1. Kawan saya berhujah yang katanya Idris Jusoh boleh diberikan gelaran Bapa Pembangunan Terengganu. Katanya lagi banyak monumen2 besar yang dibina semasa IJ menjadi menteri besar Terengganu.
2. Saya kata itu tak dapat dinafikan. Memang banyak yang IJ buat semasa menjadi MB sepenggal dari 2004 - 2008. Malahan apa yang beliau buat lebih banyak berbanding zaman Wan Mokhtar Ahmad jadi MB. Waktu Hj. Hadi jadi MB pun tak banyak pembangunan yang dapat beliau laksanakan.
3. Saya berkata ' itu memang kerja seorang YB'. Rakyat dah pilih mereka dan mereka kena berkhidmat utk rakyat. Kita bukan suruh mereka kerja percuma , malahan kitalah yang bayar gaji mereka.
4. Membangunkan sesebuah negeri dengan monumen2 besar seperti di Terengganu akan menyebabkan sektor pelancongan negeri berkembang dgn lebih pesat. Tengok sajalah Monsoon Cup di Pulau Duyung. Itu yang bagusnya.
5. Pada saya senang. Selagi rakyat KEBANYAKKAN mendapat manfaat daripada proses pembangunan ini, maka asasnya sudah bagus. Yang penting manfaat daripada proses ini dapat dikongsi oleh rakyat Terengganu.
6. Akan tetapi kalau Idris Jusoh mengamalkan korupsi atas nama pembangunan ...maka akan celakalah dia. Ini sebab atas perkara2 yang kadang kala sukar nak dibuktikan...banyak pembangunan yang sebenarnya dibangunkan dengan asas rasuah menjadi dasar kepada projek itu.
7. Projek yang berharga RM 10 juta ....menjadi hingga RM 17 juta. Lagi 7 juta itu ialah agihan kepada kroni A , B mahupun C. Ini yang bangsatnya. Banyak berlaku bukan sahaja pada Idris Jusoh ...tetapi kepada bekas2 MB yang sekarang duduk melongok didewan undangan negeri menjadi PEMBANGKANG macam Khir Toyo.
8. Pada saya membangunkan negeri untuk manfaat bersama adalah menjadi satu kewajipan. Mengamalkan rasuah dan mengorek harta kekayaan utk dibahagi2kan kepada kroni .....itu memang BANGSAT. Sebagai seorang pemimpin ....mereka harus bersedia utk memimpin. Pimpinan mestilah bersih daripada amalan rasuah.
9. Saya akan ulas lebih lanjut erti pembangunan daripada perspektif saya sebagai warga biasa.
sent from my Nokia E71 wireless device via vodafone Celcom mobile
Saturday, December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment