Pagi tadi sebelum saya pergi kerja , MHI hari ini ada buat ulasan panjang lebar mengenai laporan akhbar yang mengatakan wartawan mereka dihalang daripada buat liputan dalam masjid semasa Mawi bernikah dgn Ekin. TV 3 terutamanya Media Prima agaknya berasa sangat terhina kerana dihalau daripada Majlis terbabit.
Panjang lebar hujah pengacara MHI Mazidul berkaitan perkara terbabit ... sehingga kadang kala saya rasa muak dengan olahan Mazidul. Tak kan TV 3 tak tahu , Astro dah ambil majlis tu sebagai hak eksklusif mereka. Tak kiralah walaupun yang datang bukan team Melodi atau rancangan hiburan apa sekalipun ... pokoknya you TV 3 . TV 3 tak boleh ambil siaran itu kerana itu hak Astro.
Perkara senang seumpama ini pun diperbesarkan . Menyampah. Bila dah terkena ... baru korang bising. Dulu masa TV 3 buat siaran langsung majlis Siti Nurhaliza...... ada korang fikirkan orang lain ? Tak de nye. TV 3 bolot semua benda berkaitan Siti ... hinggakan TV lain tak boleh buat liputan.
So .... sekarang baru barule korang rasa apa yang mereka rasa dulu. Memang ada yang tak sempurna pada majlis itu ... tetapi rasanya hak eksklusif Astro kena dihormati. So .... sama2 rasa apa yang sepatutnay korang rasa.
Mawi pun jangan le over sangat. Saya memang tak pinat langsung kat dia. Saya rasa over exspose.
Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment