KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.
Bersyukurlah dapat cuti tahunan 30 hari setahun. Company saya beri hanya 17 hari. Itupun dah banyak tahun saya tak boleh nak habiskan sebab kerja. CUEPACS kena belajar bersyukur.
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pembangunan cerun bukit yang dibuat berdasarkan penilaian teknikal yang objektif dan laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) akan dapat memastikan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa dapat dielakkan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting ialah jangan membenarkan sebarang pertimbangan komersial pembangunan untuk mengaut keuntungan hingga mengetepikan soal keselamatan dan langkah penjagaan alam sekitar.
Najib... Najib , EIA dah ada lama. Hanya penguatkuasaaan saja yang menjengkelkan. Percayalah , cerita Bukit Antarabangsa ni orang akan lupa dalam masa 12 bulan. Selepas itu semuanya akan kembali kepada suasana biasa. Yang mungkin sibuk bertahun2 pun hanyalah resident Bukit Antarabangsa sendiri. Resident Puchong , Segamat , Keramat, Kuala Terengganu .... apa mereka kisah ? Kerajaan selamat sebab Orang Malaysia banyak yangv pelupa . NOKTAH
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Jentera kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak perlu takut atau tunduk kepada ugutan pembangkang kerana keselamatan mereka terjamin sepanjang tempoh berkempen.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jentera kempen UMNO dan BN seharusnya berani berdepan dengan apa sahaja provokasi pembangkang kerana perlu mempertahankan kerusi milik sendiri.
Katanya, amaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri serta polis yang akan mengambil tindakan ke atas pihak tertentu yang menimbulkan huru-hara membuktikan wujud kecenderungan pembangkang melakukan sesuatu di luar dugaan.
Mat Taib ... ohhh Mat Taib. Apa nak risau . U punya team semua ada. Apa nak takut. Wang banyak , TV ada , Jentera kerajaan ada . Apa lagi yang u nak takut. Dont worry. Kalau PAS punya penyokong buat susah, U suruh Syed Hamid sumbat mereka dalam penjara. Kalau Hadi Awang buat statement yang menyebabkan u punya team susah... tahan Hadi Awang dalam ISA> Senang.
Kalau u punya team buat provokosi .... it's OK . Sebab u mau pertahankan kerusi Kuala Terengganu. U boleh guna bom & pistol. Pas punya penyokong ... hanya dibenarkan guna botol air. MAcam YAHUDI dan PAlestin. Nak tanya la u Mat Taib .... Your group sebelah mana ? Yahudi @ Palestin ? Sacarstic ...... Malaysia Boleh.
KUALA LUMPUR – Beregu remaja, Goh Wei Shem-Ong Jian Guo melakar kejutan terbesar pada Grand Prix Badminton Kebangsaan Akhir semalam apabila menyingkirkan pasangan elit dan penyandang juara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-19, 21-18 pada separuh akhir.
Bagus untuk Badminton Malaysia. Keep up the good job untuk pasangan muda negara ini. Kien Kiat & Boon Heong ..... hello kawan ... bila mau bangun dari tidur ? Sedarlah sikit . Kepala & Ego jangan dibesar2 kan. Masih banyak yang u kena belajar. Learn from the best. Rexy Manaiky......
Rang undang-undang bukti kerajaan tunai janji
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Dua rang undang-undang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam, mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.
Najib .... Najib. Dollah badawi bentangkan semua tu segera sebelum March 09 sebab dia nak pastikan pengganti beliau tidak rasuah. By Feb 2009, dia akan "arahkan " BPR / Suruhanjaya untuk cek menteri kabinet bebas daripada rasuh. You are the one who will kena. Jeng ... jeng ... jeng .... Jangan happy sangat ye.
Peguam rela korbankan tembok rumah
KUALA LUMPUR 11 Dis. - "Saya ikhlas membantu penduduk kerana berbanding harga rumah dan nyawa, nyawa adalah lebih penting," begitulah kata-kata Khairuzzaman Muhammad, 43, yang merelakan tembok rumahnya dirobohkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.
Ekoran keizinannya itu, kira-kira 5,000 penduduk yang berada di bahagian atas bukit dan terputus hubungan di Taman Laman Oakleaf, Bukit Jaya, Bukit Utama dan Puncak Utama berjaya dibawa turun dengan selamat.
Mungkin tidak ramai menyedari tanpa pengorbanan Khairuzzaman itu, ramai mangsa yang terperangkap sukar dibawa turun oleh pasukan penyelamat kerana keadaan cerun tanah kurang stabil.
Inilah contoh keprihatinan seorang rakyat Malaysia. Kalau lebih banyak rakyat malaysia sebegini... maka negara kita akan lebih maju kehadapan. Bukannya membebel tak tentu pasal sebab anggota penyelamat tak tolong BINI dia angkat barang.
Orang kaya bukan semuanya jahat, dan orang miskin tak semuanya berhati baik. Tapi orang yang duduk di Bukit Antarabangsa yang membebel kat TV 3 depan ADUN YB Azmin Ali sebab anggota penyelamat tak tolong BINI dia angkat barang ... memanglah *&^%$#@!. Dah biasa hidup senang ... bila hidup susah sikit ... tak tahu nak buat. Sebab hari2 ada orang tolong dia angkat barang.
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment