Laporan Utusan Malaysia menyeleweng,PAS Selangor kesal
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.
PAS tak pernah belajar daripada kesilapan. Dah tau UM tu dibawah kongkongan parti pemerintah BN ... mengapa masih nak panggil mereka semasa sidang akhbar dilakukan ? Kalau UM nak berita ... ask them to go to PAS TV @ Harakah sebagai sumber rasmi. Mereka akan manipulasikan berita yang mereka rasa betul untuk kepentingan BN.
Kalau saya .... saya tak panggil Utusan. Leceh ... sebab PAS kena buat satu lagi PC untuk nafikan berita yang UTISAN buat. Buang masa.
Update TANAH RUNTUH
Setakat ini, mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas kekal empat orang iaitu Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an
Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari kelak.
Saya harap ... SPR bukan sahaja harus dilihat adil dalam PRK K.T kali ini , tetapi mestilah nampak keadilan itu dilaksanakan . Dilihat ADIL & Keadilan itu dilaksanakan. Jangan berat sebelah. Noktah .
Larangan penuh
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kerajaan kini melarang sepenuhnya sebarang bentuk pembangunan dan projek perumahan di kawasan lereng dan puncak bukit yang berisiko tinggi di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, kerajaan tidak akan memberi sebarang kelulusan kepada mana-mana pemaju perumahan yang ingin membina projek di kawasan tanah tinggi.
Hallo Pak Lah . Ini larangan saya minta u pastikan dilaksanakan supaya dimasa hadapan tidak ada lagi mangsa2 kejadian tanah runtuh yang akan mengalami trauma. Ini penting. Bila PM bercakap ... yang lain kena dengar. Yang lain kena laksanakan arahan.
Akan tetapi kalau PM bercakap ... tetapi yang lain dah tak nak dengar atau biat2 tak dengar ... maka ada sesuatu yang tak betul dalam pentadbiran.
Sama ada yang bercakap kena ditukar ... ataupun yang tak nak dengar cakap mesti disingkirkan. Pilihan ada ditangan pemimpin. Nak dengan tak nak je kalau nak dilaksanakan. Nak tunggu berapa puluh atau ribu mangsa lagi sebelum pembangunan lereng bukit dihentikan ?
Penduduk saman PBT, pemaju
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.
Mereka ada hak ... so laksanakan hak masing2. PBT pun kena bertanggungjawab. Daripada jumlah projek pembangunan dilereng bukit .... lebih 30 projek diluluskan zaman Khir Toyo memerintah Selangor. So ... cam ne ?
Jangan timbulkan kekacauan - Syed Hamid
KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepada parti-parti yang bertanding supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan pada hari pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar arahan.
Cik Hamid .... yang banyak timbulkan provokasi selalunya parti awak. Yang lain ni banyak mengalah sebab tak de machinery kerajaan digunakan. Kalau nak tegur ... tolong tegr parti UMNO dulu. Yang bertanding pun parti awak..... so kalau budak parti awak yang buat ONAR ... ada tindakan ke yang akan diambil ? JAwab Cik Hamid ....
KUANTAN 9 Dis. – Kerajaan memerlukan suntikan sebanyak RM100 juta lagi daripada pihak swasta dan individu untuk menjayakan Program Amal Jariah (PAJ) bagi membaik pulih dan membina semula 15,000 rumah daif milik penduduk miskin tegar di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suntikan tersebut adalah tambahan kepada peruntukan RM100 juta yang disediakan kerajaan bagi tujuan tersebut.
Yang kaya bertambah kaya ... yang miskin bertambah miskin. Ini modal kapitalis. Yang bercakap pun Najib. So you kena faham apa yang tersurat. Kalau elemen2 berkaitan kemiskinan ini ... banyak yang dijadikan modal untuk pilihanraya. UMNO selalunya gunakan modal kemiskinan untuk meraih undi.
Dibiarkan adanya orang2 miskin supaya bila PRU nanti ... mereka ini boleh digula2 kan oleh parti pemerintah. Bercakap tentang rasuah pun tak telus ... inikan pulak nak bercakap tentang membasmi kemiskinan. Subhanallah.
ROM 9 Dis. - Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia, Hafez Ghanem berkata, harga makanan yang melambung tinggi telah menyebabkan bilangan penduduk dunia yang kelaparan mencecah hampir satu bilion orang.
Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, jumlah mereka yang dikategorikan sebagai kelaparan meningkat sehingga 40 juta, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah lebih 963 juta orang.
Yang sedihnya di Malaysia ... walaupun ramai orang yang masih hidup dibawah paras kemiskinan.... jumlah makanan yang dibazirkan lebih banyak malahan semakin meningkat setiap tahun. Cuba kita tengok dalam buffet ramadhan . Banyak tak makanan yang kita bazirkan ?
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.
PPP hanya berani untuk bercakap . Percayalah ...... mereka bukanlah pendesak dalam BN yang kuat. end of the day ... mereka akan duduk dalam kelambu BN & UMNO. Mereka belum cukup kuat untuk bergerak secara sendirian. PPP akan berkubur kalau mereka bergerak SOLO. Percayalah.
Pada saya lebih mulia kalau kita berpegang pada prinsip diri daripada hidup bersekongkol dengan KEZALIMAN.
"SAY NO TO ISA"
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment