- Presiden dan Timbalan Presiden MCA [ Ong Ka Ting & Chan Kong Choy ] tidak akan bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang. Syabas. Ini dapat mengelakkan nepotisme & kronisme dalam MCA. Banyak lagi calon yang boleh diketengahkan. Ini kita namakan " demokrasi & peremajaan ". MIC Presiden should give a call to Ong Ka Ting , and ask some tips. Ada yang orang masih perlukan ... tapi tak gila kuasa. Ada yang gila kuasa ... masa orang dah tak nak. Ada juga yang orang mintak dia turun ... tapi masih dibuai dengan gila kuasa anak beranak - manantu sepapat. Apa nie ?
3- TS Mat Taib pun dalam laporan berita banyak nak menyibuk tentang Selangor. Sudahlah kerja kementerian dia dalam pemilihan JKKKP untuk melawan JKKK yang ditubuhkan negeri banyak menyusahkan... la nie sibuk nak komen negeri yang mana dia pernah rasa jadi MB. Dalam hal nie sepatutnya Mat Taib tak ganggu pentadbiran penghulu dan ketua kampung Selangor. Salurkan bantuan seikhlas mungkin. Ini tidak.... pergi tengok apa yang kememterian awak boleh tolong. Dollah Badawi beri 4 bilion [ 2 billion utk Sabah & Sarawak ] , 2 billion lagi utk semenanjung. sabah & Sarawak tak patut dapat kemudahan asas paling minimum sedangkan mereka banyak sumbang kepada kerajaan persekutuan. Tolonglah .... yang mana menteri kena jaga hal ehwal pembangunan luar bandar, pastikan keadaan mereka terbela. Saya dah meluat tengok pemimpin2 yang pandai bercakap ..... kerja pulak macam hampeh .

Debat ... siapa " kancil" ? Siapa " pandir " ?

1- Baru2 nie saya ada baca blog Ali Rustam [ KM Melaka ] tentang bantahan beliau agar Menteri Penerangan jangan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kata beliau jangan siarkan debat itu secara langsung dalam TV milik BN .... saya malas nak komen panjang. Ini komen saya dalam blog beliau [ yang saya rasa tak mungkin akan disiarkan ... ]. Selamat membaca ....


0 Responses to “BANTAHAN DEBAT ANTARA MENTERI PENERANGAN DAN ANWAR”
Feed for this Entry Trackback Address
1 syauqie
June 28, 2008 at 3:00 pm
Dato’

1-Ini yang saya katakan pemimpin UMNO takut pada bayang2 sendiri. Mengapa takut kalau kita rasa kita betul ? Nampak sangat UMNO [ sila baca dgn maksud .... pemimpin2 UMNO yang membantah debat ] memang takut nak berdebat. Takut rakyat nampak siapa yang “kancil” dan siapa yang “pandir”. Apa nak takut ? Anwar bukannya selalu keluar TV…. Mengapa takut ?

2- Saya tak kisah kalau Dato’ takut berdebat. Sebab kalau Dato’ bercakap tentang sesuatu isu pun banyak yang merepak. Malas nak dengar. Tak bersemangat. Cuba Dato’ tengok semula ucapan2 atau komen2 Dato’ kat TV. Tak rasa mual ke ? Asalkan ianya menyentuh pembangkang je …. memang komen dato’ memualkan. Itu saya tak nak ambil peduli. Pesan saya … jangan selalu mendongak ke langit. Tengok2 sikit rumput dipadang.

3-” …… Stesen tv sepatutnya memberi focus kepada menteri atau menteri besar dan ketua menteri atau badan bukan kerajaan (ngo) yang bekerja keras untuk menangani krisis kenaikan harga bahan bakar….. ”
Ini saya ambil dari petikan dato’. Berikan peluang pada menteri Beasr @ KM beri penerangan ? Naik muntah saya dengar. Ada ke 5 negeri yang BN tak pegang buat macam tu ? Haram … mintak slot setengah jam / 1 Jam seminggu pun tak dapat …. inikan pulak nak beri peluang pada MB & KM bercakap tentang isu minyak . Dato’ … Dato’. Senak ke apa yang dato’ cakap nie ? Bangun la. Jangan terlalu dibuai mimpi indah …..
Lepas ni saya nak dengar pulak apa Joke yang nak dato’ ucapkan… lebih2 lagi dekat2 nak pemilihan UMNO. Oh ya ….. saya lupa yang Dato’ ni Naib Presiden.
Salam .

Syauqie

Your comment is awaiting moderation.

Friday, June 27, 2008

Kemiskinan & Pembangunan



1- Sampai bila keadaan seperti ini akan terus berlaku ? Pemimpin2 negeri kaya menggunung , tetapi rakyat masih dalam keadaan tersepit dek atas nama pembangunan. Wahai pemimpin2 yang diberi amanah ... mana tanggungjawab yang harus kalian pikul ? Sabah sudah bersama Malaysia hampir 40 tahun , dipimpin oleh parti BN, diberi peratusan royalti minyak daripada Petronas , tapi ini yang rakyat dapat ....... emm, entahlah.

Thursday, June 26, 2008


Salam ,

1- Cuba kita renungkan sejenak mengapa masih ada insan dikalangan masyarakat kita yang hidupnya begitu dhaif & sengsara.... ? Gambar ini menunjukkan sebuah keluarga di kawasan Gambang , Pahang. Apa fungsi masyarakat setempat untuk membantu mereka ? Adakah kita semua sudah tidak ambil peduli ?

-----------------------------------------
" KUALA LUMPUR 26 Jun — Kerajaan menangguhkan sementara beberapa projek besar seperti jalan lingkaran luar dan monorel bukan untuk menghukum pengundi yang memilih pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Dua projek itu yang dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Pulau Pinang, negeri yang dipimpin pembangkang, ditangguh kerana ia tidak berdaya maju untuk dilaksana pada masa ini, tetapi ia tidak bermakna projek itu dibatal, kata Najib. ..... "
2- Amat malang kalau kita ada pemimpin yang masih bersikap sombong diri , egoistik , dan senantiasa fikir kita semua kena ikut apa yang dia fikir bagus. Namun saya ucap syabas & tahniah kepada KM Pulau Pinang saudara Lim Guan Eng sekiranya apa yang beliau suarakan mampu beliau laksanakan.
" .......GEORGE TOWN: Penang will look for ways to solve traffic congestion problems on the island on its own now that the monorail project and Penang Outer Ring Road projects have been deferred.
Lim said the state government could not afford to implement such mega projects as they involved high capital and operational expenditure, and would look for other sources...... "
----------------------------
"Datuk Seri Najib Razak dismissed Raja Petra Kamarudin’s statutory declaration linking his wife and two others to the murder of Mongolian translator Altantuya Shaaribuu as “total lies, fabrication and total garbage.”
The Deputy Prime Minister said the allegations in the statutory declaration were a “desperate and pathetic attempt to discredit and taint my political image.”
3- Kadang-kadang bila dah terlalu banyak penafian .... orang akan berkata " ... emm , betullah tu .. " Apa yang dinafikan , mereka akan buat reverse psycho analysis. Sebagai contoh ... " bukan saya yang ambil komisen itu " ... harus dibaca sebagai " .... memang benar saya yang ambil komisen itu .. " . Menarik untuk dilihat, dita'kul dan juga di perhatikan.
-----------------------------------
" ...Mengurus perbelanjaan kerajaan secara berhemah dengan pengurangan defisit fiskal negara daripada 3.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2005 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.... "
4- Ini antara janji kerajaan untuk Kajian Separuh Penggal RMK-9. Harap2 dapat ditunaikan. Jangan asyik boros berbelanja dan mengayakan kaum kerabat sudahlah. Satu sen pun duit yang saya bayar saya tak halalkan kalau ada yang buat begitu. Perbelanjaan berhemah perlu dilakukan SEKARANG agar kita tak jadi pengemis dinegara sendiri.
5- " .... ADUN BN pulau persidangan dewan negeri Perak ... " Mengapa boleh jadi begini ? Fikir untuk kebaikan rakyat , bukannya ego sendiri. Kalau ego menguasai diri , apa yang orang lain buat semuanya nampak salah. Speaker , BN & PR kena kerja untuk rakyat. Fikir untuk rakyat dan bukannya untuk EGO sendiri.
6- " ........ Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.... "
Soalan saya ... mengapa tak boleh bekerjasama ? Political agenda ni kadang2 menyusahkan. Untuk saya kalau ianya membawa kepada kebaikan ummah... buatlah perubahan ; hatta bagaimana cara sekalipun.

Tuesday, June 24, 2008

Amanah & Kebertanggungjawaban

Salam,

1- Antara berita yang saya kira menarik untuk diperhatikan ialah tindakan Menteri Besar Selangor menggantung sementara tugasan Pegawai tugas-tugas Khasnya Yahya Shahri ; selama 2 bulan sementara siasatan sedang dijalankan. Kata MB sekiranya Yahya tidak bersalah , dia akan diambil semula untuk bekerja. Kata MB lagi ....siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".

Saya sokong kenyataan MB ni , tetapi yang sedihnya bila digantung tugas .. Yahya pulak meletak jawatan atas alasan hilang keyakinan kepada MB. Kalau tak salah... tak perlu takut. Saya percaya MB bukannya zalim. Kita nak kebenaran. Kalau dengan memberi surat sokongan, maka itu dikirakan sebagai rasuah @ inproper conduct .. maka kita rasa ianya wajar dilaksanakan. Kebertanggungjawaban kepada apa yang kita lakukan adalah contoh yang kita kena ikuti.

2- Saya sedang mengendalikan Kursus Keselamatan Makanan bersama dengan rakan saya Shadan & Aziera. I would say .. what a good presentation by Shadan.

3- Kisah Mufti Perlis pun sesuatu yang kita elok pehatikan. Tak salah kalau Mufti nak berpolitik Tetapi lebih elok jadi pihak yang berkecuali. Nak tegur kem A pun boleh... nak tegur kem B pun boleh. Tak payah fikir kepentingan kita sebab Mufti report to Raja / Sultan.

ps : di kawasan Bandar Sri Damansara ni ada satu kedai jual Nasi Ayam tepi jalan yang orang kata sedap giler ... cari la.

Monday, June 23, 2008

Government measures to reduce people's burden ....

Salam,

1- Saya agak sibuk sedikit hari ni. Tak banyak yang saya dapat coretkan. Baru tadi dapat saya selesaikan nota-nota saya untuk presentation esok. Rakan2 yang lain cuma menunggu final touch up daripada saya. Hopefully , this is the final touch before i pass it to nothern & southern people.

2. Base on the news alert from Star, government motion for support on measures to reduce people's burden from increase in price of all good are passed in the Parliment. Thank God. What will be the support measurement ? still in the question mark. Government will announced it later ..... as usual. With the final result 129 for & 78 against [ of course from the opposition parties ] ... the motion were passed succesfully.

Saya hairan gak .... kenapa ada yang menentang ? Bukankah ianya baik untuk rakyat ? Saya fikir sekiranya ianya membawa kebaikan .... tak usah ditentang. Beri idea supaya perlaksanaan dapat dilaksanakan.

3- Antara topik politik yang very the HOT ialah tuduhan bahawa isteri TPM - Rosmah Mansur terlibat dalam pembunuhan Altantuya ...... Jealous kot sebab Najib ada ........... xxxxx . Anyway kita tunggu perkembangan selanjutnya.

4- Pesan saya pada diri sendiri dan juga sababat yang lain.... kalau nak mengajar anak kita .... kena banyak sabar dan beristighfar. Kadang2 cabaran dia betul2 buat kita kena fikir 2 kali. Saya nak menyuruh anak saya buat homework... kadang2 betul2 liat. Mak dia kata .. ikut perangai saya. Tuuu Dia.

5- Semi Final untuk EURO 08 [ German vs Turkey ] , [ Russia vs Spain ] ... yang mana suka betting tu .. rentikanlah. Kedai2 mamak pulak , nilah masa mereka kadang2 naikkan harga air antara 10 - 30 sen. Saya tak pernah pergi kedai mamak semata2 nak tengok perlawanana live bola.... merepek an buang masa. Kat rumah pun apa kurangnya.

6- Kerajaan hari ini melepaskan seorang tahanan ISA ; businessman Sri Lanka BSA Thahir. Alasan dia sipolan nie sudah tidak lagi mengancam negara. Kalaulah dia lepaskan sekali warga2 Malaysia yang ditahan... alangkah bagusnya. Post saya pernah saya sentuh perkara ini. So , Dollah Badawi .. sementara ada masa ni, boleh beri pelepasan kepada mereka rasanya. Nanti bila awak dah tak jadi PM... jangan pulak ada orang nak sumbat you & anak beranak dalam Kamunting sudah...

Jumpa lagi...

Sunday, June 22, 2008

Ikatan Kekeluargaan

Salam,

1- Saya terpanggil untuk menulis topik diatas bila saya terbaca akhbar Metro Ahad hari ini. Topik yang diutarakan " Pelajar HIV " benar2 menyentuh hati saya. Kalaulah benar pelajar 16 tahun tersebut mendapat hampir RM 16 ribu sebulan dengan hanya bermodalkan tubuh yang cantik..... dimanakah peranan keluarga [ Ibubapa , abang , adik , kakak ] untuk mengawasi altiviti kaum keluarga terdekat mereka? Apakah kita tidak lagi ambil peduli dimanapun adik beradik kita ; mahupun anak kita berada ?

Pernah kita bertanya dimana ayah , ibu , abang , kakak mahupun adik kita bila malam berlabuh ? Kesibukan ibu bapa dalam mencari nafkah keluarga tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab utama dalam mendidik anak2. Cuba tengok dimana anak2 kita berada kala ini ......

2- Saya kerapkali balik ke kampung disebelah saya mahupun disebelah isteri saya bila waktu hujung minggu. Maklumlah , emak saya tinggal dengan adik saya setelah abah saya meninggal dunia. Sebenarnya ... seronok bila dapat berkumpul bersama. Bila saya balik ke kampung.... sepupu saya yang dulunya rakan sepermainan , sekarang dah jadi emak budak. Seronok tengok anak kami pulak yang main sekarang ni.

Dapat kita lihat wajah mak , makcik yang dulunya susah jaga kita semasa kita kecil.... dia orang happy sebenarnya kalau dapat tengok anak2 ziarah mereka waktu hujung minggu. Makcik saya yang bongsu baru terima menantu minggu lepas. Dulu dia naik motor ngan anak dara dia... la ni dia naik ngan menantu dia . Seronok kan ? Ada orang baru dalam family kita.

3- Walau sesibuk manapun kita bekerja.. luangkan masa untuk keluarga. Saya tengah memikirkan bila saya nak bawak mak saya ke bank untuk keluarkan duit pencen arwah abah. Minggu lepas mak pergi ngan adik saya... tapi bank pulak off line. 2 July ni adik saya akan hantar dia ke bank + buat medical check up.

4- Ikatan kekeluargaan ni sangat penting. Next week kami ada hari keluarga di Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua. Kalau antara keluarga tak saling kenal mengenali... agak payah. Yang nak saya tekankan ialah ... antara kita tolong ambil berat keluarga kita & ambil berat hal ehwal kebajikan keluarga kita yang lain.

5- Saya percaya individu yang dibentuk daripada ruang lingkup keluarga yang erat akan lebih menjadi seorang individu yang hebat .. kesan daripada ayah dan ibu mereka. Itu yang saya percaya. Kadang2 takut jugak memikirkan bolehke anak saya jadi sekurang2nya macam saya ? Janji saya ... I'll support their interest.

6- Lastly .... musim EURO 08 ni betul2 buatkan saya terfikir .. kalaulah pasukan kebangsaan kita hebatnya macam pasukan German , Turki , mahupun Russia. Baru seronok nak menyokong. EURO nie banyak pasukan yang top of the group dah kalah masa q-final. Portugal , Croatia , Belanda ... malam nie Sepanyol vs Italy. Sapa yang out agak2 ?

Saturday, June 21, 2008

Murah & Bersih

Salam,

1- 18 June lepas saya menghadiri satu Parcel Meeting di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Saya dan beberapa sahabat sempat bersarapan pagi di kafe mereka " Sembang-Sembang Cafe". Tempat yang bersih, harga yang berpatutan... itu yang dapat kami simpulkan. Andainya dalam poket ada RM 3.00 , pun dikira kita dah dapat sarapan pagi yang mewah.

2- Cuma saya kira yang perlu sedikit diperbaiki ialah sifat mesra , ramah dan senyum dalam melayan karenah pelanggan. Cara mereka melayan kami seumpama kami ni datang entah daripada mana. Memang kami bukannya pekerja di Suruhanjaya Sekuriti... Namun tak payahlah melayan kami dengan cara 2nd grade....Senyumlah sedikit..... bukannya rugi pun. Tak keluar modal satu sen pun.

3- Pengusaha2 makanan lain rasanya perlu menitikberatkan aspek kebersihan dalam premis pengendalian makanan mereka. Tempat makan serta kawasan sekitar yang bersih memberi persepsi positif kepada pelanggan. Tidak kira besar @ kecilnya perniagaan anda. Antara kelakuan yang paling tidak sopan bila mengendalikan premis kedai makanan ialah MEROKOK sambil membuat pesanan yang diminta oleh pelanggan. Kotor kan ? Tapi orang Malaysia banyak yang tak kisah. Tabiat kita masih tak berubah....

4- Sahabat saya yang menjadi Pengurus kepada salah sebuah premis makanan di kawasan Sunway Mentari Petaling Jaya baru-baru ini dianugerahkan " A " Grade oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Tahniah..... Bayangkan semua premis makanan di Malaysia mendapat grading yang baik daripada PBT masing2, seronok kan...

5- Orang Malaysia kena berubah. Pulaukan kedai makan atau gerai yang kotor. Cari premis makanan yang bersih supaya dapat kita tunjukkan kepada anak kita. Kalau kita tengah makan, anak pulak bercakap dengan kita " Ayah ... kedai makan nie banyak lalat kan ayah. Kotor ...". Apa yang kita nak cerita....

Friday, June 20, 2008

ISA ... akta drakonian

Salam,

1- Mengapa masih ramai yang percaya betapa akta ISA masih lagi relevan , sedangkan ramai yang menderita akibat akta ini. Cuba bayangkan sekiranya anak kita, suami , mahupun kaum keluarga terdekat kita dikenakan tindakan ISA ? Apa perasaan kita ?

2- Mengapa mereka yang punya kuasa tidak mahu menghapuskan akta drakonian ini ? Mengapa cuba menafikan hak kehidupan manusia untuk sekurang2nya didengar pada pentas keadilan ? Insaf ? ..... cubalah kita renungkan.

3- Akta seumpama ini tidak langsung diberi pertimbangan oleh pihak berwajib. Harapan kita sekurang2nya mereka yang punya kuasa ... berilah sedikit ruang untuk tahanan2 ini dibicarakan. Bukankah kita selalu percaya bahawa sistem kehakiman kita adil , dan dilihat adil oleh masyarakat? Mengapa tidak dibicarakan sahaja mereka ini ?

4- " Doa orang yang dizalimi senantiasa dimakbulkan oleh Yang Maha Esa "...

Salam untuk semua

Untuk semua bloggers,

1- Penulisan adalah suatu medium penyampaian maklumat yang sangat berkesan. Ia akan memberi banyak manfaat sekiranya dilakukan dengan cara yang paling sopan dan berkesan. Sebaliknya , ia akan menjadi duri yang paling menikam sekiranya dilakukan dengan cara kotor , tidak bertamadun dan bacul. Moga kita boleh mengajar "sesuatu" kepada khalayak yang ramai, dan moga kita boleh belajar " sesuatu " daripada mereka.

2- Banyak isu2 semasa yang boleh kita sentuh untuk diperbincangkan . Daripada isu ekonomi, pilitik , sosio budaya , alam sekitar , hiburan malahan sukan sekalipun.

3- Blog ini insyaallah akan cuba menyentuh perkara2 asas yang menjadi keutamaan dan pertimbangan dalam kehidupan kita seharian.