1. Saya selalu melalui kawasan LRT Pasar Seni. Banyak orang yang menjual makanan, minuman malahan pakaian. Bila ditinjau persekitaran kawasan Pasar Seni, begitu juga keadaannya. Ramai org yang menjalankan aktiviti berjual beli. Yang saya lihat banyak warga asing yang berniaga.
2. Saya tak mahu persoalkan mengapa mereka berniaga dan dimana orang Malaysia berada. Mungkin towkey dia orang melayu. Itu yang saya bersangka baik. Berniaga tak salah. 9 / 10 rezeki adalah daripada berniaga. Tapi yang saya nak tanya dimanakah elemen kebersihan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua peniaga. Yang saya lihat ... banyak peniaga tidak melaksanakan perkara2 asas kebersihan.
3. Bayangkan peniaga goreng pisang yang menghisap rokok sambil tangannya memegang pisang yang ingin dimasukkan dalam kuali. Kalau itu tidak menjijikkan .. cuba lihat penjual air dimana air gulanya penuh dengan hurungan lalat. Bukan saja dibahagian tepi bekas, malahan didalam bekas gula itu sendiri. Subhanallah.
4. Yang menghairankan saya , masih ada kalangan pengguna yang membeli dalam keadaan sedemikian. Dimana kuasa pembeli supaya hanya memilih tempat yang bersih.
5. Itu belum kita lihat aspek penguatkuasaan yang SANGAT LEMAH. Dimana penguatkuasaan DBKL yang saya harapkan ? tak kanlah nak mengejar mereka yang berniaga dengan kereta sorong menjadi satu kesusahan ? Ya ... aktiviti mengejar peniaga haram ini akan jadi susah kalau semua pegawai penguatkuasaan makan rasuah , perut buncit dan malas nak berlari.
6. Ayuhlah .... kebersihan itu separuh daripada IMAN. Elakkan diri kita dari membeli ditempat2 yang kotor lagi menjijikkan. Itu belum lagi disentuh sikap peniaga daripada segi layanan kepada pelanggan yang pada saya sangat memualkan. Jika dibiarkan lebih lama tanpa sebarang penguatkuasaan , maka KL terutamanya akan menjadi " little Jakarta & Bangladesh ".
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment