Tuesday, December 30, 2008

Maimun Yusof - 89 tahun & Pilihanraya

1. Saya masih tak faham waktu pilihanraya March 08 yang lalu berkaitan tindakan Maimun Yusof @ Tok Mun bertanding bagi merwbut kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

2. Tindakan beliau pada pandangan banyak pihak membuktikan bahawa proses demokrasi sebenarnya subur di Malaysia. Sesiapapun berhak utk bertanding atas nama demokrasi.

3. Saya pula menyifatkan tindakan beliau bertanding pada Mar lalu sebagai satu lagi lawak jenaka pilihanraya. Apa yang boleh disumbangkan oleh Maimun kepada masyarakat KT khususnya , hanya org sana saja yang tahu.

4. Walaupun ditegah oleh kaum keluarga terdekat beliau , tapi oleh kerana proses demokrasi masih diamalkan dan menjadi teras, maka Maimun Yusof bertanding. Dan seperti biasa telahan saya ....beliau tewas dan hilang wang pertaruhan.

5. Kali ini dalam pilihanraya KT yang akan datang beliau juga dikhabarkan akan bertanding. Masih lagi nak mencuba. Tapi dalam akhbar online hari ini ...beliau dah serik nak bertanding. Pada saya eloklah. Tak ade apa yang dapat beliau sumbangkan menjelang usia emas beliau.

6. Saya bukan bersifat sakarstik, tapi ini realiti. Tanpa jentera dan wang yang banyak ...hampir mustahil calon seperti Maimun boleh diangkat menjadi YB. Umno dan PAS mempunyai kekuatan tenaga dari akar umbi yang menyebabkan mereka masih relevan di KT.

7. Tetapi lain ceritanya kalau Umno ambik Maimun jadi calon. Peluang utk beliau menang tetap ada sebab Umno kuat.

8. Pada saya pilihanraya adalah proses memilih calon yang boleh memberi khidmat kepada kita. Bukan proses nak memberi jawatan YB. Tak kira parti apapun yang kita pilih, kita nak YB yang punya akal utk bercakap dan boleh membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.

9. Tapi masalah yang berlaku pada YB 2 sekarang ni berbeza. Saya akan ulas pada topik yang akan datang.

10. Untuk yang bertanding .....selamat bertanding. Sehingga saat ini PAS masih lagi belum mencalonkan sesiapa utk merebut kerusi KT. Sedangkan UMNO sudah bergerak jauh menemui pengundi. Media massa juga seperti biasa sudah mula menjadi pencacai Umno dengan menghentam Pakatan Rakyat daripada kiri dan kanan sudut.

11. Saya seperti biasa, media massa pro kerajaan boleh baca tapi kena fikir semula. Boleh baca ....tapi beli jangan.

'sent via my mobile wireless device'

No comments: