Monday, December 22, 2008

Pramugara `terlampau’ bebas hukuman penjara

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Bekas pramugara yang didakwa menghasilkan rakaman dan mengedar video aksi seksnya, Mohd. Rizal Mat Yusof dibebaskan daripada hukuman penjara 18 bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan untuk mengetepikan sabitan tersebut.

Bila mahkamah Malaysia kata engkau bebas ... maksudnya kau bebas. Tetapi ... walaupun engkau bebas , tetapi bila jumpa orang kau masih lagi tutup muka .... maksudnya kau sememangnya bersalah dan malu pada orang. Ini clear cut tunjuk yang kau memang salah. Noktah

Pesuruhjaya Kehakiman P. Nalini memutuskan demikian dengan alasan keterangan saksi-saksi pendakwa gagal membuktikan hubungan tertuduh dengan video lucah tersebut.

Entahlah ... apa yang hakim tu fikir. Kalau dah tengok banyak kali ... nampak pulak sidia dengan sidia buat XXXXX ; tapi masih juga tak bersalah... maksudnya undang2 di Malaysia banyak longgarnya. Adakah bermaksud kalau benda ini berlaku lagi ... chances untuk kes seperti ini bebas masih ada ? Kalau bebas sebab taktikal... tak de benda la Rizal yang kau boleh banggakan.

Mohd. Rizal dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan pada 17 Februari 2004. – UtusanMelayau


Kat dunia ni kau boleh bebas ... Tuhan maha mengetahui dik oi. Bawak2 la bertaubat. Sementara masa masih ada.

No comments: