1- Ramai orang mengenali Zaid Ibrahim sebagai pengamal undang2 yang mempunyai Firma Guaman terbesar [ ZICO ] di Malaysia. Kita tidak nafikan ketokohan beliau dalam " padang " perundangan. Beliau juga sangat VOKAL yang kadang-kala pandangan beliau tidak sependapat dengan kabinet Dolah & Najib. Selalunya membuatkan anggota kabinet Malaysia pening kepala sebab ada kalanya pendapat beliau ni lebih mirip kepada parti yang tidak beliau wakili.
2- Beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri khusus untuk melihat apa senario dalam hal ehwal perundangan yang perlu dibaiki. Oleh sebab itu beliau telah berusaha agar pembayaran Ex-Gratia kepada bekas hakim yang dipecat di zaman era Mahathir diberikan bayaran saguhati. Sekurang-kurangnya Dollah Badawi melaksanakan perkara ini.
3- Beliau juga mencadangkan satu transformasi dalam perlantikan Hakim2 di Malaysia agar adanya badan2 pemantau untuk memilih hakim yang benar2 berkelayakan ; seterusnya tidak dilihat memihak kepada mana2 parti pemerintah mahupun sebaliknya.
4- Beliau baru2 ini dipecat daripada UMNO kerana tukang2 bodek Dollah Badawi merasakan Zaid tidak mempunyai semangat yang sama dengan adli UMNO. Kata pencacai2 Dollah ; Zaid dikatakan makan dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim seterusnya menghadiri Kongress PKR di Shah Alam.
5- Pada UMNO , makan dan menghadiri majlis parti pembangkang berdosa. Boleh dipecat. Tapi mengamalkan rasuah , memberi @ menerima rasuah dalam pemilihan UMNO .... tidak pula diambil tindakan tegas. Sebab apa ? Jawapan dia senang ... sebab UMNO & Rasuah bagai isi dan kuku.
6- Adakah Najib , Dollah , Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang bertanding jawatan dalam UMNO berani mengatakan yang beliau tak pernah memberikan wang serta merasuah perwakilan ? Kerat jari la .. mereka pun sama sahaja. UMNO & Rasuah tak pernah terpisah dan tak mungkin akan terpisah. NOKTAH.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment